September 30, 2012

Kerana Dia Anakku

Semalam 29/9/2012, genap 5 tahun dia pergi bersama linangan airmata dan rasa kasih sayang mama dan papa dia.  Hampir setiap tahun mama selalu berharap agar bulan bernama September tidak akan wujud dalam calendar tahunan dunia.

Dua hari lepas, mama buatkan entry tentang hari paling bermakna buat mama dan papa, kelahiran dia yang sangat kami nantikan sekian lama, dan hari ini mama buatkan satu entry tentang hari dia pergi. Anak kecil putih merah mama yang tak sempat mama berikan kasih sayang ketika di dunia, yang belum puas mama gomol-gomol tapi mama hanya mampu melaksanakan tanggungjawab mama sebagai seorang ibu yang kerdil buat anaknya yang telah pergi..menyempurnakan segala urusan dan amanah Allah pada seorang hamba kecil kudus itu.

Rasa rindu itu tak mampu mama luahkan. Rasa sunyi itu sangat bisa. Tapi itu ketentuan Allah pada mama dan papa, walau sakit pedih kehilangan itu, kami tetap redha kerana dia anak mulus kami, kerana dia sumber kekuatan kami, kerana dia kami lebih mengenal erti sabar. Bila 5 tahun berlalu, selalu berangan dia sudah sebesar sepupunya Aqilah yang hanya tua dua bulan dari dia. Selalu terasa dia tak akan serasi dengan Aqilah sebab dia pasti seorang yang kuat cemburu dan Aqilah juga seorang anak sedara yang sangat suka cemburu. Mama yang akan jadi mangsa cemburu mereka.

Melihat lakonan Eja dalam Cerekarama malam tadi, terasa sangat perit kehilangan anak kesayangan itu sebab terasa seoalah-olah itu luahan hati mama yang kehilangan anak. Menonton cerita tersebut membuatkan airmata tak henti mengalir.

Alfatihah..Yassin buat anakanda kecil mama Mia. Moga dia senantisa mendoakan mama dan papa dia di dunia ini. Selamat tinggal September!!

September 26, 2012

Cuppies on her birthday



Selamat hari lahir anakanda mama..cuppies tu mama order nak beri pada kawan-kawan mama esok sempena bornday Mia. Bekas putih berikat dgn riben mama dgn papa cari last week masa pergi shopping. Papa hanya ikut rentak mama supaya mama tak bersedih. Ohh dah besar anak mama!

Published with Blogger-droid v2.0.4

September 25, 2012

5th. Birthday


Andai dia ada, sudah pasti dia dah besar. Sudah pasti dia penglipur lara mama dan papa. Sudah pasti hanya ada suara dia dalam teratak kecil mama dan papa. Esok genaplah 5 tahun usia budak kecil itu. Mama yang tinggal cuba menjadi pelakon yang hebat, cuba menjadi diva yang mampu melakonkan segala watak, cuba menyembunyikan segala rasa rindu yang bertamu.

September 17, 2012

Acik Dayah Kahwin

majlis akad nikah di rumah 31/08/2012

Resepsi 01/09/2012 at dewan


Omar diam je dlm tangan maklong dia tapi
 kalau mummy dia tu, bagai nak keluar anak tekak menangis


Iman Harith baru lepas kena "pukul" sebab main kat jalan raya
buah hati maklong..Aqilah yang sebaya dng Arwah Mia

tengah angin baik..tak gaduh

Mya Sara dng Iman..tengah menari

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...