May 21, 2013

Dia umpama anak syurga mama




Entry ringkas mama tadi mesti mengejutkan ramai rakan-rakan mama kan. Terima kasih kerana sudi menumpang kegembiraan dan kebahagian kami. Perasaan gembira kalian benar-benar meresap ke dalam jiwa mama. Dalam hati ada taman bahagia, ada pelangi berkaler, ada sinar mentara..ada kabus menyelubungi.

Seumpama nama Qaseh, dia hadir untuk dikasihi. Terasa kasih sayang buat dia melimpah ruah. Dia hadir seumpama bidadari syurga. Hadir membahagiakan mama dan papa. Ibarat pelanduk dua serupa, dia umpama Mia..raut wajahnya seumpama bidadari itu. Kawan-kawan mama pun kata, Qaseh umpama kakak bidadari syurganya Mia.

Seringkali mama juga tersasul bila bercerita tentang Qaseh. Seringkali nama Mia yang berganti nama Qaseh. Maafkan mama yer Qaseh sebab hampir 6 tahun nama kakak dibibir..dihati dijiwa.

Jangan pernah lupakan yang pertama..itulah pesanan doctor mama minggu lepas..pesanan yang benar2 terpahat dalam ingatan. Mia, tidak kan pernah walau sesaat mama tidak mengingati anak mama. Terima kasih kerana mendoakan mama..adik Qaseh hadir bersama mimpi mama tentang anak syurga mama.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Ya Allah



Masih tidak percaya!!!macam mimpi. Tetiba dia hak mama dan papa!!

Mia, terima kasih kerana mendoakan mama dan papa. Ohhh!!!syukur sangat pada anugerah yang Allah berikan pada kami berdua. Mia anak mama, dia macam Mia! Semua orang kata saling tak tumpah dia dan Mia.

Mia ada adik dah!!!! Namanya Qaseh Zara Aishah. Masa entry ni di buat, ini adalah hari ke 8 dia melihat dunia. Kelu lidah untuk berkata tapi sangat sangat menyenangkan bila dapat memeluk dia walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

May 12, 2013

Hadiah Teristimewa

Hari ini hari ibu. Mama sangat bangga sebab menjadi anak maktok dan tok ayah. Bangga menjadi isteri papa dan bangga menjadi mama yang mempunyai parut czer!!


Hari ini, kawan mama ajak datang rumah dia makan makan.kawan sekolah rendah yang sekian lama tak bersua. Itulah hadiah kawan mama dan anaknya beri pada mama sempena hari ibu.


Syahdu giler!!! Thanks darling!.


Published with Blogger-droid v2.0.4

May 10, 2013

Gebu tak

Anak-anak sedara mama yang makin membesar. Humairah si baju merah yang belum cukup setahun tapi dah macam setahun. Omar Dean si anak lelaki yang jarang jumpa maklong dia ni dah semakin pandai dan masih lagi bertatih untuk berjalan. Rindunya maklong.


Berkongsi kesukaan mama pada baby dan kanak-kanak.  Walaupun seronok dan bahagia namun seringkali terselit rasa "bestnya kalau ada anak". Tak terucap di bibir tapi hati bersuara.


Published with Blogger-droid v2.0.4

May 9, 2013

Rindu segalanya

Rindu nak jumpa doctor. Doctor mama dekat DEMC dan LPPKN. Doctor doctor dan nurse yang senantiasa berusaha memberi yang terbaik untuk mama dan papa

Rindu nak kena telan ubat. Rindu dengan suntikan ubat hormon. Rindu nak tengok papa jadi doctor bila kena bantu mama suntik ubat. Kalau ubat hormon untuk disuntik, papalah yang kena buat sebab mama tak berani suntik diri sendiri heheheh.

Rindu nak buat segala procedure di hospital. Rindu nak tengok mr.sperm berenang-renang bila dah kena cuci dalam makmal.

Rindu nak dengar doctor beri kata-kata semangat.

Rindu nak rasa ada baby dalam perut mama macam masa Mia ada. Rindu nak rasa ada insan tendang perut mama. Rindu dengan morning sickness setiap kali terjaga dari tidur.

Rindu nak pakai baju pregnant. Rindu nak pergi shopping barang baby. Rindu segalanya.

Rindu nak bersalin walaupun sepuluh kali kena belah perut mama rela. Rindu tangisan baby dan wangi baby. Rindu nak tengok papa mengalirkan airmata macam first time doctor sahkan mama pregnant!!

Rindu Nurin Amni Damia khalilah sebab sekarang dia tak ada dengan mama. Rindu sebab dia bidadari mama dan papa di syurga Allah. Rindu nak cium dia..rindu nak peluk dia ketat-ketat, rindu nak gomol-gomol dia. Rindu nak tengok dia buli papa..macam mana yerk kalau Mia buli papa sebab mama dengan papa tak berkesempatan menikmatinya..

Ya Allah, hambaMU yang lemah ini sangat rindu. Rindu padaMu..rindu pada RasulMu..rindu segalanya. Kasihani kami Ya Allah. Permudahkan segala urusan kami. Rahmati kami Ya Allah. Rahmati dan berkatilah kami.

Published with Blogger-droid v2.0.4

May 5, 2013

Semangat Pru13

Seawal pagi papa dah kacau tidur mama!! Adoi papa ni kan, sangat bersemangat sampai tidur pun tak lena. Siap kacau mama yang sedang enak tidur. Hahahaaaa bila tanya kenapa kacau mama, papa kata tak boleh tidur. Mama pula, dalam keadaan mengantuk, mata pejam pun jawab..." ala papa golek golek baca fatihah degan 3qul nanti boleh lah tidur". Yes!! lega kejap.


Memang sangat la bersemangat papa ni mengalahkan nak sambut raya!! Belum subuh lagi mama dah kena kejut dari tidur. Alasan papa nanti lambat sampai rumah kakak, susah nak dapat parking. Eeee papa ni suka je. Mama mengantuk!


Pergi mengundi dekat PJ..tempat mengundi pula dekat dengan dewan berhampiran rumah kakak ipar mama. Wow!! Awal pagi jam 7 dah sesak!! Nasib baik kereta mama kecik dan pendek, senanglah nak parking tempat sempit hahaha. Gara-gara sangat berkobar-kobar nak mengundi, papa tak bawak mama breakfast pun. Uhh lapar giler. Habis mengundi baru makan itipun ambil nasi lemak dengan kuih dari gerai anak sedara!! Tapau bawak masuk dalam rumah dan makan macam semalam tak makan langsung.


Alhamdulillah, papa sihat hari ini tak macam dua tiga hari lepas. Moga hak kita sebagai rakyat Malaysia dihargai. Tidak kira siapa pemenang, yang penting kepercayaan rakyat pada hari pengundian ini dihargai.


Published with Blogger-droid v2.0.4

May 4, 2013

Makan sebelum mengundi esok!

Breakfast dengan papa dah nak masuk lunch. Hahaha panggil Brunch ekekeke. Hari ni bangun lewat and papa pun yak kejutkan mama sebab mama ABC!


Bulan ni 'kawan baik' datang melawat cepat. Doktor mama kata dari date setiap bulan yang mama provide pada doctor, cycle mama normal. Ummmm last month test ovulation guna kit yang doktor kasi tak ada langsung double line!! Doktor suruh mama cuba lagi this month.


Okay, arini mama 'pau' papa bawak malan dekat Secret Recipe. Ummm giler kenyang!! Alhamdulillah. Terima kasih papa.


Ok..esok dah nak kena mengundi. Tak kira siapa pun kita 'X', utamakan keselamatan diri dan keamanan negara kita.


Published with Blogger-droid v2.0.4

May 1, 2013

Terima kasih...

Terima kasih boss sebab kasi cake coklat yang sangat sedap lagi manis macam saya!!! Bangga giler bila boss kasi cake birthday.


Mama tak sangka bos mama nak belanja cake. Dia just kasi duit kat officer suruh beli and mama dapatkah cake untuk kongsi makan dengan kawan-kawan.


Hari ini juga dapat cake yang mama suka. Mango cake dari SR. Thanks Siti sebab selalu ingat fav cake akak. Mama dapat card dan juga hadiah dari kawan-kawan.


Terima kasih buat abah dan mak, adik beradik dan kawan-kawan mama atas kiriman kad, hadiah, birthday wish dan doa melalui Sms, FB, Line, We Chat and Whatsupp!!! Wow!!! Banyaknya laman sosial!! Juga call!!! Terima kasih semua.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila usia bertambah

Birthday mama on 30th. April!!! sangat sibuk dan papa pula tak sihat jadi tak ada celebration ala ala romantika di amor..tapi santai ala ala dipantai kat rumah aje. Beli ayam percik dekat Ayamas and ratah!!! Sungguh rock!!! sebab tak ada protokol dan tatatertib di meja macam makan di luar. Thanks papa sebab pergi serbu kedai Ayamas petang tadi. Nasib baik kita cepat kalau tidak sure ayam percik tu dah kena rembat habis dek customer belakang kita kan.


Tak apa papa, mama tak kisah tak ada card..tak ada hadiah sempena hari lahir mama. Hadiah untuk mama hanyalah papa sihat selalu!! Mmmmm walaupun tadi sesaja cari jugak dlm bilik kut kut papa sorok hadiah untuk mama macam selalu hahahahaaa!!! Poyo je..ehhh jujur ni tau papa, mama nak papa jaga kesihatan je. Nak papa sihat sebagai hadiah birthday mama.


Mia, birthday mama sayang. Doakan mama dengan papa sihat selalu yer terutama papa. Doakan mama dengan papa ada adik. Adik yang boleh tolong doakan mama dan papa serta Mia. Tolong yer sayang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Popular Posts