December 29, 2014

Luahan Yang Terpaksa Dipendam

Lama sungguh mama tak update blog bisu ini. Rasa banyak sangat tersimpan yang perlu diluahkan namun laptop buat hal. Boleh aje nak update guna handphone tapi aduh!! kecil sangat screennya. Nanti mama update yer tentang Qaseh sakit, tentang perasaan mama.

November 25, 2014

Mungkinkah rindu

Biarkan gambar berbicara..disitu ada kesakitan, di situ ada kerinduan atas satu kehilangan

November 11, 2014

Bila Hati Disakiti

Bisanya sampai ke tulang, parut tetap akan jadi tanda. Berbuat baik berpada pada kata orang tua kelak makan diri..mmm makan diri sungguh.

Semalam drive dengan linangan airmata, hari ini juga perasaan tetap sama..dulu bila hati tercalar, dial no papa samada office atau handphone, pasti perasaan itu rasa lega..

Uh, sakit sungguh perasaan tu..

November 10, 2014

Masa Bersamanya

Assalammualaikum..Good morning sunshine!!! Mama bersiaran dari handphone sambil memerhati anak kecil papa mata bulat ni tidur..

Sekian lama tidak meluahkan rasa hati disini, telah sarat yang terbuku menjadi dinding kamar hati.

Alhamdulillah papa, hadiah papa ini, semakin hari semakin kuat sistem imun badanya. Moga Allah terus lindungi dia bersama rahmatNYA. Moga Allah juga mengasihani papa dan papa juga senantiasa bersama rahmat dan kasih sayangNYA.

Kekadang rasa simpati pada anak kecil ini papa, bilamana hari hari bekerja, macam biasa, mama akan keluar bekerja hari belum cerah dan pulang bila hari kian kelam. Rindu pada dia, sangatlah kuat. Dulu bila papa ada, mama tak risau sebab papa boleh bawa dia bila menjemput mama, namun sekarang seringkali mama berlawan dengan masa untuk sampai awal ke rumah.

Jadi, sabtu mahupun ahad adalah hari "dating" kami tau papa. Harap papa gembira melihat kami dari jauh.

November 6, 2014

Jubah Terakhir

Hari ini mama pergi office dengan jubah pemberian papa. Jubah terakhir di kala menyambut Aidilfitri terakhir bersama. Berjalan dengan bergenang airmata dari stesen monorel ke office mama, sungguh kekosongan yang papa tinggalkan sangat dalam. Betapa mama merindui papa.

October 29, 2014

Terbang Bersamanya

Papa, mama telah tunaikan impian papa, impian kita berdua. Bukan impian untuk permata hati papa bergelar "pilot" tapi impian kita untuk membawa dia terbang diawan biru.

Sungguh sayu saat kapal terbang itu mendongak ke langit, si puteri dalam dakapan dan terasa seolah genggaman jari papa masih disisi.

Papa, mama rindu..

October 18, 2014

Genap Setahun

Alfatihah..genap setahun papa pergi.Genap setahun tanpa papa disisi. Genap setahun segalanya sendiri.

Tiada kata...

September 29, 2014

Alfatihah..7 Tahun

Papa, tarikh ini muncul lagi untuk ke sekian kalinya..kali ini muncul tanpa papa disisi. Tanpa genggaman erat jari papa menenangkan mama.

Genap 7 tahun Mia pergi..baru 3 hari lepas sambut birthday dia. Tak ada jajan macam dulu sebab tak ada papa untuk tolong mama bungkus.

Hanya sekadar sedikit makan malam dengan kawan kawan opis.

Gembiralah papa dengan mia disana..tunggu mama dengan adik yer

September 9, 2014

Wajah Seribu Erti

Berbicara pada sang bayu, sampaikan pesanan rindu di angin lalu. Moga terasa dipipinya bait-bait rindu itu menyapu pipinya nun disana..

Allah, lindungi anak ini, pelihara anak ini moga menjadi anak yang solehah.

Papa, inilah yang antara yang papa selalu ingin lihat bila Qaseh membesar. Terasa masa begitu pantas berlalu.

September 8, 2014

Qaseh

Dia jantung hati papa

Kami Demam

Papa, kami demam!!! kain papa tetap dicari bila dia tak sihat. Mama dah basuh kain tu, dah simpan rapi tapi dia tetap menuju tempat simpanan tu sambil menangis. Cuba beri kain yang lain tetap menangis. Bila beri kain papa, sambil tersenyum dalam tidak sihat, di ambilnya.

Walaupun dia kecil ketika papa pergi, namun dia tetap seorang anak. Mama akan jaga dia seperti papa jaga mama.

September 7, 2014

Surat Buat Papa

Assalammualaikum Papa,

Disubuh hening ini, kerinduan mama hanya Allah yang tahu. Tentang kerinduan    simata bulat papa, pasti kerinduan itu jauh disudut hatinya.

Bila melihat permata hati papa menatap dan cium gambar papa, rasa sembilu. Rasanya andai dia mampu meluahkan rasa hatinya, pasti papa yang dicari, pasti banyak soalan dia yang perlukan jawapan dari mama..

Hari ini, kenduri di rumah kaklong. Kenduri kahwin Kamal. Papa tentu semalam lagi dah pergi kalau papa ada. Kak long kata, dia guna catering je..selamat mamakan, kalau tak mahu kena tolong siang menyiang barang.

Kekok tanpa papa disisi. Bertambah kekok bila ada je mata yang memandang. Bertambah sukar bila ada soalan soalan yang mama tak suka menjawab.

Abah dengan family lain pun ada disini. Semalam buat steambot. Macam biasa angah dengan suami dialah chef kat dapur kita. Qaseh si mata bulat papa, seronok la kan sebab ramai orang dirumahnya. Hari ini juga diaorg nak pergi kenduri kawin saudara abah di Shah Alam.

Mama sakit kepala ni, tak lena tidur. Qasih kejap kejap nangis. Nanti mama cerita lagi. 

September 3, 2014

Jangan Dipersoalkan

Berhentilah wahai mutiara jernih. Bertabahlah wahai diri. Sesungguhnya mati itu pasti.

Memujuk diri sendiri. Dulu kalau mama menangis, papa selalu pujuk. Kali ini kena pujuk diri sendiri.

Mengapa perlu menangis kadangkala soalan itu diajukan. Menangis ini bukan boleh di paksa-paksa. Tangisan ini hanya luahan perasaan. Bila tiba masa, ia menjadi terapi kelegaan. Usah mempersoalkan tangisan itu.

Malaysia..Disini Lahirnya Cinta

Malaysia Bersamamu MH17..bergenang airmata bilamana melihat "mereka" pulang..pulang kepangkuan mereka yabg merindui.

Hari ini, hati masih lagi terusik melihat gambar dan membaca berita di suratkhabar. Puas menahan rasa, tapi tewas. Airmata mengiringi pembacaan mama. Walau pun tiada kaitan antara kita tapi rasa itu tetap ada sebab kita rakyat Malaysia!

Merdeka!!! masih teringat kenangan dengan papa. Pertama kali menyambut luar dari rumah, bersesak-sesak depan Jalan Raja Laut betul-betul dekat dengan bangunan KWSP. Betapa terujanya mama. Betapa gembiranya papa dengan cameranya bila aset aset pasukan keselamatan yang melintasi kami. Bangga sangat! Moga Allah lindungi kita semua dan juga Malaysia.

August 17, 2014

Hujan

Tetiba rasa rindu yg teramat sangat hadir bersama hujan nan lebat dan suara azan. Rindu yang akhirnya relai bersama airmata.

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui isi hati hambaMu ini. Engkau jua yang memberikan aku kekuatan dan Engkau yang memberikan aku kesabaran.

August 2, 2014

Hanya Kami Berdua Dihari Raya

Berkira-kira untuk menaip sesuatu, sesuatu yang perlu diluahkan.

Ramadhan yang berlalu pergi bersama kerinduan hati. Keseorangan berbuka dan bersahur, berkejaran dalam kesesakkan jalan raya dek masing masing ingin pulang cepat dan mama juga yang kadangkala tiba dirumah kala azan maghrib telah berlalu. Kelam kabut ambil buah hati papa dari rumah pengasuh. Akhirnya mama hanya akan makan bila Qaseh dah tidur.

Bila ramadhan pergi menyendiri, syawal  pula hadir. Terasa kesayuan di hati. Kerinduan itu kian mencengkam. Kesunyian itu kian terasa walaupun ditelinga ini kedengaran dentuman mercun.

Sangat berbeza. Dulu berdua dengan papa sambut raya, kemudian tahun lepas bertiga dengan Qaseh dan kini berdua kembali cuma bezanya kali ini berdua dengan Qaseh. Tiada lagi bersalaman dengan papa. Tiada lagi ciuman papa pada mama...

Qaseh pagi-pagi lagi dengan baju cantikcdia, berdiri depan pintu sambil mulut memanggil papa. Perlukan mama bertepuk gembira ataupun memandang dari jauh tingkah laku dia..yer, mama lihat dari jauh..melihat anak kecil mama yang sedang kerinduan. Maafkan mama Qaseh.

Selamat Hari Raya

Ramadhan telah pergi Syawal pula kembali. Mama dengan rendah diri mohon keampunan dan kemaafan pada teman teman alam maya mama ini, manalah tahu, ada coretan mama yang mengguris perasaan.

Mmm entry ini memang mengambil masa yang lama...sudah 6 Syawal. Mama harap belum terlambat untuk mama mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.

July 21, 2014

Hadiah

Inilah hadiah papa untuk mama. Hadiah merangkumi hari lahir mama, anniversary. Saban hari mengisi kekosongan yang papa telah tinggalkan. 

July 17, 2014

Lagu Raya

Lagu raya...telah kedengaran saban waktu dan hari. Dulu mama suka sangat dengar lagu raya malah mama lah yang akan jadi Dj dekat office untuk pasang lagu raya..tapi kini..

Lagu raya bukan lagi kesukaan mama. Mendengar dendangan lagu raya kesayuan terasa..mama rindu papa!

July 4, 2014

Ramadhan ~ Hari Ke 6

Alhamdulillah telah 6 hari mamauu berpuasa dan 6 hari juga bersahur ala kadar seorang diri berbuka juga hanya yang simple sebab hari bekerja dan hakikatnya cuti hujung minggu juga mama tak masak.

Hari bekerja adakalanya mama order lauk tapi yang belum pernah "termissed" beli adalah bubur lambok Kampung Baru. Order kat officemate, sebelum balik dapat. Qaseh sangat suka!! Tiap hari makan dengan berselera. Macam papa.

Pagi ni nak masak air, gas abis pulak!
Minum milo panas guna air panas Qaseh dan makan kurma.

July 1, 2014

Ramadhan Ke 2 ~ Steak Masak Sendiri

Hari kedua berpuasa. Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan untuk mama bertahan. Hari ini lebih baik dari semalam dari segi kekuatan diri dan ketabahan hati.

Hari kedua berpuasa, mama cuti separuh hari. Menghabiskan setengah hari cuti tahun dengan membeli barang keperluan Qaseh. Balik awal dari pejabat memungkinkan mama singgah pasar ramadhan. Disebabkan awal, masih banyak gerai yang belum dibuka.

Berbuka hanya dengan tamar dan air. Hanya makan steak masak sendiri bila Qaseh telah tidur.

Emmmm terasa ada kebanggaan papa..terbayang papa senyum gembira bilamana hari ini mama lebih kuat dari semalam..

June 29, 2014

Ramadhan Pertama Tanpa Papa

Hari pertama bersahur tanpa papa..hanya minuman mengisi membasahi tekak. Tiada selera..termenung lama di dapur.

Hari pertama berbuka, bersama Qaseh pergi ke pasar ramadhan. Aduh!! ramainya orang..mencari air dan kuih untuk berbuka. Dulu bersama papa, kini Qaseh. Tiada mampu untuk menjelajah pasar yang panjang dan padat dengan orang sambil mendukung Qaseh, nampak air yang dihajati, terus membeli..kasturi asam boi dan air mata kucing. Sangat tidak berdaya dengan anak berdukung dan bungkusan air ditangan. Kereta parking jauh. Qaseh pertama kali ke pasar ramadhan. Teruja gayanya.

Kalau papa ada, tentu papa tak kasi bawa mata bulat dia ke sana tadi. Sebab sesak dan asap. Emm mama pun dah serik nak ke pasar kalau bawak Qaseh..

Menunggu berbuka, hati makin sayu. Telefon mak, dengar suara mak, mama terus menangis. Rasa sungguh berbeza bila papa tak ada berbuka dengan mama. Kalau papa ada tentu atas meja ada murtabak!!

Ya Allah, hambaMu ini berjaya mengharungi ibadat puasa untuk hari ini walaupun rasa rindu itu menyentap perasaan hingga diri rasa terlalu lemah tapi kekuatan yang KAU berikan membuatkan diri ini bangkit kembali. Ya Allah kuatkan imanku..kuatkan hatiku..Aminnn

June 28, 2014

Sendirian Berpuasa

Pagi esok dah kena sahur sebab esokp dah puasa. Hati sebak!  Sakit itu datang lagi..sakit rindu yang makin sarat.

Pertama kali ramadhan tanpa insan tersayang. Airmata tak berhenti menitis. Harus bagaimanakah sahur mama. Selalu sahur mama bertemankan papa, papa yang masak untuk sahur, papa yang buat air untuk kita minum, dah siap semuanya baru papa gerak mama bangun. Walaupun kadangkala hanya telur dadar, ikan masih dan kicap tapi tetap sedap. Mama pula yang akan membasuh dan mengemas lepas kita sahur.

Aduhai hati..aduhai kasih..Ya Allah sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk ku Ya Allah..dan kerna itu, KAU kuatkanlah hambaMU ini..

June 20, 2014

Tetiba..

Tetiba terdail no handphone papa walaupun sebenarnya nak call rumah mak! Kebiasaan yang sukar dielakkan..sakit jadinya..

June 13, 2014

Jantung Hati

Dia..Kami..ada rindu..ada sayang..ada cinta..ada sakit..pilu dalam sendu duka dalam ketawa

Aku Terima Nikahnya

Dia menerima mama seadanya..menerima segala kekurangan mama dan kelebihan mama sepenuh hati dan mama sama seperti dia saat ijab dan qabul terlaksana. .

June 10, 2014

Cuai

Hmmmm..arini lepas parking kereta dekat station Monorel Titiwangsa terus tunggu monorel tapi masa nak lock kereta tadi rasa macam ada benda yang tak lengkap..abaikan.

Dalam monorel dok gagau cari handphone dalam beg. Tak ada. Ada handphone papa je. Arggg sah tertinggal dlm kereta. Memikirkan hal yang penting takut ada orang call sampai station chow kit terus keluar and patah balik pergi titiwangsa!!

Sah..sah..sah..memang handphone dalam kereta dekat carseat. Tengok dari cermin luar memang nampak. Nasib baik patah balik kalau tak...

Papa, dah ambil handphone naik balil monorel tapi kali ni terlajak pulak pit stop. Dah kena pusing balik. Kalau mengadu kat papa, sure papa gelakkan mama sampai keluar airmata dan mula cakap mama cuai!!

Emnnn letih pagi-pagi ni.

June 9, 2014

Dia Menangis Tiba-tiba

Qaseh menangis tetiba papa dalam tidur..selop!! Hati mama dirundung duka melihat dia.

Mama angkat dari tempat dia tidur, mama peluk sambil baca fatihah dengan 3Qul..dia diam tapi hati mama sangat sakit papa melihat sisa airmatanya.

Kenapa wahai anak kau menangis..andai mama tahu puncanya pasti mama ada jalan penyelesaiannya sayang kecuali satu..mama tak dapat kembalikan papa..

Kan mama selalu cakap dengan Qaseh, kalau rindu papa, Qaseh kena ingat papa selalu dalam hati..mama tahu anak mama rindukan papa tapi anak mama belum pandai meluahkan.

Papa, panggilan itu sentiasa dibibir mungilnya..walaupun tiada sahutan tapi dia sangat gembira kalau dapat cium gambar papa pada handphone mama..

Kelak bila kau dewasa wahai anak, kau pasti tahu betapa dalamnya sayang papa padamu..tak mahu sedih sedih yer sayang, nanti papa sedih tengok mata bulat dia sedih..

June 1, 2014

Hanya Kami..Berdua

Semalam sabtu hari terakhir dalam bulan May, seharian terperuk dalam rumah sebab tak boleh keluar dari rumah gara-gara pekerja kontrak memecah simen. Berdebu luar rumah.

Hari ini breakfast diluar dengan Qaseh. Hanya Qaseh. Nampak riak gembiranya bila dapat keluar.

Pandangan orang pada mama..uhhh sangat tak best. Teruk sangat kah kalau hanya berdua tanpa pasangan. Pelikkah bila tak cukup tangan hendak melayan anak kecil makan dan makan untuk diri sendiri?..

Dulu bila hanya berdua dengan papa, masih juga ada pandangan yang sangat mama tak menyenangkan. Ada juga pertanyaan "eh berdua je ke".."ehh nampak macam tak sihat"..yer berdua je sebab anak kami dah simpan awal (jawapan dalam hati)..yer jugak suami saya tak sihat (jawapan dalam hati)..jawapan luaran hanyalah senyuman dan genggaman erat jari jari papa pada mama supaya mama terus kuat.

Selesai sarapan bawa Qaseh pergi jalan ke Space U8. Main redah je demi Qaseh. Terus pergi Amanville..tempat permainan. Anak kecil yang kadangkala bikin hati mama jadi sayu. Sabarlah wahai anak, Qaseh ada mama.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...