January 28, 2014

Musibah

Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah  menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat.

      Fitrah Kerinduan Seorang Anak

      Sekian lama sejak papa pergi, laptop mama tak pernah mama gunakan. Update blog pun hanya dengan menggunakan handphone. Hari ini rasa rindu sangat nak guna laptop ini, laptop pemberian papa supaya mama tak bosan masa hanya kami berdua aje yang ada dalam rumah ni, supaya mama tak kacau papa tengok rancangan kegemaran dia di TV tu..

      Hari ini mama cuti..cuti kecemasan kerana Qaseh demam panas. Semalam balik dari office, pengasuh kata Qaseh muntah-muntah dan cirit birit. Susu pun tak nak, makan apa lagi. Risau hati mama. Bawa balik rumah, Qaseh muntah lagi. Terus bawa pergi kecemasan DEMC. Nasib baik tak berapa nak merengek Qaseh sebab orang ramai sangat. Lembik dibuatnya. Alhamdulillah doctor bagi tempoh dua hari untuk dia pulih lepas makan ubat if tak ok juga, kena datang balik.

      Mama rasa dia sangat rindukan papa. Seminggu ni hanya perkataan paaa pa..paaa paa..aaaabah yang keluardari bibir mungilnya, riuh dengan perkataan itu sahaja even di hospital pun itu juga yang kedengaran. Mama yang mengulit dia dari pagi sampai kepagi..24 jam pun masih belum lagi dengardia memanggil mama. Maafkan mama Qaseh, mama pun rindu papa tapi mama tahu rindu anak mama lagi dalam dari mama. Ingatla, papa senantiasa menyayangi Qaseh, tak pernah sesaat pun dia tidak menyayangi mata bulat dia.

      Papa, fitrah seorang anak yang merindui, sehelai pelikat usang sudah bisa mengubat rindu dia papa.



      January 24, 2014

      Pening

      Mmmm dua entry mama minggu lepasq tak muncul!!  entah kemana menghilang. Ingatkan ada sebab selalu update guna handphone bila post terus berjaya. Lepas tu mama tak checked dah.
      Hanya sedar bila kawan mama kata dah lama tak nampak mama update dekat blog.
      Kemana ko menghilang wahai entry..luahan rasa mama tu..sila muncul kembali

      January 3, 2014

      Tentang Hari Lahir

      Syahdu!!! tetiba teringat tentang birthday mama tahun ni yang belum tiba tapi kan menjelma lagi 3 bulan.

      Tiada lagi ucapan dan ciuman diubun ubun dan dahi mama.!!!

      Published with Blogger-droid v2.0.4

      Laut Biru

      lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...