March 31, 2013

Tentang berkebun bunga







Semalam mama dgn papa sarapan merangkap makan tengahari kat luar sebab nak pergi bank membayar hutang piutang. Ohhh!!! banyaknya hutang!!!

Lepas bayar hutang, pergi beli barang dapur dekat Jusco /Aeon One Utama. Sekarang dah dua kali sejak bulan lepas, kebanyakkan barang dapur mama beli dekat pasaraya diaorang, murah siap ada diskaun sebab card member. Nanti dapat voucher lagi bila dekat dekat hujung tahun. Patutlah ramai chinese yang shopping kat situ. Harini beli sabun membasuh dapat diskaun RM3 lagi..mama tak check tapi papa yang bagitahu malam tadi lepas tengok resit! Heheehe..

Lepas shopping, mama ziarah kakak papa yang tinggal dekat PJ nun. Kakak ipar mama nampak makin sihat berbanding sebelumnya.

Balik dari PJ singgah Kota Damansara lagi sekali sebab mama tengah giler nak berkebun!!! Hahahaha dapat pokok yang mama sangka pokok kemboja tapi rupanya nama pokok tu Jasmine Thai..tu kat atas warna putih. Entah kenapa mama suka sangat warna putih. Lepas tu nampak pokok warna warni, mata lagi teruja!! Papa dah siap cakap nanti kereta tak muat sebab kereta kecil aje kan..mama nak jugak!!alaaaa boleh je sumbat!! Dapat pasu kecil bulat 3 biji..dapat tong putih yang kat atas tu dua dan pokok bunga lapan!!!

Cantik tak? Minggi depan nak pergi lagi..

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 27, 2013

Tazkirah bersama Ustaz Don

Alhamdulilah..hari ini tazkirah kat office ada Ustaz Don! Sure ramai giler orang ni. Ramai juga orang luar dari office mama datang.


Moga segala ilmu akan lebih bermakna andai dipratikkan. Kerja itu ibadah..ilmu juga.


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 26, 2013

Bila terpaksa menahan

Tak faham..pening kepala..keadang rasa mama ni yang emo lebih atau sememangnya sensitiviti mama memang bertempat!


Sambil buat kerja, sambil menahan airmata dari mengalir..muka ni dah rasa macam merah menyala sebab menahan tangisan. Hidung dan siap sok sek sok sek. Mama ada salah kat mana-mana ker? Ada terkasar bahasa kat mana-mana ker? Entah..mama tak tahu.tapi mama rasa, mama jarang bising kat office ni..jatang bersiar-siar melawat kawasan..


Sangat menyentuh perasaan mama! Sudah la mama kena cover tiga orang punyer kerja..mama tak kisah cover 10 orang pun sebab mama suka dengan kerja mama tapi stress giler bila dalam keadaan macam ni..tak tahu nak mengadu dekat siapa..i hate this!!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 23, 2013

Mia..Mya

Rindu Mia..rindu sangat-sangat. Sebab rindi juga mama pergi tengok Mya..Mya Sara anak sedara mama. Budak umur 4 tahun yang perasan dia adalah Princess!


Oh!! rambut dia memang semulajadi kerinting macam maggi!! Dari kecil dan kerinting. Mommy dia pun macam tu juga. Mommy dia dulu, masa kecil kami adik beradik selalu usik rambut maggi kat dia. Dia pula terus menangis. Sekarang mommy Mya rambut tak kerinting sebab dah di luruskan hahaaha..


Hilang bosan mama..


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 22, 2013

Cuti Sekolah

Minggu depan, minggu cuti sekolah. Minggu mama kerja sorang-sorang. Minggu ni mama kena sign dua leave card untuk relief officemate yang nak cuti minggu depan.


Hari ini mama kena sign lagi leave card kawan mama..uh!! Dah la nak suruh mama sign leave, boleh pulak tanya tak cuti ke minggu depan. Eeee geramnya. Takkanlah tak faham lagi, setiap tahun, setiap kali cuti sekolah, mama jarang sangat bercuti sebab consider pada mereka yang ada anak, yang nak bawa anak jalan-jalan.


Bila mama kata mama tak ada anak lagi yang bersekolah, macam mana mama nak cuti. Lagipun kalau mama cuti, siapa pula yang nak buat kerja kitaorang punyer section kan. Ummm maybe baru sedar kut yang mama tak ada anak lagi, baru tersipu sipu. Adohai kawan..


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 20, 2013

Rezeki lagi

Alhamdulillah..rezeki yang sangat murah minggu ini. Sudah dua kali dapat makan nasi beriani. Boss dan team leaders belanja.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Clinic

Hari ini mama pergi clinic. Clinic panel yang dekat dengan office mama sebab tahap terasa tak sihat tu dah tak boeh control.


Senang dapat jumpa doctor kat clinic ni sebab doctor kat situ baik baik belaka. Tanya la apa saja, senang dan puas hati. Thanks Doctor Loh!! Tunggu lama pun tak apa janji puas hati.


Mama siap mengadu mama tak cukup rehat and siap mengadu lagi tentang mama nak cuba lagi pregnant. Bagaimana mama selalu aje failed bila buat ovolution test hahaha. Next month mama kena pergi sana sebab bulan ni dah period so kena tunggu next month sebab doctor nak ajar cara menggunakan ovolution kit tu. Next week doctor nak buat ujian darah. Esok mama MC hehehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 19, 2013

Not in mood!!!

Minggu yang paling teruk buat mama! Sangat tak best..sangat sensitif!


Baik kat rumah atau office ada aje yang tak kena pada mama..ada aje yang menyentap perasaan. Kat rumah kena tegur sikit dek papa, rasa sakit hati pun ada, nak lari dari rumah pun ada!! maka bermula episod baca buku dalam bilik sebab tak nak dok kat living room dengan papa hehehe..konon merajuk dengan papa. Memang merajuk pun.


Kat office buat kerja sampai sakit pinggang sebab tak nak bangun dari kerusi. Nak muhasabah diri tak nak sentap dengan orang tapi ada juga sentap. Kekadang rasa nak naik kan MEMO besar2 letak kat papa kenyataan nak bagitahu "NOT IN MOOD TODAY..PLEASE BE CAREFUL"


Lama sungguh rasa ini. Rasa marah..rasa rindu..rasa nak menangis..rasa mencengkam..rasa pedih..rasa luka paling dalam hanya sebab rasa sunyi itu kian menebal!


Hujung minggu lepas pun sangat bosan sebab tak keluar pergi jenjalan sebab papa ada meeting persatuan penduduk...sangat bosan!! Bila tengok buku kat rak yang dah bersepah, kepala bertambah serabut!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 14, 2013

Respond yang kejam tak???

"hari ni HERO abang m..dah setahun" opsss tetiba ada suara kat tepi mama. Apa? tanya mama lagi sekali sebab masih awal pagi, mama dok layan newspaper so tak lah dengar sangat..teman tapi mesra ni pun ulang balik ayat dia..harini hero abang m..dah setahun! Ohhh baru perasan hero yang dia maksudkan adalah anak dia..ekekekeek kejam tak kalau jawapan spontan mama "alhamdulillah"


Officemate mama ni la yang dulu mahu tapi malu dengan mama..yang sering digosipkan dengan mama dari mama solo sampailah mama dah kahwin dengan papa..chop!!!! Mama kawin dulu dari dia tau dan dia kahwin jugak akhirnya atas pilihan keluarga hehehe..usikan masih ada lagi kadangkala kalau warna baju sama atau datang angin kawan-kawan nak mengusik. Kalau tak kawan-kawan yang mengusik, dia sendiri yang akan mengusik dan masa tu, mama akan diam membisu sebab kalau di layan usikan kengkawan ni, teruk jadinya.


Maaf yer abang m..., sebab respond tadi teruk hahahaa..tak ingat pun birthday hero tu. Anyway, moga hero abang m..menjadi anak yang soleh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 12, 2013

Rasa sedih yang hadir

Surat dari langit biru..cerita buat mama menangis. Rasa sedih sangat. Menangis sambil tutup mulut hidung dengan bantal sebab tak nak papa yang tengah tidur tahu mama menangis..sambil menaip entry guna handphone je..


Sejak dua minggu ni, rasa sedih dan rindu mama sangat kuat tapi mama pendamkan sorang sorang sebab mama tak nak menangis. Mama menangis, mama tak cantik, bila tak cantik mesti bidadari mama tak gembira. Bila rasa itu dipendam, rasa perit perasaan. Rasa mencengkam sangat. Bertambah rasa itu bila berita yang mama patut menjerit keseronokan menjadi berita yang sangat sedih untuk mama..maafkan along yer acik dayah!


Miaaaaaaaaa...mama sedih sayang. Airmata mama tak nak berhenti mengalir..mama rindu Mia


Published with Blogger-droid v2.0.4

Acik Pregnant!

Adik perempuan bongsu mama pregnant!!!  tapi mama dapat tahu dari adik yang lain. Tuan punyer badan belum bagitahu lagi.


Maknanya hujung November ni, mama dapat lagi anak sedara!! Huhuuu mesti adik mama tu tak sampai hati nak bagitahu mama kan..tak tahu nak susun ayat kat mama kan..tipulah kan kalau mama caka mama tak sedih bila adik mama yg lain bagitahu mama kan..ummmm rezeki adik perempuan bongsu mama kan..belum setahun berkahwin dah pregnant.


Tadi bagitau papa, papa jawab "ye ke"..ringkas aje..takut mama sedih la tu..memang sedih pun. Mood nak kerja tak ada. Mama nak balik sekarang boleh tak?


Line internet kat rumah tak ada lagi jadi susah sikit nak berblog sakan. Harapkan update dari handphone kecik ni. Broadband memang mama tak guna lagi sebab karang rugi bila line slow!!bertahan menunggu telekom!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Popular Posts