March 29, 2014

Sakit

Sayang, kala ucuk menaip entry ini, mama guna hp..sambil baring. Airmata laju je mengalir sebab ucuk demam. Badan ucuk panas sangat. Rasa penat sebab asyik batuk. Qaseh hari ni sangat behave maybe sebab dia tahu mama dia tak sihat.

Abang, rasa pelik bila ucuk sakit. Kerap benar ucuk sakit sejak abang tiada. Dulu bila abang ada, kalau ucuk demam abang mesti suruh ucuk jangan sakit dengan alasan abang tak pandai jaga..memang benar abang tak sepandai ucuk dalam bab jaga orang sakit tapi abang pandai jaga perut ucuk dengan masakan abang.

Rindu ini benar-benar meninggalkan kesan pada kesihatan ucuk. Rasa seram sejuk sangat badan ni.

Benar kata abang, Allah beri kita sakit untuk kifarahkan dosa dosa kecil kita andai kita redha.

Demam Rindu

Abang, ucuk demam. Demam bersama batuk dan selsema. Badan tak larat rasanya nak bangun dari tidur tadi.

Qaseh baru aje tidur. Hari ni dia dah mula mengatur tapaknya untuk berjalan walaupun masih jatuh jatuh. Abang selalu cakap nak tengok Qaseh berjalan. Abang selalu bayangkan Qaseh jalan macam itik gembo gembo pulang petang.

Abang, dulu ucuk selalu tarik muka kalau abang panggil "ucuk" sebab abang kata tu singkatan dari busuk..ucuk selalu kata tak adil sebab ucuk panggil abang "sayang" tapi sedar tak sedar mcm mcm panggilan kita kan.

Papa, dalam mama tak sihat, hari ni mama masakkan soup ayam buat jantung hati kita. Mama goreng. macaroni macam selalu mama buat waktu papa ada..soup ayam mama tak sesedap papa masak. Macaroni pulak macam ada yang missing. Rasa sangat lain dari waktu papa ada.

Papa, papa ada jumpa Mia? Demam mama ni pun sebab demam rindu kat papa dengan Mia. Mama tahu papa tak mungkinkan baca isihati mama ini tapi ketika hayat papa ada, papa tahu mama selalu luahkan rasa hati dekat rymah usang ni kan..

Rindu dan sayang papa, Mia dan Qaseh. Semangat dan kuat mama kerna semangat kalian. Papa datanglah dalam tidur mama dengan qaseh..datanglah dengan Mia..rindu sgt

March 25, 2014

Ingin Memelukmu Tapi

Allahuakhbar..Allahuakhbar..terasa sebak dan sedih...terlalu sedih. Papa ingin mama memeluk papa agar kesayuan dan kesedihan mama berkurang tapi apakan daya..

Malam tadi PM umumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi..ditengah laut. Badan mama menggigil nak bersuara tapi tak mampu, rasa sedih yang amat sangat.

Andai kehilangan papa dan mia ada pusara untuk mama ziarahi, kehilangan mereka ditengah lautan bergelora, luas papa..andai perginya papa dan mia berpusara juga masih mama rindui inikan pula sanak saudara..rakan taulan mereka yang berada dalam pesawat itukan papa..

Ya Allah ampuni dan permudahkan lah mereka Ya Allah..berikan kekuatan kepada kaum keluarga mereka untuk menghadapi musibah ini.

Benar papa, saat ini mama sangat memerlukan pelukan papa. Pelukan yang sering buat mama rasa selamat dan tenang. Pelukan yang sering mententeramkan mama walau ketika itu hanya kesedihan bertangkai di hati.

Ampuni suamiku Ya Allah..rahmatilah dia Ya Allah

March 21, 2014

Rindu itu sangat sakit..terlalu sakit bila yang dirindu tiada..

March 18, 2014

Suram tapi dingin

Bila mendung itu hadir..suram tapi dingin..hadirlah hujan..bertahanlah wahai mata..biarkan hujan diluar kerna bumi sangat memerlukannya..

March 15, 2014

Andai Kau Mendengar Tika Ini

https://www.youtube.com/watch?v=FAcmQMRKBmI&feature=youtube_gdata_player

March 14, 2014

Rindu

Rindu papa.rindu gurauan papa..rindu ketawa papa..rindu senyuman papa walaupun papa tak handsome tapi mama suka papa senyum dan ketawa walaupun kekadang ketawa papa tu sebab lawak bodoh mama yang tak lawak langsung

March 8, 2014

Tentang Ada dan Tiada

Akhirnya mama on medical leave setelah bertahan hampir seminggu. Papa, mama dengan Qaseh pergi clinic fav doctor papa tu.

Terasa berbezanya saat papa ada dan tiada. Qaseh yang makin menjadi jadinya manjanya. Tak boleh mama dari pandangan mata dia, kalau hilang aje, menangis sampai tak ada suara..

Semalam hari Jumaat, mama pergi office pakai jubah terakhir yang papa belikan semasa raya puasa terakhir yang mama sambut dengan papa. Terima kasih papa. Mama sangat suka jubah tersebut sebab kainnya sedap dan designnya mscam cantik je bila mama pakai. Perasan macam princess.

Alhamdulillah papa, rezeki mama dan Qaseh serta rezeki papa juga walaupun tahun ni mama tak berkesempatan berkongsi secara nyata dengan papa appreciation dari company mama tapi mama tahu papa pasti gembira. Semalam sampul surat yang ditunggu semua orang dah diterima, news pun dah dicircularkan dalam intranet office. Suka atau tidak, rezeki masing-masing kan papa. Papa selalu cakap jangan tamak sebab kadangkala mana ni seakan akan orang yang tamak aje papa kata.

Jaga dari lena sebab burung kecil
papa berkicau tepi telinga hendak menyusu. Dia lena bila dapat hak dia tapi mama dah tak boleh tidur.

Mama nak iron baju lah alang-alang tak boleh tidur. Sekarang mama kena isi masa yang ada bila Qaseh tidur dengan pelbagai kerja yang patut supaya keadaan jadi lebih tersusun sebelum dia nak memerap.

March 6, 2014

Bertabahlah Wahai Diri

Bertabahlah wahai hati..kuatlah wahai diri walaupun hampir tersungkur demi seorang puteri.

Ya Allah, dikeheningan pagi yang sunyi ini, ku mohon dariMu kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh dihadapan. Berikan kekuatan itu juga buat anankandaku Ya Allah, sembuhkanlah dia Ya Allah dari kesakitan dia Ya Allah.

Papa dan Mia, kala ini tiadalah daya mama selain membiarkan airmata mama mengalir laju dengan Qaseh tidur diatas badan mama.  Mendengar nafasnya, merasai tubuhnya yang panas membuatkan hati mama jadi sayu. Sesekali rengekan kecil seakan memanggil papa membuatkan diri mama rasa lebih bersalah pada dia kerna mama tahu betapa sakitnya bila merindu.

Mama juga tidak sihat. Badan rasa lemah dan berbisa sangat. Bila menghayun langkah terasa sungguh dipaksa tapi papa, mama bertahan demi amanah yang papa tinggalkan, demi kesayangan papa.

March 4, 2014

Qaseh Demam Lagi

Papa..Mia, Qaseh demam panas lahi tengah malam ni. Mama baru lepas jerlunkan kepala dia denfan air asam jawa, pakaian stokin dengan rendaman lemon untuk turunkan suhu.

Susu tak minum, air kosong je..itupun tak banyak papa, mia. Mama sedih sebab kalian tiada disisi mama ketika ini di tengah malam yang sunyi.

Walaupun mama pinjam semangat kalian tapi tidak kan sama dengan kehadiran kalian.

Qaseh serasanya berat ke panggilan itu padamu anak kecil? disebabkan itu kau sering tidak sihat? semanja namamu Qaseh.

Kuatkan semangatmu wahai Qaseh Zara Aishah, cepatlah sembuh. Mama susah hati bila anak mama tak sihat. Kita hanya berdua.

Popular Posts