June 30, 2012

New Hero

Minggu lepas juga mama dapat anak sedara lagi. Kali ini, anak sedara lelaki!! so sekarang family kami dah bertambah seorang lagi hero!! Iman Harith dah tak boleh berbangga konon dialah satu satunya cucu lelaki mak tok dan tok ayah. Mama? alhamdulillah, masih dapat tumpang rasa kasih dan bau baby adik sendiri kan, gembira sangat walaupun hati masih lagi berkata andai mama yang meraikan kelahiran anak sendiri, lagi bahagia jadinya.

Baby boy ni lahir 22hb. June, 2012 jam 8.10 malam dengan berat 3.84kg! adik mama bersalin normal. Awal sehari dari birthday Aqilah sepupunya. Nampak gayanya, baby memang tak bagi peluang mummy dia pergi second test under SPA Malaysia. Supposed on 23rd. esoknya ada test di Perak tapi apakan daya, maybe bukan rezeki adik mama kan.

Inilah hero mama yang mama nak tumpang sayang, tumpang cium, tumpang gomol-gomol. Sejak dari perut lagi mama and others panggil dia Omar Dean but papa kata, before Omar tu ada another nama but papa lupa apa yang mummy and daddy Omar ni registerkan. Paling bangga and paling sweet sekali tentulah kakak si boboy ni, Mya Sara..first time tingok adik, mulut becok bercakap kat mummy dia "eeee baby Omar dah keluar dari perut mummy"

fresh fromthe oven ~ rambut cacak nurse buat
am a proud maklong
second day ~ tahu aje tengok camera
hari ke empat ~ saya belum mandi lagi
Mama rasa, walaupun belum ada rezeki untuk mama dan papa untuk berkongsi rasa gembira dengan kehadiran insan comel, tapi kami tetap teruja dan gembira dengan kehadiran mereka didalam keluarga besar kami. Walaupun bertambah budget untuk raya tahun ni, tapi mama  dan papa tak kisah. Tak sabar rasanya nak gi shopping baju diaorang.


Teratak Mama Papa

Mama selalu jenguk rumah ni, selalu blogwalking blog kawan-kawan, selalu membaca entry kalian tapi sangat jarang tinggalkan jejak sebab mood malas datang, mood rajin menghilang. Lately ni, mama sangat sibuk. Ummm sibuk sangat la tu -:( *wink wink wink*

Banyak sangat benda yang nak kena uruskan, papa yang kekadang sihat dan kekadang kurang sihat, kerja kat pejabat yang kekadang banyak dan kekadang buat-buat banyak tapi paling ketara sibuknya mama ialah kerana sibuk ambil kunci rumah baru!! sibuk buat defect checking, tanda tempat-tempat yang tak cantik pada pandangan mata mama. Sangat-sangat teruja!!! saban hari nak singgah tengok rumah ni, sebab dah ada kunci. Papa mula tu macam tak puas hati juga lah kan sebab mama asyik nak pergi tengok aje tapi keterujaan mama tu kenalah layan hahahaa..

Kawasan rumah baru ni dalam kawasan yang sama dengan rumah yang kami duduki sekarang cuma rumah baru ni area depan, kawasan baru. Sengaja mama dengan papa cari area yang sama sebab senang nak balik Perak!!! dekat 2 highway!! mama tak mampu nak beli rumah dekat kawasan KL nun..mahal sangat.

Yes!!! time tu check defect!!
ohhh!! nak poket doraemon

pening kejap nak design
Moga Allah terus permudahkan mama dan papa dalam segala perancangan kami.  Moga rumah baru ini diberkati Allah, moga akan ada suara suara anak-anak kecil mama dan papa. Rumah sekarang? ummm mama masih tinggal lagi kat situ tapi tak pasti lagi nak sewakan or nak jual sebab tu rumah papa so keputusan kenalah papa buat.

June 18, 2012

Sakit Kehilangan

Lepas solat zohor..ummm turun dr surau, kengkawan mama tengah sembang-sembang pasal pregnant, pasal sakit bersalin..nak ambil epidural or tidak..mama?  Mama diam je sebab mama tak tahu nak citer pasal apa? Sakit bersalin tak ada walaupun mama kena czer..sehari czer mama dah berjalan sebab anak mama sakit..pergi jalan tengok dia kat ICU..dari ward kendong dia ke bilik mayat utk mandikan jenazahnya..mampukah mama kongsi tentang itu? Tak ada yang paling sakit selain kematian menjemput..Ya Allah hu Ya Allah hu Ya Allah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

June 13, 2012

Ohh!! Dah 5 Tahun

lepas buang sampah, sembang dgn indian neighbour tetiba dtg anak2 dia, "hi aunty..tomorrow viknesh birthday", kata si abang sambil tunjuk adik dia. Si adik pula, aunty my birthday sambil melompat gumbira..hahahaah suka betui diaorg ni kalau nampak aku dgn pahlawan..ohhh!! viknesh tu sebaya dgn budak kecik merah tu!!! beza 3 bulan aje..so esok kena cari hadiah yerk?
· ·  


Status FB mama sebentar tadi. Oh sembang punyer sembang dengan jiran mama tu, rupanya dah 5 tahun berlalu..if jiran mama tak sebut yang anak dia sebaya budak kecik merah tu, sure mama tak rasa dah berapa lama budak kecil merah tu pergi..rasa macam baru semalam je peristiwa itu berlaku..

Hari ni pun mama terima email dari seorang kawan. Kawan yang turut kehilangan permata hari bila anak didalam kadungan isterinya meninggal. Email yang membuatkan airmata mama bergenang. Terasa sangat yang kawan mama seolah-olah mengetahui mama dalam kerinduan. Nanti mama titipkan isi email tersebut.  Mood tak ada untuk mencoret lebih lanjut..

Al-Fatihah untuk si kecil mama..

June 6, 2012

Rasa Dihargai

Sangat terharu dan rasa sangat di hargai kala sangat busy dengan kerja, masuk sms dari papa, "sedapnya air milo mama, sayang nak minum". Oh, bestnya kena puji. Bukan sebab papa tak pernah puji tapi ayat sayang nak minum tu benar-benar membuatkan mama rasa teruja! pagi tadi mama siapkan bekal air, selalu mama buatkan air delima, tapi dah dua hari mama siapkan air milo, isi dalam flask untuk bekalan papa masa dialisis. Reaksi mama? " heheheheh terima kasih papa, nanti mama buatkan lagi yer..tapi kena beli milo lagi sebab dah tinggal sikit ahaks!"

Tengahari tadi, turun kejap jumpa kawan mama yang tengah cuti panjang sempena cuti sekolah, ambil document dari dia untuk tolong submitkan lagi sekali ke HR..kawan mama bawa anak dia yang sebaya dengan arwah Mia. Wahhh!!!bestnya dapat jumpa Shasha!! masa Caca tu berlari lari salam and kiss mama, rasa sangat terharu. Sambil umi diasibuk beli kuih kat lori sebelah, Caca dok main dengan mama, sambil tanya mama.. "mama rin, mama rin..boleh tak belikan hadiah macam selalu? oh!!! si kecik lima tahun ni request mama hadiah!! mama rin suka kasi surprised bak kata  dia..mama pun dengan besar hati bertanya "Caca nak hadiah apa, cakaplah" dia nak hadiah anak patung barbie yang besar!!! ok, nanti mama rin belikan, mama kirimkan macam biasa kat umi Caca yer.

Rasa sangat dihargai sebab papa sangat suka dengan air milo mama buatkan hingga taksanggup nak habiskan minuman tu tapi habislah jugakkan dan permintaan dari anak kecil yang sebaya arwah Mia untuk surprised gift!! insyallah, mama rin will cari hadiah  itu nanti..bestnya kalau anak sendiri.

Insyallah, my turn coming soon -:)

June 2, 2012

Penyakit Berjangkit!!!


Penyakit berjangkit di office mama!!! mama sangat berharap mama yang dapat penyakit berjangkit tu tapi nampaknya belum rezeki mama lagi. Yes!!! my dear lovely friend pregnant!!! happy for you adik even this is your 3rd. pregnancy.

Kawan mama pergi clinic panel kat office, then bila balik dari clinic, mama orang pertama dia tunjukkan result UTP tu..perasaan? mama sangat gembira untuk dia, dia sangat rapat dengan mama tapi bohong sangatkan kalau mama tak sedih. Sedih bukan sebab dia pregnant, tapi sedih sebab belum rezeki mama lagi. Then one message pop up kat skrin computer mama...seseorang bertanyakan sama ada mama ok ke tidak. Yer la kan kawan yang rapat pregnant, so masing-masing sure nak tahu perasaan hati mama kan. Mesti ada yang takut mama kecil hati kan..oh tidak!!!!

Mama ok. Alhamdulillah mama akan dapat anak angkat lagi, memang sangat gembira untuk dia!!! mama tahu, dia pun sure sedih juga, sure dia rasa serba-salah bila dia pregnant sebab takut mama terguris. Tidak, mama happy dan bahagia untuk dia. Mama tak tahu dia baca blog mama ni or tidak, tapi mama nak dia tahu, mama happy untuk dia." Akak ok, jangan risau..kalau akak tak ok, akak nangis aje, dah lama tak tengok akak menangis kan ". I will masak-masak for you when my hubby dah sihat yer.

Bukan aje kawan mama pregnant but adik mama pun pregnant juga!!! wah dapat anak sedara lagi!! Iman Harith dah nak jadi abang!!! hahaha..mama dah cakap kat adik mama, mama nak bela baby tu..tapi adik mama kata tak apa, bela aje macam hang bela Qilah dgn Iman tu..hehehe ..alaaaa yg tu tak leh bawak balik rumah sendiri!!!

Apa pun, moga kawan mama dan adik mama sentiasa sihat dan kuat ketika pregnant ni. Insyallah, mama will jangkit tak lama lagi. Ya Allah, andai rezeki ku dilangit, turunkanlah, andai rezeki ku di bumi keluarkan lah, andai haram, Kau sucikanlah Ya Allah.

Crutches Papa


Sekejap aje dah pertengahan tahun, rasa macam baru aje melewati bulan December. Tak banyak aktiviti mama since papa pun tak sihat. Kaki papa masih lagi sakit but better dari last two weeks. Memang sangat tak menggembirakan bila papa sakit sebab papa asyik terperap dalam bilik gara-gara tak boleh nak stayed lama-lama kat kerusi, kaki nak kena lunjur aje kalau tidak rasa lenguh sangat.Lama sangat tak pergi shopping sebab nanti susahkan papa nak jalan, mama pendamkan rasa nak beli baju hahaha..lama juga tak makan-makan kat luar dengan papa, mama pendamkan juga. Cepatlah papa sihat!!! Papa pun dah  comot!!!

Papa guna yg ini
Crutches ni, mama tak beli, papa pun tak beli tapi jiran sebelah rumah maktok yang kasi pinjam. Terima kasih yer Ummi!! Ummi ni ada diabetic dan sekarang guna wheel chair sebab kaki dah kena potong sebelah. Dulu maktok jaga anak Ummi ni bila ummi pergi kerja. Cucu ummi pun maktok jaga. Sekarang anak ummi yang bongsu pun kat UIA dan cucu ummi pun dah sekolah darjah 4. Kami dah macam sedara. Ummi kata kat papa, gunalah crutches tu sebab ummi tak guna pun. Insyallah ummi, kami pulangkan bila papa dah ok yer.

Sangat bahagia di kelilingi keluarga yang mengambil berat dan juga jiran yang baik hati. Mama teringat kata-kata maktok, berbaik-baik dengan jiran!!!

Popular Posts