February 24, 2011

Kerja..Mumbai

Mia sayang, harini antara hari yang paling best buat mama, sebab mak saudara Mia dapat kerja. Mummy Iqin dapat kerjalah sayang. Esok papa kena bawak aunty pergi buat medical check up..Mya Sara? Mya Sara pun ikutlah, kalau adik Mya Sara tu tak ikut, siapa nak jaga dia? tadi mama sembang dengan mummy dia pun sebuk je nak sembang..

Hari ni juga mama dah courierkan bungkusan tudung buat kakak aqilah..mesti seronok dapat tudung dari mama kan..Mia? ishhh tudung anak mama lagi cantik, mana ada kat sini kan..mama nak citer sikit je malam  ni sebab mama rasa mengantuk sangat..penat pun ada. Esok mama kerja. lepas kerja mama kena per MUMBAI!!!

Nanti mama citer lagi yer sayang..i love u..missed u

Courier

Semalam mama penat sangat sampai tak sempat nak bercerita .Penat jalan, penat buat kerja, penat segala-galanya..tapi mama tak pernah penat dari rindu kat Mia heheeheh..baik kan mama. Harini mama nak citer sikit je sebelum pergi kerja, mama nak buat courier untuk kakak aqilah! hahahaa macam manalah kan budak nak masuk umur 4 tahun bulan 7 ni terima courier..terima tudung yang diidam idamkan..mesti poyo je..taksabar nak  tunggu maktok dengan makteh cerita.

February 22, 2011

Barang Baru

Hari ni mama lega sikit sebab dialysis papa yang tertangguh empat hari, telah berjalan lancar arini setelah pepagi buta mama dengan papa melepak kat depan branch dialisis kat Sungai Buloh tu..nampak gayanya papa tak boleh pakai dialyzer berjenama yang lain, kena guna jenama yang sama sebab doktor kata papa hypersensitivity..dah la jenama tu mahal..huhuhuuu..tak kisahlah janji papa dapat buat dialysis, kesihatan papa bagus dah syukur alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya bagi mama..Nasib baik branch tu buka awal, kalau tidak, mesti mama sampai lewat kat office..seperti biasa, jalan menuju ke Kuala Lumpur senantiasa sesak ketika hari bekerja..

Hari ni juga mama course kat office, makna nya, setengah hari mama tak ada kat cubical mama, tapi masa sampai opis tadi,masih awal, jadi mama buat lah apa yang patut dulu so nanti bila course dah settle tak adalah meja mama macam tempat kucing beranak kan? Lupa nak cakap kat Mia, papa kata, staff nurse kat tempat papa buat dialysis cakap, suara mama lembut and halus je kat telephone..ya ker? wakakaaa mama jadi riak kejap, konon perasan..biarlah kan mama perasan kejap..

Pastu, semalam papa beli IPad! tergoda dengan paksu Mia lah yang sememangnya gilakan barang MAC..tak lama lagi IPad tu pasti jadi hakmilik mama kan Mia sebab papa ni cepat jemu..tak sabarnya mama. Nanti bila mama balik kampung, boleh berlagak dengan kakak Aqilah dengan adik Iman, sure dok keliling pinggang mama sebab nak bodek harta mama tu hehehehe..arini hujan lebat, basah jugak mama walaupun mama guna payung.

February 21, 2011

Sensitive..

Harini mood mama tak bagus..tak tahu kenapa..cepat sangat hati terguris..terlebih sensitive pulak hari ni. Tak ada sangkut paut dengan papa pun. Lagipun harini papa ada dialysis tapi still tak boleh buat juga dialysis disebabkan dialyzer yang tak serasi bersama papa..so esok pepagi mama dengan papa kena drop by kejap kat branch lagi satu, collect dialyzer baru tapi sama jenama dengan yang pernah papa gunakan. Harap-harap papa ok.

Mama tak tahu kenapa, hari ini mama lebih banyak mendiamkan diri, tak ada rasa nak ketawa walaupun mama sebenarnya mudah ketawa..macam bosan pun ada..pendek ajelah entry mama malam ni sebab tak ada mood.

February 19, 2011

Papa Pitam! Mama Risau

Hari ni, papa pergi dialysis sensorang sebab papa kata mama tak payah temankan nanti mama penat. Selalu kalau papa dah sampai kat dialysis centre tu papa akan call or abis teruk dan kedekut, papa akan sms mama. Tapi tak ada juga call or sms dari papa so mama pun sms ler papa..mama tak kedekut tapi kekadang kesian kat papa kelam kabut pulak tengah dialysis nak menjawab call..

Patut la papa diam aje..rupanya ada problem kat dialysis center..papa sakit..papa pitam..ishhhh tu yang mama susah hati tu. Pelik pula mama kenapa papa jadi macam tu..mama ni kalau dah susah hati, memang lah kejap aje mama dah tepon dialysis centre tu tanya kenapa..staff nurse kata, dialyzer papa yang lama dah tukar, hari ni papa pakai dialyzer baru, mungkin papa tak boleh tahan dengan dialyzerbaru sebab tupapa rasa penning dan sakit, kebetulan masa tu, jarum dah dicucuk pada lengan, papa meronta tak sedar adajarum, tu yang bengkak tangan tu..
mesin dialysis

dialysis dah start ~ darah dicuci

dialyzer
Alhamdulillah, papa selamat sampai rumah tapi kepenatan dan mengadu sakit dada..fuh!!! sekarang taksenang hati sebab mama risaukan papa..mama kena monitor tekanandarah dengan jantung papa..kena tuam-tuam lengan papa yang bengkak tu dengan ais dan air suam..rasa bersalah juga sebab mama dengar kata-kata papa supaya tak ikut pergi dialysis. Sekarang papa tengah tidur..mama tak naklah kacau papa tidur..biarkan papa tidur supaya badan papa segar kembali sebab esok mama dah ada rancangan..mama nak pergi One Utama heheheh..

Another Treatment !

This week, mama rasa macam  tak keruan, mama tak tahu kenapa or memang mama tahu tapi mama saja-saja nak buat tak tahu! badan rasa penat sangat, fikiran pun sama.

Mama sunyi..mama nak pengganti Mia yang telah pergi, tidak bermakna mama telah melupakan Mia tapi mama nak rumah mama yang kecil ini tak sunyi lagi..tapi sebenarnya itu kah alasan mama? bukan..bukan itu sebenarnya..mama sebenarnya rasa tak puas sangat..tidak puas dan tidak cukup lagi rasanya memegang, memeluk,  mengusap, mengendong dan cium-cium baby kecik mama..sapa lagi Mia la..sebab itulah mama harap, mama akan dapat pengganti Mia...Mia mama, hanya seorang di dunia dan akhirat, tak akan sama dengan dengan yang lain, tetap yang mama sayang seluruh jiwa raga mama tapi ketentuan Allah, DIA yang menyayangi Mia, kerna itu DIA yang berhak mengambil Mia terlebih dahulu dari mama, sebab Mia bidadari mama yang cantik sekali..

Mama dah decide nak start balik treatment mama setelah berehat hampir 6 bulan dari acara cucuk menyucuk dan makan ubat dengan cuba untuk pregnant secara normal..mama nak adik untuk Mia, supaya mama boleh berkongsi apa sahaja cerita dengan kawan-kawan  mama yang ada zuriat, supaya mama tak rasa diri mama serba kekurangan..mama harap Mia akan dapat adik yang mana mama boleh bercerita pada "adik" tentang kakak Mia dia yang telah pergi..tentang "kakak" dia yang tidak pernah membuatkan rindu mama surut..tentang tanggungjawab mama yang tak pernah kesampaian pada "kakak" dia..

Moga end of this month and awal bulan depan, akan ada berita baik untuk mama dan papa..jika tidak, mama dah bersedia untuk melalui another treatment, telah bersedia untuk menelan ubat clomid tu, mama hairan, hanya ubat-ubat treatment aje yang mampu mama telan, kalau ubat sakit lain macam panadol ker, jangan harap mama mama boleh telan, muntah ada lagi..Allah permudahkan mama sebab Allah tahu, mama betul-betul dambakan cahayamata penyeri rumahtangga mama..bersedia untuk disuntik setiap hari dengan ubat-ubat dan dos yang tinggi..treatment apa mama nak buat yer? ummm untuk sementara ni biarlah mama try balik IUI..duulu dapat Mia pun dengan treatment ni kan..tak tahulah berapa pula cost kali ini..semuanya bergantung pada jenis ubat dan dos yang terpaksa diambil..

Moga Allah permudahkan usaha mama dan papa..moga Allah kuatkan papa dan berikan kesihatan yang baik untuk papa dan moga Allah limpahkan rezeki untuk mama serta papa. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami..Amin Amin Amin

February 17, 2011

Penat

Entry kecil mama harap sebelum mama pergi office and papa ada dialysis hari ini. Penatnya..Wake up tadi, dah terasa macam malas aje nak keje hari ini, macam nak duduk rumah aje, tapi bila mengenangkan sayangkan cuti nanti abis sia-sia aje, mama kuatkan semangat hehehheh..

Lagipun, ada banyak urusan yang perlu diselesaikan almaklumlah gaji dapat awal pulak bulan ni, so urusan perbankkan perlu dilakukan sedikit awal dari biasa, sebab nanti duit mama lesap macam biasa juga. Semalam mama belikan tudung buat kakak Aqilah..maktok dgn mak teh asyik merungut je dgn kakak aqilah sebab asyik nak pakai tudung yang mama belikan dulu, tak kira tudung tu baru basuh ker..tak kering lagi ker, nak juga tudung yang mama belikan..walaupun ada tudung lain kat rumah mak tok tu..

Nanti mama free, mama datang jenguk kat sini lagi yer..

February 15, 2011

Airmata Dipagi Maulidur Rasul

Airmata menitis lagi membasahi hari yang paling bermakna.Maulidur Rasul..

Mia, tadi mama jengah-jengah blog mummy ayu..ibu adik alanna yang bersama Mia kat sana..tetiba aje rasa nak melawat rumah pink yang mummy dengan daddy dia buat khas..mama pula terklik kat entry yang daddy adik alanna buat..mula tu mama aksyen sebab mama tahu dan konon kuatlah tak kan menangis punyer..baru baca sikit dah menitis airmata mama..bukan tak pernah baca entry daddy adik alanna tu, malah dah banyak kali mama baca tapi still menitis lagi, menitis airmata mama sebab mama juga melalui apa yang mummy dan daddy adik alanna alami..mama ni suka nangis kan?

Tadi mama tengok Al-Kulillayh kat TV3 bertajuk Pengorbanan Abadi..sayu je hati..rasa kerdil sangat-sangat mama di bumi ciptaan Allah ini..bagaimana nabi kita, hingga saat-saat terakhir pun masih lagi mengingati umat-umatNYA..masih lagi mengambil berat akan hal umatNYA..mana mungkin mama akan dapat menjadi seperti baginda rasullullah..mama tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, mama tidak juga mempunyai hati yang cekal dan tabah tapi mama ingin menjadi umat baginda yang baik..amin amin amin. Mama harap, mama serta papa akan memperoleh kekuatan dan kesabaran seperti baginda rasul kita sayang, sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan rintangan.

Mendengar alunan selawat dan zikir..mengalunkannya, benar-benar membuatkan mama rasa kecilnya diri mama..alangkah bahagia dan bertuahnya mama andai mama dapat menjejakkan kami mama ke sana..keTanah Suci Mekah, menziarahi makam rasullah..menitis lagi airmata mama, kerana mama rasa rindu sangat..rindu sangat pada rasullullah kita, rindu pada Mia..Ya Allah berkatilah hidup kami Ya Allah, kami hamba-hambaMU yang lemah..

Mama Sambut Ulangtahun





February 14, 2011

Dia bukan untuk mama dan papa

Entry semalam tentang rasa teruja mama, tentang rasa syahdu mama, tentang rasa gembira mama..tapi Mia, baby boy tu bukan rezeki mama lagi, bukan hak kepunyaan mama kerna tidak lama selepas tu, kawan papa massage mama bagitahu "rin, mintak maaf yer, baby boy tadi dah dapat keluarga angkat, belum rezeki rin lagi"uhhh tergamam kejap mama, tak terkata, baru berangan-angan yang diri mama ni kelam kabut dgn papa serta baby boy tu, namun takdirnya dia bukan untuk mama dan papa..moga baby boy tu menjadi anak yg soleh pada kedua ibu dan bapa angkatnya..moga akanmenjadi anak susuan yang baik budi pekerti. 

Mama tak sedih? sedih juga tapi mungkin belum rezeki mama..Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang, pasti ada rencana dah hadiah yang istimewa untuk mama kelak..Amin Amin Amin..mama tak akan berputus asa Mia,mama tahu Mia tak suka mama putus asa..

February 13, 2011

Rezeki Mama??

Mia sayang..

Entry ringkas sementara mama masih ada peluang untuk berkongsi perasaan mama..berkongsi rasa syahdu, rasa sayang dan rasa terkejut mama ketika ini. Anak mama jangan marah mama yer. Tadi masa mama online FB, ada kawan papa message  mama " rin, busy tak? " mama pun jawab, tak adalah, biasa aje ni sesambil download something.."rin nak baby tak?" ada orang nak kasi kat...tapi...dah ada anak angkat, baru aje dapat.."baby boy, baru lahir 2 hari" kata kawan papa..yes!!! mama macam dah teruja sangat..kawan papa kata kesian kat baby tu sebab tak ada sapa nak ambil..mama tanya papa tapi papa diam aje..

Apa Mia rasa sayang? mama macam suka pulak nak ambil baby tu bela tapi mamakena discuss dengan papa kan..kena tanya mak tok dgn tok ayah..kena tanya aunty2 dg uncle semua kan sebab kalau mama ambil baby tu, baby tukenalah diterima baik oleh semua orang kan..entahlah Mia, papa diam aje..papa takut mama tak larat nak jaga baby tu ker? takut mamapenat nak kena jaga baby dgn papa yer? hati mama rasa sayu je, kesianpulak kat baby tu kalau tak ada orang nak bela kan..moga Allah berikan petunjuk pada mama dan papa..mama sayang Mia..sayang sangat.

February 10, 2011

Tentang Anniversary Ke 8

Mia,

Mesti tertanya-tanyakan kenapa la mama Mia ni jarang sangat nak update blogkan..dah lama mama tak bercerita kan..seperti entry yang lepas, mama rasa mama macam busy aje hehehe..entry kali ni mama nak kongsi cerita tentang anniiversary mama dengan papa..memang tak merancang pun nak celebrate kat mana dan nak buat apa sebabnya mama dengan papa nak balik rumah maktok dengan tok ayah..kan ada kenduri untuk Mia dengan onyang-onyang Mia..kenduri kesyukuran untuk acik dayah sekali sebab dapat kerja..mama balik kampung ari sabtu 29hb. Jan, 2011 yang lepas..seronoknya bila sampai..disambut dengan kakak aqilah serta adik iman harith yang berlagak sombong tu hehehe..semua ada..

Hari Ahad 30th. January pula, papa ajak pergi ronda-ronda..segala macam tempat kami pergi..andai Mia ikut, mesti dah tergolek keletihan kat dalam kereta..bila balik rumah je, maktok dah siap masak hahahha.mama makan aje..pastu tetiba papa kata "mama, lepas ni kita pergi Penang nak tak? " terus aje mama setuju, pastu mama tanya papa "celebrate anniversary kat Penang ke? " bestnya..masa tu hati mama ada hutan bunga, bukan lagi ada taman..

Mama boleh pilih hotel mana mama nak..apa lagi, mulut tak henti-henti nak sambut kat Hard Rock..dapat!! lebar gila senyuman mama..terima kasih ya papa..opsss!! mama tak beli lagi hadiah..even a card pun sebab week before mama dah cari tapi mama tak suka tengok card kat kedai tu...tapi mama pandai buat surprised!! malam keluar jalan kaki pergi "night market"..pergi makan..nasib baik kesihatan papa bagus..lagi best kalau ada Mia..tapi mama tetap bawa Mia..bawa selalu tak pernah tinggal..sebab Mia dalam duduk dalam hati mama..hidup dalam kenangan mama..

Esoknya mama sempat cilok dari papa sebab papa pergi toilet lepas breakfast..sempat lari gi nyorok kat Hard Rock Shop..nak beli hadiah untuk papa..yes!!! mama dah dapat apa yg mama nak..tapi kan..kat situ tak ada jual card..tak apa nanti cari..tup!!! papa muncul depan pintu kedai, nasib baik dah suruh sales tu simpan dulu surprised gift tu..papa sempat shopping lagi dan mama tumpang shopping lagi..dan mama tetap terror cilok kan diri dari papa..sempat berlari pergi kat front desk untuk bertanyakan pasal kad..nasib baik ada walau pun bukan kad anniversary..tapi mama gembira! sempat pesan kat diaorg suruh hantar kat bilik tepat kul 11 malam tu juga sebab kalau tunggu jam 12  takut dah tidur..

Mama keluar jalan-jalan lagi malam tu tapi kul 10 malam dah sibuk nak balik bilik sebab takut terlepas surprise untuk papa..sampai pukul 12, tak ada siapa pun yang datang tekan loceng bilik..ishhh tak boleh jadi..papa pulak nak tengok live band kat bawah..so mama pun dah mula hilang sabar..bila papa turun je, mama sms papa suruh pergi front desk sambil bertanya tentang "barang" untuk dia..heheheheh..kelakarkan, orang yang nak disurprisekan terpaksa pergi sendiri.."miss communication between the staff" ummm esoknya memang kena complaint ler.. Gembira juga mama sebab dah berjaya buat papa teruja!! mama dapat apa? hehehe mama tak dapat hadiah tapi mama dapat kasih sayang  dan perhatian yang tak berbelah bagi dari papa..dapat menginap kat Hard Rock..dapat makan sedap..ok lah kan.

masa breakfast
lampu yang boleh bertukar kaler..berjuntaian ke bawah
tired tapi sempat posing
Papa
Mama
Laptop untuk Batrisya, Aqilah, Atiyyah and Mya Sara

Sebahagian swimming pool yang besar
Ultraman and train set untuk Iman Harith..Helicopter Papa Punya
Mama kat Miami Posing untuk CSI
Papa dah suka dengan guitar tu..

February 9, 2011

Mama..Papa..Anniversary

Hampir seminggu mama tak bercerita tentang perasaan mama, apa yang mama lakukan..mungkin sebab mama terlalu sibuk pelbagai urusan agaknya, ketika itu, blog dibuka hanya untuk membaca blogs kawan-kawan mama, namun untuk mencoret segala yang ada didalam kepala mama ni pulak tak kesampaian untuk disampaikan lantaran tetiba jeari jemari ni macam penat aje nak bertenggek kat keyboard ni..

Banyak sangat mama nak bercerita, tentang rasa gembira, tentang rasa teruja, kelakar pun ada..rasa rindu dan sunyi pun ada hehehehe..sebab mama tak sempurna..hari-hari yang dilalui juga penuh dengan pelbagai cerita dan peristiwa..dan yang paling penting, mama ada papa yang sangat menyanyangi mama!!! now kami dah KAHWIN 8 tahun..!!!

Mama dan papa hidup bersama selama 8 tahun, 1 minggu dan 1 hari ketika entry ni mama buat..melalui segalanya bersama..bila tengok angka 8 tu macam lama je kan tapi bagi mama, macam baru aje kawin..kalau mama kira..time ni mama pasti ada 3 orang anak penyeri hidup mama..tapi itu takdir mama..ujian Allah buat mama dan papa..walaupun kadangkala mama rasa malu dan segan pada orang di sekeliling mama sebab mama tak ada anak-anak yang hidup bersama mama sekarang tapi hakikatnya mama tetap ada anak, tetap pernah mengandungkan anak-anak mama..tetap pernah rasa sakitnya nak bersalin..tetap ada parut pembedahan dan tetap pernah rasa sakitnya bila keguguran..dan yang paling melekat dihati mama, mama dan papa merasa betapa sakitnya satu kehilangan!

Popular Posts