April 27, 2012

MRI & Xray


MRI & Xray
papa buat drift kat mama bila macam ni
Mama on medical leave dari semalam until 3hb. May ni. Slip MC tu doctor tulis 8 hari, bila dikira dah termasuk sabtu dan ahad. Oh tidak!!! rugilah mama sebab sabtu dengan ahad, mama memang off day. Ummm mama nak minta doctor tolong ammendkan MC date tu nanti. Lagipun isnin mama tetap kena masuk office sebab hujung bulan, kerja banyak, nak kena tolong coverkan kawan mama yang bercuti.

Hasil dari MRI dan Xray yang dibuat, doctor kata, kaki mama nampak ok, tak ada tanda-tanda kanser (surprised he mentioned that!), urat tak putus and tak ada retak..tak ada koyakan cuma nampak bengkak. Macam ada jangkitan kuman. Ha?? jangkitan kuman? mama pakai sandal or kasut tau. Hasilnya kena makan 2 jenis ubat. Hoping betul jangkaan doctor lah kan sebab takutnya kalau tak ok jugak, maybe doctor ada next step, ambil sample hantar lab!!

Janda Baik ~ Team Building

Cherigin Hills, Janda Baik

Sakit tau bila nak pijak anak tangga tu

dalam bilik & kolam renang

camp fire
tea break & senja
senamrobik, tubing and orang sakit

Team building merangkap retreat office mama pada 21hb.April and 22hb. April lepas.Walau kaki mama masih sakit, tapi mama tetap nak joined the team! sangat seronok especially kolam renang! sangat tak manis kalau mama nak attachedkan gambar kat kolam renang tu yer. Enjoy dengan sebahagian pic kat atas yer.

Tinggalkan papa dua hari satu malam dengan perasaan sedih sebab papa tak ada kawan nak temankan dirumah dan seperti yang selalu berlaku kalau seorang tak ada, mama memang dah sakit kaki memang confirmed sakit, papa yang menghantar mama ke office pagi sabtu tu, dalam keadaan sihat, tetiba demam panas siap dengan diarrhea lagi petang sabtu tu..papa memang selalu macam tu, agaknya sebab mama ni selalu depan mata..ohh tidak!!!




April 14, 2012

Dating Day

Di pagi hari Sabtu, mama dengan papa dah bangun awal sebab hari ni papa ajak tengok movie. Sangat seronok kalau tengok movie dengan papa. Jadi, seawal jam 8 lebih masing-masing dah bersiap, mama dah siap kemas rumah, buang sampah then terus keluar pergi breakfast. Wah!!! bestnya dapat keluar weekend ni gara-gara kaki mama sakit. Tapi sebab nak layan movie, sakit kaki tu mama buat selamba je, papa pun tak kisah kalau mama jalan lambat..yer ker?


Breakfast lontong and papa pula makan roti canai kosong, tempat biasa kat Sungai Buloh, Warung Paklong. Lontong kat situ sangat sedap, kuah dal roti canai pun sedap, dal yang telah di blender!! pekat! memang sedap. Lepas breakfast terus pergi OneUtama kat Damansara  nun masa tu dah jam 9.20 pagi, terus naik  ke Entertainment Floor, dapat parking yang cantik, bukan sebab parking tu ada hiasan dsbnya tapi parking tu dekat dengan bowling centre, dekat dengan GSC Cinema, dekat dengan auto pay! Mulanya papa nak main bowling dulu sebelum tengok wayang tapi kebetulan ada tournament Angkasa dengan Media 2012, so terpaksalah papa melupakan hasratnya. 

Movie start jam 11 pagi..Battleship!! wow!! sangat seronok layan cerita tu. Dapat chicken hotdog, dapat popcorn and air..ummm papa bayar!! bestkan. Ramai juga yang tengok cerita Battleship ni, dan kebetulan jumpa big boss department sebelah mama, ahaks, duduk sebelah kerusi lagi. Layan jelah yer Mr Tee.
samgat best!
Lepas habis movie, jalan pergi Jusco atau sekarang dengan nama baru Aeon. Always tempat favourite mama. Tempat yang mama paling suka dan paling pandai nak shopping. Tak pandai nak pergi shopping kat Isetan, Sogo or Parkson sebabnya entah, memang tak pandai, mama dah cuba tapi mama lebih selesa shopping kat Aeon.Ummm dapat jadi duta Aeon pun best ni. Boleh ker? Papa belikan track bottom untuk mama, sebab next week mama ada course, kena masuk hutan kata ahli-ahli committee. Cari kasut tak jumpa kat dalam Aeon tu. Then keluar jalan-jalan lagi, cari kedai sport. Ambik ko!! tapi mama tak beli kasut pun, mama berkenan kat sandal! harga? ummmm baik beli kasut tapi papa kata, "ikut suka mama lah, mama yang nak pakai". Adik sales tu bagitahu mama, (itu pun mama tanya) sandal yang mama suka ni, adalah untuk sukan adventure contoh masuk hutan, hiking, panjat dinding! wahhh best, memang nak kena guna untuk aktiviti next week ni. Mama suka, papa pun tak banyak songeh, papa bayar! terima kasih papa!!!
sandal mama lebih kurang macam ni..
Kaki mama? sakit juga bila berjalan tapi dah beli spray untuk muscle kat Aeon Wellness. Beli sekali pelembab muka mama and pencuci muka papa. Hahahaha papa bayar lagi, yang bestnya papa baru tahu harga spray muscle mama lagi mahal dari harga pelembab dan pencuci muka setelah sampai rumah. -:) apalah papa ni, main bayar je kan. Tak apa, duit papa, bukan duit mama. Tadi mama dah spray kaki mama yang sakit, hoping akan ok sehari dua lagi sebab takut menyusahkan orang lain time course nanti.
spray kaki sakit

Pergi makan pizza sebelum balik rumah, papa belanja lagi. Pendek kata, kalau mama tak bawa handbag pun, mama rasa ok. Opsss lupa, tadi ada masuk kedai MAC..ummm dah request kat papa hadiah birthday..papa diam aje..boleh yer papa? tak elok kedekut hohoho dengan mama sebab this month birthday mama, next month birthday papa pula.

Dalam kereta, mama cakap dengan papa.."mama seronok sangat, bahagia sangat sebab tengok wayang best dengan papa, shopping dengan papa, makan sedap dengan papa..terima kasih yer" then papa cakap apa tau "ehh senangnya nak kasi mama bahagia..macam tu yer". Ceh!!! papa  ni hehehehe. Esok tak pasti ke mana but maybe stay kat rumah aje.

Masih lagi berdua menikmati saat indah bersama, kebahagian bagi mama, bila mama bersama papa, tak kira susah dan senang, tidak kira suka dan duka, mama pasti bahagia. Bahagia sebenarnya adalah bila kita dapat mengembirakan yang lain. Masih berharap kegembiraan dan kebahagian mama dan papa akan berganda dengan kehadiran si kecil. 


April 13, 2012

Love In The Air

Kaki mama masih sakit. Berjalan sakit, duduk pun sakit. Tapi mama tetap mama, kuat atau lemah, mama tetap mama. Semalam mama MC sebab kaki mama masih sakit. Datang office dulu, buat kerja, buat balancing, recon..dah settle baru pergi clinic, itupun di temani teman office sebab sukar untuk mama berjalan.

Thanks Mr Google..kat sini la yang mama kena!!
Muscle Cramps mama dah hampir seminggu berlaku, nampak sedikit perubahan setelah berjumpa  doctor. Mama visit dua orang doctor  selang sehari di clinic yang berlainan. Both doctor tak advice mama untuk mengurut kaki mama yang sakit ni.

Mama ni memang tak suka nak makan ubat. Mama hanya makan ubat yang berkaitan dengan treatment untuk mengandung, or ubat orang mengandung tapi dah dua hari terpaksa juga mama  menelan tiga jenis ubat dan salah satunya membuatkan mama mengantuk. Mama terpaksa ni, sebab minggu depan mama kena pergi course. Kalau kaki sakit, sure mama tak boleh involved aktiviti-aktiviti yang dirancangkan..argg rugi tau.

Okay, mama dah tahu siapa itu Atud! thanks Atud!! alhamdulillah, hoping your sis pun kuat. yes, lama tak dengar berita dari dia. Actually, abah mama pun kenal arwah ayah Atud. Thanks Atud sebab sudi membaca blog mama.

Alhamdulillah, dapat juga melihat anak-anak Mira!! sangat cute, sangat mancung hidungnya. Eeeee geram sampai nak gigit-gigit. Moga babies terus membesar dengan sihat. Hoping Mira pun sihat. Teringin sangat nak jadi sibuk macam Mira menguruskan anak-anak kembar. Insyallah. Amin.

April 10, 2012

Calling for Atud!! Calling for Atud

Ngeri or surprised? mama lagi surprise sebab tetiba ada satu comment kat entry Cyst dan Rahim Retroverted tu. Silent reader mama merangkap adik kawan mama!!! oh!!! siapa kah gerangan dia..muncul la muncul la, supaya mama tahu siapakan gerangan orangnya. Atud!! Atud!!! siapakah kekanda mu..siapakah dia? please leave your email address or just pm mama yer at  baby.nurinmia@yahoo.com

Hoping atud masih lagi sudi membaca coretan mama.

April 9, 2012

Kena Paksa

Bangun pagi dengan penuh semangat walaupun kaki mama masih sakit lagi, susah nak berjalan bila sebelah kaki still sakit. Tapi mama gagahkan diri juga sebab minggu ni empat hari aje kerja hehehe..

Turun dari kereta papa, pun masih gagahkan diri sebab semangat nak kerja tetiba bersemarak tan tentu pasal. Jadi bahananya, hari ini kat office asyik kena usik dengan kengkawan, kena paksa pergi clinic..siap ada teman yang tolong guide ke clinic walaupun clinic sebelah office je. Sebab sukar untuk mama untuk menuruni tangga or naik tangga kat hall depan office tu..

Kat clinic, teruk mama kena check and kena soal. Kena tanya sama ada mama ada tiroid or tidak, suruh baring, suruh telentang sebab doctor nak check kaki mama..dipicitnya betis mama yang cramp..umm doctor kata bengkak sikit  betis mama yang cramp tu..kan cramp dari hari Jumaat tak elok-elok lagi..tekanan darah and gula semua ok. Sambil doctor merekod apa yang dia check mama, mama tanya dia..

Mama  : Doctor, saya ada cyst yang kecil, bahaya tak doctor
Doctor : Tidak..itu biasa kalau kecil, jangan risau. Nanti dia akan hilang. Bila last you check?
Mama  : Last week..Tuesday..and rahim I retroverted.
Doctor : You boleh buat check up again if you want..your last period?
Mama  : last month 10th. March, and  yesterday i had my menses
Doctor : Jangan risau, rahim retroverted itu, selalunya dari lahir lagi, u can pregnant
Mama  : i try to pregnant doc
Doctor : ok..u always can try dear, but don't put on weight
Mama  : yes doctor..pastu dalam hati (umm kena diet la lagi ni)

Umm mama belum decide lagi..dapa ubat 3 jenis..ubat makan dan sapu, then dapat extra ubat juga sebab mama minta,folic asid!!!

April 8, 2012

Cyst and Rahim Retroverted

Kaki mama masih lagi sakit, weekend dua hari hanya duduk bersenang-lenang kat rumah, bosan memang bosan tapi tak seronok nak keluar kalau berjalan pun sukar. Papa yang memastikan segalanya lancar, pergi pasar dan memasak.

Selasa lepas, kan mama ada pergi jumpa Doctor H kan? memang ramai patient yang menunggu. Alhamdulillah, walaupun menunggu lama tapi sebab mama sampai awal, letak ic pun awal (patient baru kan) so okaylah. Kebetulan mama ada medical report dari LPPKN, ada report HSG, so staff kat situ terus masukkan dalam file mama.

First time jumpa Doctor H, masa kami masuk bilik dia, dia dah settle review medical mama, bertanya itu ini..tentang Mia, walau macam mana mama cuba bertahan, cuba kuatkan hati agar mama tidak menangis kala bercerita, tapi mama tetap gagal..gagal mengawal rasa sedih bila bercerita tentang bidadari itu..papa hanya mampu memujuk dengan menepuk-nepuk tangan mama.

Doctor buat ultrasound and then cakap, u ada cyst kecil and kedudukan rahim terbalik or rahim retroverted. Perasaan mama? terkejut sesangat sebab selama ni mama selalu kena buat vagina ultrasound tapi tak ada doctor yang beritahu mama macam tu. Masa pregnantkan arwah, memang doctor ada bagitahu yang mama ada cyst kecil tapi tak membahayakan. Papa mungkin lagi terkejut and papalah yang banyak bertanya itu ini. Doctor suggestkan mama untuk buang cyst tersebut walaupun kecil dan terus buat procedure betulkan rahim.
thanks to google

Sebab mama dah czer masa bersalinkan arwah Mia, doctor kata, procedure tetap sama..czer ditempat yang sama cuma kecil sedikit..argggg!!! takutnya!! papa pun macam rasa ngeri bila doctor kata macam tu. Tak sampai setengah jam dapat jumpa doctor, maybe sebab doctor nak kasi peluang untuk orang lain sama..mama dengan staff doctor checking dengan insurance mama berkenaan dengan operation yang doctor suggestkan, alhamdulillah under cover. tapi mama belum decide lagi nak buat or tidak sebab papa fobia!

Ummm period mama cantik tiap bulan dan sekarang lagi cantik sebab dah hampir 3 bulan, period mama dalam kitaran 28 hari. Normal flow. Hoping for the best. Tentang operation yang doctor suggestkan tu, mama hold dulu sebab papa belum beri keizinan dengan alasan, rahim terbalik tu seperti kata doctor maybe dari lahir so kalau mama tak boleh pregnant, dulu mama pregnant juga kan..kita cuba cara lain dulu yer, papa fobia!!! So dengan Doctor H tak ada discussion about the treatment lagi.

 Okay ni ada sedikit cerita tentang rahim retroverted yang mama dapat dari Mr Google !!

Ringkasan Rahim Retroverted

Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

 

Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.
Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

 

Apakah gejala RT?

Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid
Gejala lain yang sangat jarang ialah:
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

 

Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:
  • Pemeriksaan pelvis atauvagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound
  • Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

 

Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada saya?

Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:
  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran
Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

 

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

 

Apakah saya memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis dan anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:
  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Prosedur dimana otot uang menyokong rahim akan dipotong dan dipendekkan. Selalunya dilakukan secara laparoscopi.


April 6, 2012

Kejang

On the way mama nak tunggu monorel at office mama tadi, tetiba betis kaki kanan mama kejang masa turun tangga station...zup!!! macam urat putus rasanya.nak panjat lagi tangga monorel dah siksa tambah bila berjalan ke KL Sentral dari Brickfields tu dengan kaki yang sakit..time tu memang rasa nak menangis jerit nama papa.


Dalam dok seret kaki yang tak boleh bengkok menuju KL Sentral, tersangat perlahan ok mama jalan..ramai yang memerhati..tapi tiada siapa yang sudi bertanya..memang pelik kut mama time tu sebab comel dah comel tapi kaki kiri aje yang menapak kiat, kaki kanan tidak..


Sampai tempat yang biasa papa tunggu mama, dari jauh dah nampak papa..rasa nak jerit menangis..nak jerit bagitahu mama dah tak mampu nak meneruskan langkah..nasib baik papa nampak mama..datang and papah mama...dah macam drama je tadi..tapi sempat mama nangis bila papa tolong mama tadi..bukan sebab mengada tapi sebab sakit dan mama sedih sebab dah jadi beban kat papa..tak suka la bila susahkan papa


Published with Blogger-droid v2.0.4

April 5, 2012

Iman Harith~ Makan Bateri

Title yang sangat mengejutkan agaknya kan? ummm mama ni sebagai maklong dia lagi terkejut bila mama dia bagitahu mama semalam, apa lagi mama pun pot pet pot pet bum bang bum bang!!! rasakan..maklong kalau tak berleter okay lagi, tapi kalau dah berleter, dah macam murai tercabut ekor. Time tu rasa nak balik Taiping!

Iman Harith yang bikin maklong sakit jantung

Adik         : Along, anak hang tertelan bateri handphone mainan..

Mama       : Apa? macam mana boleh telan, korang tak jaga ker? ishhhhhh!!! abih tu macam mana? dah bawa  pergi  hospital ker? hahahahaa soalan bertubi-tubi! Mana budak tu?

Adik         : Belum lagi..dia pergi sekolah@nursery

Mama       : Laaa!! eeeeee..geram ni. Tak ada sapa ke dok tengok dia time tu

Adik        : Dia dok main macam biasa, mak sembahyang, aqilah baru balik mengaji, nampak adik  tercungap-cungap, muka dah biru tapi diam je, kakak yg baru nak masuk 5 tahun tu tengok adik    macam tu, terus nangis berlari tumbuk maktok yang dok sembahyang suh tengok adik bila mak sampai, mak, Iman dah diam..mak tanya dia, Iman buat apa?..kau tahu tak dia jawab apa kat mak? Iman telan bateri!!! mengucap panjang mak tu sebab memang tengok ada lagi satu bateri kat tangan dia
Mama      : Isshhhh budak bertuah sorang tu!! aku tak kira, pergi bawak dia hospital!!!

Adoi!!! sakit jantung mama dibuat dek hero sorang tu..selama ni, segala macam mainan dia main, segala macam dia cari penyakit, lasak giler tapi memang tak sangka dia dengan selambanya cakap kat maktok dia, yang dia telan bateri! bila tanya kenapa, dia boleh jawab maktok tak kasi nasi!! bertuah punyer cucu kan. Padahal tak berenti dia makan hehehehe..saja mencuba benda baru la konon tu..dah tu, orang lain tidur, dia dok berjaga sampai tengah malam gara-gara bateri dalam badan yang masih berfungsi bagi tenaga kut, bila adik mamatedar, tengok dia  dah tidur sorang..dok pakat ketawakan dia pula konon bateri dah habis..ishhh boleh buat jenaka lagi kan!! 

Bila bawa pergi hospital, bila scan/x-ray, memang ada bateri tu dekat usus dia..doctor kata kalau lagi 2 minggu tak keluar bersama najis, kena bawa dia balikke hospital..ummm memang betul la Iman Harith tak bohong!! tapi..Ya Allah...Iman kenapalah pergi telan bateri handphone tu? nasib baik bukan maklong yang belikan handphone tu. Langsung tak ada perasaan bersalah pun budak kecik tu tau..tapi bila mamam ni nak cakap dengan dia, tak nak pula, siap mama ni umpan nak belanja KFC tapi dia tetap tak nak..orang buat salah memang macam tu..takut kena berleter or soal macam-macam la tu...siap kau Iman Harith bila maklong balik, habislah maklong pegang, maklong gomol hehehe..harini Aqilah pula demam, mesti sebab terkejut bila tengok adik jadi macam tu..

Nur Aqilah Hannani ~ sebaya arwah Mia..thanks sayang


April 4, 2012

Resepi Hati

Hari ini, mama bangun seawal 4 pagi untuk preparekan breakfast seperti permintaan papa petang semalam. Papa minta mama buatkan mee goreng untuk papa. Nak bawa bekal katanya untuk dialysis pagi ni. Memang la tempat dialysis tu ada kasi makan tapi kekadang tu, patient ni dibuat macam meminta minta pulak, asyik makanan yang sama aje. Tak ada inisiatif langsung nak naikkan sikit harga makanan untuk patient. Roti kat pasaran pun RM1++ tau. Kalau macam papa tu ok lah kut masih boleh bertahan or buat tak tahu since kalau mama tak preparekan breakfast, on the way hantar mama pergi office, boleh singgah beli kuih dan sebagainya, ni makcik pakcik yang lemah dan tua tu macam mana kan? Jenuh menahan lapar walaupun ada la juga yang bawa bekalan tapi hak patient tetap kena beri..kalau tegur kat lupa!

Hoping, papa sukakan mee goreng mama ni sebab mama goreng dengan penuh kasih sayang, walaupun mama tak pandai merasa ketika memasak, cukup garam kah, cukup pedas or manis kah..memang mama failed tapi mama percaya, mama telah memasak untuk papa dengan kasih sayang jadi memang berharap sangat papa menyukai mee goreng mama!

Dalam mee goreng tu, ada rasa gembira, bahagia dan rasa mengada-ngaa pun ada, disulami dengan rasa sayu serta pilu..rasa sedih sebab pagi ni, tengah-tengah mama gorengkan mee tu, hujan turun..tip tap tip tap...dengar titisan hujan di merata-rata, kena piring astro, kena lantai, kena bumbung..tetiba rasa sunyi..sepi sangat-sangat!!! Rasa rindu yang mendalam..Argggg menangis dalam hati..

April 3, 2012

Penat


Mama cuti hari ini sebab ada appointment dengan Dr H sebelah petang.Cuti dah apply dari last week. Konon nak bangun tidur lambat since appointment petang kan :-). Ummm tak boleh juga, sebab angan-angan last week tu tak boleh jalan gara-gara semalam kena "kiss" tak tentu pasal. Dah pagi ni kena cari tempat nak make up balik! Kereta papa kena kiss dek orang yang tak sabar, kat traffic light pulak tu! Hari ni keluar rumah awal, cari pusat service yang ada body and paint!! uhhh!!  jalan jammed..mama dengan papa dah penat. So esok kena hantar kereta kat situ and bermastautin kat sana hingga sabtu.

Okay, sampai tempat appointment agak awal, since area Dr H tu, area yang busy dengan kereta. Susah nak dapat parking. Alhamdulillah 3kali tawaf baru dapat parking. Duduklah mama dengan papa melepak dalam kereta, malas nak keluar sebab penat. Clinic open, ramainya orang!!!! rasa penat juga ni menunggu...

Mama sambung esok boleh? rasa penat yang amat sangat ni. Papa pun dah tak larat nak tengok TV pun. Jumpa lagi next entry

April 1, 2012

Moga Dia Sihat


Semalam mama pergi ziarah officemate mama yang warded kat KPJ Tawakal. Kawan yang dulu sama-sama melalui fasa treatment, kawan yang pregnant selang sebulan dengan mama, kawan yang dapat baby girl sama macam mama namun baby dia membesar, menjadi kanak-kanak yang comel, memanggil mama dengan panggilan mama rin!! baby mama pula bidadari syurga..

Entry ini khas buat dia, dia yang sangat tabah dan dia yang kekadang sangat lurus!!! dia yang mama and kawan-kawan office selalu ketawakan dia sebab ringging tone handphone yang sangat dahsyat..hehehe. Kawan mama kena warded sebab demam denggi. Hampir seminggu warded, hari ini pun still tak boleh keluar sebab bacaan darah makin turun hingga ke 89!! Arggg mama susah hati sangat..kawan mama tengah pregnant second baby. Hoping baby pun sihat. Tadi mama whatzzup dia..

Mama : Brapa bacaan darah? Shasha(gegirl kawan mama yg sebaya arwah Mia) ok tak?
Fren    : 89 (bacaan darah). Shasha ok. Akak esok tolong tanyakan kak kholiah, saya admitted ni ada limit
             limit ke? Nak be ready..takut kena buat blood transfussion.
Fren    : Doakan saya sihat yer kak..saya dah sedih ni..
Fren    : Tadi penutup drip saya tercabut masa saya gi toilet, darah saya memancut macam air..nurse kata
            darah saya dah cair sangat

Mama tahu apa perasaan dia, tambah-tambah sekarang tengah pregnant. Mesti dia risaukan kandungan dia yang hampir nak masuk bulan ke 4 ni. Su, akak always doakan kesihatan sihat, always berdoa untuk kawan-kawan akak..always ada ingatan itu untuk teman-teman akak. Insyallah, itu dugaan dari Allah untuk menguji kekuatan kita. You always my sweet friends dear. 

So teman-teman yang lain, if demam sampai menggigil, sakit-sakit badan, pergilah jumpa doctor. If dah jumpa pun tak ok, kena paksa dokctor ambik sample darah untuk check!!


Popular Posts