February 21, 2015

Alfatihah..Kakak Pergi Juga

Kala maghrib tiba, kakak arwah papa pegi juga..pergi menemani adik kesayangannya, pergi menemani mak dan ayah disana..

Papa, hari-hari terakhir kakak, hanya papa yang dibicarakan, bercerita tentang bagaimana papa suka makan kuih koci..macamana papa makan banyak..

Alfatihah buatmu kakak..moga Allah permudahkan segala urusan mu. Aminn

February 18, 2015

Frame

Frame gambar papa menjadi sebahagian dari mainan anak kecil papa. Selamanya dia anak kecil papa.

Mungkin rindu. Kadangkala suara halus dia memanggil papa bila pandangannya jatuh pada gambar2 papa dan adakalanya juga penuh air liurnya didada frame dek ciuman dia. Jangan dirampas frame itu, pasti menangis tersedu-sedu.

Abang, dia tetap akan merindui abang sebagai papanya, mengambil semangat abang yang abang tinggalkan.

February 13, 2015

Kau Pergi..

Sayu..pilu..sebak..walaupun tidak berkesempatan bertemu dan melihat dari dekat namun pemergiannya begitu terasa..

Alfatihah..

February 8, 2015

Bila Kakak Ipar Sakit

Papa, kakak sakit..tadi Kamal baru call mama bagitahu kakak tak sedarkan diri kat hospital HKL..doktor kata kemungkinan strok atau ada kuman dalan darah. Kamal bagitahu mama juga, tangan kakak nak kena potong..

Papa, sejak papa tak ada kakak selalu sebut nama papa..busu ni..busu tu..busu je rajin datang tengok kakak, kalau tengok Qaseh, kakak mesti cakap, macam busu je dia..betapa rindunya kak long pada papa..

Rasa ingin terbang supaya cepat sampai nak tengok kak long, Qaseh tengah tidur pula. Harap kakak kuat macam papa.

February 4, 2015

Kali Pertama Sendirian

Semalam cuti Thaipusam..mama cadang tak nak keluar tapi disebabkan abah dgn mak nak datang kenduri hujung minggu ni jadi terpaksalah mama survey area kenduri. Kali pertama ke Cheras, drive bersama Qaseh hati papa, rasanya papa mesti bangga sangat dengan mama.

Mama berjaya untuk pertama kalinya memasuki area Cheras, Bandar Tun Razak. Hahahaah if papa duduk sebelah mama waktu mama drive mesti akan kedengaran bunyi "emmmm panjang la langkah bini abang ni nanti"..

Singgah kejap rumah kawan mama. Kawan dari group whazzup ttc, tengok anak triplet dia. Papa, mama rasa macam arggg nak ambik tiga-tiga sekali bawa balik rumah. Geram tengok.

Anugerah Allah, selagi ada daya untuk berusaha, kita kena usahakan papa, insyallah dipengakhirannya pasti manis, macam ayah dan ibu triplet ni..mama is jeles tau!

Qaseh macam biasa, suka sangat dengan baby. Cepat je tangan nak pegang, nak tepuk dan cium. Mood pun boleh tahan la kejap ok kejap tidak sebab mengantuk jadi bila mama pegang je baby triplet mula la dia merengek.

Hari ini mood swing..rasa tak nak cakap dengan sesiapa pun..seronok kalau dapat berbicara dengan papa dahulu walaupun kadangkala respond papa hanyalah "emmm..emmmm..." rasa macam nak sumbat kertas je bila dengar...

Insyallah papa, mama akan jaga Qaseh dan diri mama sebaik mungkin dan mungkin nanti akan ada lagi "kali pertama" yang akan mama lakukan sendirian lagi tapi masih berbekalkan semangat papa yang papa tinggalkan.

February 3, 2015

Ulangtahun Kedua..Dua Belas Tahun

Kelmarin adalah anniversary kita yang ke 12..andai abang masih ada. Hakikatnya telah dua kali tarikh keramat itu hadir tanpa abang disisi.

1hb. February, 2003, petang Sabtu kala hujan lebat mencurah bumi, dengan sekali lafaz, abang menjadi pemilik rusuk ini..rasa terharu dan gembira kerna 'ucuk' tahu, abang akan menjadi kawan, sahabat, boyfriend dan suami yang akan layan ucuk dengan penuh tanggungjawab.

Saat itu bermula la kehidupan ini dengan abang, penuh dengan suka dan duka. Kadangkala bila tarikh ini hadir, akan ada surprised walaupun hanya sekeping kad dari abang..alasan yang munasabah dari abang adalah "abang tak pandai la nak surprised2 ni" tp bila buat surprised ambik!! hantar kat office..sampai tak berani nak buka..hahahaha..malu kantoi!

Ucuk nama yang paling abang suka panggil. Kalau masul kuiz memang kita akan kalah sebab nama panggilan abang untuk rusuk abang ini ada dua tiga nama tapi ucuk ni kata abang, panggilan yang abang suka..mula tu kan "ucuk" ni marah konon nak kata bini busuk la tu..tak sesuai tau nak kasi isteri malu..tapi ada je alasan abang.."biarlah, wangi ke busuk ke..isteri abang..ada abang kisah..tapu tulah, nak panggil wangi macam tak best je, panggil ucuk lah singkatan dari busuk sambil ketawa" tengok..permainan abang disiti..sekarang rindu dengan panggilan ucuk itu.

Kelmarin, keluar dating Ustazah Doctor Qaseh..makan-makan dan jalan-jalan dengan dia, macam dulu kita celebrate. Belum sempat booking hotel macam selalu kita buat bila anniversary.

Abang, moga abang berada bersama-sama hambaNya yang beriman. Alfatihah..Bismillah.

Popular Posts