May 27, 2012

Perancangan Yang Tertunda

Iman Harith main roller coaster!!! lepas berebut dgn paklong

inilah hasilnya bila maklong melayan Iman Harith main

Seminggu sebelum cuti sekolah, cadangan awal nak pergi bercuti ke Terengganu, siap booking hotel, siap bagitahu mama hannah lagi yang mama nak pergi jalan-jalan kat sana, nak jumpa Hannah tapi perancangan tetap perancangan, izin Allah yang diperlukan. Nampak gayanya terpaksa cancel the trip sebab papa sakit. Tak boleh nak jalan jauh. Akhirnya mama dan papa bercuti kat rumah maktok di Perak selama seminggu!

Seronok tetap seronok sebab ada maktok dgn tokayah, ada anak-anak sedara namun hati tetap sedih bila tengok papa sakit, menahan  kesakitan dikaki. Tak tahu kenapalah kaki papa tu bengkak. Tokayah bila tengok papa sakit kaki, bengkak dan rasa ngilu,  mula la macam-macam nak dibuatkan kat papa,siap bawak pergi jumpa doktor, panggil haji kat surau depan rumah maktok datang rumah tolong tengokkan kaki papa, tolong urutkan, alhamdulillah kaki papa dah ok sikit dari dulu.

Arggg sangat sedih sebab tak dapat jalan-jalan dengan papa. Keluar jalan dengan adik2 pun papa dah siap sms mama suruh balik cepat, dengki sangat lah tu sebab tak boleh jalan kan. Sempat mama pergi beli kain untuk buat baju raya. Sempat pergi tailor hantar kain lagi sebab nanti kalau hantar lambat, lambatlah dapat baju raya. Ahaks!!! dapat 5 pasang kain without papa ikut!!! beli kain dengan aman sebab tak kena tegur dengan papa kala bershopping.

aqilah lukis guna Ipad ..gambar paklong menangis katanya
Gambar yang Aqilah lukis diatas, sangat-sangat touching buat mama sebab hasil jemari halus budak berusia 5 tahun bila melihat paklong menahan kesakitan even paklong tak menangis pun. Terus terdetik dihati, kalau arwah Mia ada, tentu bergaduh dengan aqilah sebab masing-masing nak tunjuk terror!

Maktok siapakan this untuk mama dengan papa bekalan
Safely arrived kat teratak buruk kami sebelum jam 11.30 pagi tadi, tak banyak sangat kenderaan dari utara menghala ke Kuala Lumpur. Mama tengah tidur masa mama dengar bunyi bising-bising orang masak kat dapur, rupanya maktok yang memasak. Maktok tetap maktok, sangat suka memasak, ada aje benda yang dimasak, kami anak menantu cucu kerja makan aje hehehehe. Bekalan maktok untuk mama dengan papa, ikan goreng, sup ayam, buncis goreng dgn udang, sambal tumis udang siap buang kulit lagi. Jangan tak tahu, nasi putih dengan air teh pun maktok bekalkan!! terima kasih mak abah sebab selalu kasi kami anak menantu kenyang!!! ohhh ada lagi yang tak ada dalam gambar ni sebab dah abis di makan masa kat R&R Tapah iaitu cucur udang!!!

Mama sangat berharap papa cepat sembuh dari sakit kaki yang teruk jugak tu supaya mama tak bosan, supaya mama dapat pergi jalan. Papa, cepat sembuh yer supaya perancangan kita yang tertunda dapat kita laksankan. Kali ni tukar plan, tak nak naik kereta, kita naik flight ok.

May 17, 2012

Penat

Mama sangat penat sebab  pagi tadi dalam jam 2.30am, kala ramai yang sedang lena di ulit mimpi indah, mama dengan papa memulakan perjalanan yang penuh dengan mengantuk menuju ke Setiawan. Kenapa awal pagi? sebab rumah mama jauh dari Setiawan tu, drive kat highway kalau dok bergaduh dengan lori dan busy yang penuh kat highway tu ambik masa dalam 4 jam juga nak sampai tempat tujuan.

Mama pergi jumpa doctor homeopathy sebab nak suruh doctor tengokkan kaki mama yang masih sakit bila berjalan dan juga sebab nak tunjukan pula kaki papa papa yang bengkak sejak dua hari lepas. Kesian sangat dengan papa, nampak sukar betul papa nak jalan. Mama sangat sedih bila papa sakit.

Kebetulan mama ambil cuti hari ni so tak lah terkejar-kejar nak kena call opis bagitahu bos kan. Harini juga jumpa tokayah dengan maktok kat clinic homeopathy tu sebab tokayah pun kena jumpa doctor, kena buat fisio. Ada Aqilah juga. Aqilah demam teruk, bila demam aje, ambik darah, pasti sel darah putih sangat tinggi berbanding sel darah merah tu yang membuatkan tokayah dengan maktok bertambah risau. Hilang kejap rindu ada Aqilah.

Memang sangat penat, sampai rumah aje dari Setiawan dah jam 2.00pm. Terus tidur!!! terjaga dari tidur, papa kata mama tidur bunyi!!! hahahaa memang sah sah penat giler.

May 13, 2012

Status FB


xxxxxxxxxxxx
pagi tadi masa dlm keter on the way pergi breakfast, sambil tgk kereta yg byk kat jalan raya mulut bercakap " ehhh banyaknya keter arini papa, mesti suami bawak isteri dgn anak celebrate hari ibu kan..papa bawak mama je.." masa tu belum lagi rasa apa2kan but when pahalwan kata "mama lagi untung sb mama ada tiket express" tetiba jadi sebak..argggg pahlawan bikin mama ini menitiskan airmata secara automatik..and pahlawan pun nampak sedih bila si wife ni nangis hahaha. Utk mak, along tak nak call mak arini untuk ucapkan Selamat Hari Ibu sebab tak nak mak sedih bila dengar suara along..biarlah hari ni along tak call mak sebab hari lain along call mak tiap2 hari kan, kadangkala dekat 10 kali along call dlm sehari kan. Selamat Hari Ibu..along sambut tiap hari..doa along mak sihat dan kuat, murah rezeki dan bahagia hingga akhir hayat
 ·  ·  · 56 minutes ago · 


Hari ni memang mama tak call pun maktok untuk ucapkan Selamat Hari Ibu sebab takut bila dengar suara maktok, mama nangis. Tak nak maktok jadi sedih bila dengar mama menangis. Setiap hari adalah hari ibu buat mama. Sangat bangga dengan maktok dan tokayah sebab jaga kami 8 beradik dengan sempurna walaupun hidup tak lah semewah mana dulu. Tokayah hanyalah pegawai tentera berpangkat Pegawai Waran II sahaja, maktok pula hanyalah surirumah sahaja tapi kami adik beradik dapat bersekolah dengan sempurna, dapat makan dan juga tempat tinggal. Kami bahagia hidup sederhana. 

Maktok pandai masak. Semua yang maktok masak sangat sedap buat mama dan adik beradik mama yang lain even maktok masak maggi pun sedap!! tak ada kedai yang dapat melawan maggi maktok. Berebut-rebut kalau maktok masak maggi letak sayur taugeh dengan sawi, pastu letak telur dengan udang! memang licin je periuk. Kekadang hingga sekarang pun mama masih request maktok nak makan maggi bila mamabalik kampung. Sangat rindu dengan sambal tumis maktok, ayam masak merah maktok memang class!!! mama tak pandai masak macam maktok masak sebab sangat tak sedap bila masakan tu dari air tangan mama. Anak-anak jiran mama yang maktok mengasuh dari kecil pun hinggalah sekarang sangat suka dengan masakan maktok, sanggup request jugak tu bila diaorang balik bercuti dari universiti or kerja. Setiap kali mama nak balik kampung, mesti mama request maktok buatkan mee rebus!!! tak ada kedai yang mee rebusnya sesedap maktok buat!!!

Mama harap maktok tak tunggu mama call hari ni sebab arini memang mama tak nak call. Esok mama call maktok. Mama memang selalu call maktok, setiap hari tanpa pernah gagal hingga kadangkala satu hari dekat 10 kali mama boleh call maktok, tak ada apa pun, just tanya maktok buat apa, masak apa je hehehe. Hingga maktok pun tahu jam berapa mama akan call, kalau tak call tu, ada lah nanti masuk sms dari tokayah tanya mama sihat ker tak, kenapa tak call rumah. But rasanya hari ni maktok dengan tokayah faham kan kenapa mama tak boleh call. 

Yang paling atas, entry mama kat FB!!! sangat-sangat sedih!!!

May 11, 2012

Cerita Tentang Mereka

Jumaat lepas, mama balik kampung rumah maktok, balik dengan papa, dengan adik mama, dengan wife dia and dengan baby kecil dia Adawiyah!!! Adik mama drive, papa jadi co-pilot yang tidur sepanjang perjalanan balik ke Perak!! mama seronok jadi pengasuh Adawiyah hehehe!!! salin pampers dia..kasi susu terus tidur dalam pelukan mama. Sangat seronok dan bahagia. Sambil dok pegang Adawiyah, mata mama sentiasa dok perati kat highway tu sebab papa dah tidur, ibu Adawiyah pun kejap-kejap tertidur, penat agaknya. Mama kalau dalam kereta susah nak tidur jadi bolehlah tengok-tengok kan adik mama drive. Banyak pula kenderaan menuju utara. Banyak juga perhentian yang kami singgah!! bergerak dari rumah mama dalam jam 9 malam and sampai rumah maktok hampir jam 2 pagi.
Adawiyah maklong!!!
Sampai rumah maktok, tok ayah dengan maktok belum tidur lagi sebab tunggu kami sampai, Aqilah tak nak balik rumah mama dia sebab nak tunggu maklong katanya, nak main Ipad maklong. Adus!!! anak sedara sorang ni, nak barang aje baru ingat maklong hehehe..tak sabar masa tu sebab nak je pagi tu cepat cerah, Aqilah bangun dari tidur, Iman Harith cepat datang rumah maktok sebab mama rasa rindu sangat. ..

Ini Keow Teow Goreng Doli yang glamer kat Taiping
Pagi, tokayah panggil orang tolong urutkan kaki mama, aduh!!! sakit wooo..pastu pergi kedai tailor mama sebab hantar kain untuk kenduri kahwin adik mama bulan 9 ni and aunty tailor tanya pasal baju raya sebab mama suka hantar last minute dan seperti biasa mama cakap "aunty, macam biasa, saya booking 5 pasang tapi kain belum beli, nanti saya balik saya hantar. Macam biasa yer aunty, ambil seminggu sebelum raya tau" hahahaa..aunty tu ok aje sebab dari mama sekolah kami adik beradik memang cari dia aje.  Lepas tu pergi makan keow Doli!!! gambar atas tu keow teow doli special!!! tu mama punyer!!! sedap!!! Lepas makan terus balik rumah maktok, dan rumah maktok dah penuh dengan anak-anak sedara serta adik mama yang lain. Best betul!!! Aktiviti seterusnya kena buli dengan budak-budak!!!

Tabik hormat untuk maklong dari Atiyah dengan Aqilah
maklong kena layan Iman main perang-perang
mama dgn iman harith yg susun

Semua orang kata budak-budak ni naik mengada-ngada sebab maklong balik. Maklong layan, layan main perang, layan bercakap, layan bagi mandi. Maklong rela bagai pakaikan baju, rela bagai alat solek, minyak wangi kena rembat dek budak perempuan tu..semua maklong rela, tak banyak soal..Adawiyah pun tak padan dengan kecil, diam aje bila maklong ambil..peluk peluk..papa kata, mama manjakan sangat hehehee..

Sangat seronok bila ada anak-anak dalam rumah..penyeri..pengubat keletihan dari balik kerja. Hilang segala kesakitan, hilang rasa marah dan sedih bila melayan karenah diaorang kan. Hoping, Allahmasih beri mama dan papa peluang untuk menjadi mama dan papa yang terbaik untuk anak-anak mama.

Sekali MC Terus...

Minggu ni baru mama masuk office setelah menggunakan hak mama sebagai seorang pekerja yang sakit. Cuti sakit selama 8 hari membuatkan meja kerja mama berserabut!!! tak suka!! dalam medical leave tu pun mama pergi office juga sebabnya nak buat report! macam tak boleh tunggu je report tu kan!! officemate marah mama sebab dalam sakit pun datang kerja tapi rasanya macam tanggungjawab mama so kenalah paksakan diri.

Bila cuti sakit, memang rasa sakit sangat sebab kaki mama ni tak boleh dipaksa-paksa bekerja keras, tak boleh berdiri lama, tak boleh bergerak macam selalu. Selalu mama jalan macam ribut je, sekarang mama bergerak ala ala sopan santun gitu, kalau belum kawin, sure ramai yang nak buat menantu hehehee.

Dalam mama medical leave, mama ada appointment dengan  specialist mama, baru aje masuk bilik dia, tak sempat bagi salam, doctor bagi salam dulu kat mama dengan papa!! suka tau doctor ni..belum sempat duduk, dah tanya mama.. "macam mana kaki? sakit lagi? sini..nak tengok" sambil dok tengok kaki mama. Mama pulak dengan ramah tamah lagi berterus-terang berkata "doctor, saya rasakan kaki saya ni macam ada karan (electric shot). Papa dah start ketawa, doctor pulak tersenyum sambil suruh mama baring kat katil orang sakit. Kena lawan jari yang ditolak kat tapak kaki mama etc..doctor kata pushing kaki mama kuat..done. Doctor bagi ubat lagi sebab bengkak kat betis mama dah surut..doctor takut punca datang dari pinggang dan belakang mama, jadi Doctor yang sangat friendly tu bagi mama dalam sebulan, if tak ok juga, mama kena menghadirkan diri untuk ujian MRI again kali ni dibahagian belakang pula..adoi!!! 

Balik dari hospital, singgah kat kedai Tutti Frutti!!! hahaha percaya or tidak, inilah kali pertama mama dengan papa masuk kedai Tutti Frutti ni sebab selalu nampak ajekan, tapi dah sebab memang dekat dengan rumah, cuaca panas, terus singgah. Ambil bekas yang sederhana..isi 4 flavour (coklat, vanilla, grape and kiwi), letak barang2 hiasan..ummm ambik ko!!! kongsi dengan papa je..and both dah mula ketagih nak singgah situ tiap hati!! mama sangat suka suasana, colours and susun atur kat kedai ni..tenang gitu..mentang-mentang dekat dgn rumah!!! 

inilah decoration dari mama..RM18.60!!!

May 1, 2012

One Year Older!!

Birthday Card Dari Papa
I love u always papa..thanks
Thanks for the surprised yer papa!!!

Alhamdulilah!!! End of April semalam sangat-sangat indah sebab semalam birthday mama!! Papa hantar surprised kat office saat mama tengah busy giler dengan kerja. Papa tak pandai buat surprised so bila papa macam tu, mama memang tak expect surprised dari papa ok. Dengan card ucapan yang paling besar, siap belon gitu. Sangat-sangat bangga dengan papa. Terima kasih banyak-banyak papa.

kawan office mama kasi
Terima kasih buat teman-teman office, teman-teman fb dan blog mama for the wishes, doa's, cards and hadiah. Ohhh!!! mama sangat terharu sebab memang tak expectkan bila umur dah  meningkat setahun, when tiba masa birthday, ada yang mengingati. Syukur sangat-sangat pada Allah sebab mengurniakan mama kawan, teman dan sahabat yang sangat baik untuk mama. Walaupun kekadang langit tak selalu cerah, hujan ditengahari, namun inilah lumrah kehidupan, ada pasang dan surut..ada tawa dan tangis namun bila sampai ketika, kita tetap masih bersahabat, masih lagi berteman. Mama syukuri anugerah yang Allah berikan ini.

Sebahagian dari cards dan hadiah dari friends
Pagi sebelum subuh 30April, tokayah sms mama, tokayah wish mama dengan doa-doa seorang ayah pada anak sambil berpesan buat sujud syukur atas kesihatan dan umur yang masih ada. Sayu kan bila tokayah sms tapi lagi teruk kalau tokayah call and wish mama, mahu melalak meraung mama..sangat sensitif tau sebab rasa sedih sangat.

Maktok pun call mama masa mama tengah kerja, mendengar maktok bercakap, mendengar maktok doakan mama juga, membuatkan mama rasa sebak, bertakung airmata. Satu doa yang sangat terkesan di hati mama bila maktok kata "mak doakan along cepat dapat baby, dapat baby banyak". Tersangat sayukan. Sebab mama rasa, maktok pun kesiankan mama. Arggg sedih sangat. Mama usik maktok, nak hadiah. Maktok kata, kalau maktok banyak duit, semua maktok kasi kat mama. Maktok kata minggu ni mama balik kampung, maktok nak masak makanan kesukaan mama jadi maknanya, minggu ni akan ada banyak makanan yang mama kena makan. Terima kasih mak, abah atas doa-doa yang tulus buat anakmu ini.

Popular Posts