November 20, 2011

Sleep


Mama terjaga about 2.30am! kacau papa tidur, tapi papa tepuk mama konon suruh tidur balik. Argggg!!! papa ni,mama tak boleh tidur la!!! mama ajak papa sembang-sembang, tapi papa asyik cakap ummmm...memang papa tidur, mama tak boleh tidur. Penat mama paksa mata ni tidur..still juga tak boleh tidur..tetiba teringat, waktu waktu beginilah mama dalam perjalanan pulang ke rumah maktok, bawa balik anak mama yang kaku..

November 15, 2011

Siapa Peduli


Mama sangat terluka! mama ingat mama mampu melupakannya tapi hakikatnya tidak. Telinga mama rasa sangat sakit tapi hati mama yang parah lukanya. Tak mampu nak menepis, tak mampu juga menghalang mereka berkata dan berbicara tentang..

Mama cuba bertahan tapi harini mama betul-betul rasa tersisih, betul-betul rasa malu dan segan. Andai berbicara, bila siang pandang-pandang, bila malam dengar dengar..kekadang rasa prihatin tu tiada, tak terfikir kah perasaan orang macam mama? Mama yang berusaha demi seorang zuriat, yang puas menahan kesakitan setiap kali treatment, yang sering menangis bila treatment gagal..yang sering berkira-kira duit tabungan setiap kali ingin melakukan treatment dengan harapan beroleh zuriat yang sihat dan sempurna seperti orang lain.

Andai rasa diri begitu senang memperoleh zuriat dan melahirkannya, bersyukurlah pada Allah atas kesenangan dan kenikmatan yang diberi olehNYA. Janganlah rasa diri dah sempurna. Mama tumpang gembira tapi usah diulang-ulang ayat yang sama, cerita yang sama sebab makin lama, ia melukakan mama.

November 7, 2011

Pengorbanan - Terima Kasih Mak & Abah

Salam Aidil Adha.. Selamat Hari Raya Korban. Sungguh indah andai mama dan insan-insan kesayangan mama dapat ke Mekah dan Madinah menunaikan kewajipan sebagai hambaNya. Walaupun Sabtu lepas mama rasa  sedih sangat sebab tak dapat balik rumah tok ayah tapi mama redha..papa pun macam tak sihat je.

Adik-adik mama semua hampa sebab mama dengan papa tak balik sebab ada yang bercadang nak masak banyak dan sedap, nak makan ramai-ramai, jadi bila ahli tak cukup, kuranglah meriahnya,  tambah-tambah lagi anak-anak sedara tu..ummm tak ada orang yang nak di buli agaknya.

Ahad lepas solat sunat raya, papa ajak pegi rumah kakak papa kat Petaling Jaya, walau mood tak ada, tapi pergilah jugak kan. Lepas tu terus balik rumah. Sebab boring, mama tidur aje. Kat rumah mak tok dengan  tok ayah, mak tok kata buat laksa, ada lemang, ada lontong.  Nasib baik maktok tak buat mee rebus kalau tak sure mama nangis lagi..tapi mama siap pesan kalau buat mee rebus nanti kirimkan kat adik mama yang nak balik Shah Alam.

Akhirnya, dapat juga makan mee rebus maktok yang sedap giler ni..tak cukup rasanya sebab maktok kata maktok buat kuah malam tadi, pastu semua anak nak balik, maktok tapaukan sorang sikit..huhuuu memang tak cukup ni..mama baru terima kiriman maktok dari adik mama pagi tadi..

rendang daging korban utk papa sahaja ~ mama tak makan

bahan-bahan hiasan untuk mee rebus yang telah dikeluarkan dr plastik ~ mee juga

kuah mee rebus maktok isi ayam sebab mama tak makan daging korban ~ sangat sedap!!

mama punyer ~ mmg tak sabar nak makan

licin ~ tak cukup. tunggu papa balik dr dialisis nak tapau sikit
Terima kasih mak dan abah, sebab tak pernah lupakan kesukaan anak mak ni walaupun anak mak dengan  abah ni makin tua hehehe..tak pernah mak dengan abah lupakan yang anak mak sorang ni tak makan daging korban! Walaupun mak dengan abah jauh, anak mak tetap sukakan air tangan mak dengan abah tetap suka kan segala yang mak dengan abah masak walaupun simple tapi tetap sedap. Andai di beri pilihan antara hotel atau restaurant yang mahal dengan masakan mak dengan abah yang simple, anak mak dengan abah ni tetap akan pilih masakan mak dan abah..sangat istimewa!

Mak..abah, anak mak dgn abah ni harap nanti cucu-cucu mak dengan abah akan suka masakan mama dia sebagaimana mama dan papa dia suka masakan maktok dan tok ayah dia.

November 5, 2011

Tersangatlah Sedih


Sedih, sangat...ingatkan sebab mama kerja hari Jumaat, nak balik kampung sempena Raya Korban hari Sabtu la..tapi malam tadi bila mama tanya papa, papa geleng kepala..tandanya tak balik! terus mama jadi sedih sangat, hilang kata-kata, hilang dah muka mama yang cantik manis bila senyum, timbul muka masam! rasa down sangat!!

Mia, maafkan mama yer sebab tak balik ziarah "rumah" Mia, nanti mama mintak tolong tok ayah pergi ziarah yer. Perasaan mama sekarang? rasa tersangatlah kecik hati, tersangatlah sedih dan tersangatlah sakit hati sebab tak dapat balik rumah tok ayah. Bertambah tertekan bilamana semua adik beradik mama balik!  Mak Tok janji nak buatkan mama mee rebus kesukaan mama tapi bila mama tak balik, tentu orang lain dapat merasa, mama kat sini yang menelan air liur. Sedih kan?

Mood dah hilang..sejak dari tadi mama tak buat apa pun..makan minum pun tak lagi sebab memang tak ada hati kat rumah, rasa nak terbang balik sekarang..nasib baik semalam mama dah selesai membasuh pakaian baru mama tanya papa, kalau belum lagi membasuh, tentu sebakul pakaian terbiar macam tu..tersangatlah sensitif bila tak dapat balik rumah tok ayah especially bila ada perayaan, especially bila semua adik beradik balik! argggg mama dah nangis again!!

Ummmm berkorban segala walau hati terluka!! Esok duduk kat rumah je, tutup tingkap dengan pintu sebab  hati dah terkorban. Selamat Hari Raya Korban.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...