November 29, 2009

Takbir rindu

Hati berkobar-kobar kala aidiladha kembali...alangkah indah dan bahagianya seandainya diri berada di sana..wukuf disana..indahnya rasa. Walaupun disini, hati tetap sayu melihat suasana jemaah mengerjakan haji..betapa kerdilnya diri..betapa bertuahnya mereka ini!!

Aidiladha, engkau kembali lagi..takbir rindu pada si kecil bertambah kuat. Di pagi aidiladha, hari jumaat...selepas solat sunat, aku dgn hubby pergi rumah banglo mia..dalam keter lagi aku dah tekad tak nak menangis, aku kuatkan semangat, tabahkan hati..hubby tetap maintain macho..perghhh!!!

Sungguh tenang kawasan banglo mia...walaupun ramai jirang tetangga yang datang menziarahi sanak saudara mereka, ia tetap tenang..tengah bersihkan kubur..sambil hati berdoa, aku menahan diri dari menangis, tetapi..ada insan tegur hubby bertanyakan kubur siapa..urggg!!! masa tu memang dah sedih sangat rasa hati..aku dengar hubby kata, kubur baby..uwaaaaa..Nah!!! airmata aku laju macam hujan, terisak-isak..aku failed lagi..rindunya aku..takbir aidiladha adalah takbir rindu aku pada dia..

Anak sedara aku, si qilah kena warded sebab deman dan dijangkiti virus...sedih hati aku..sedih sangat bila pergi tengok dia di hospital..budak kecil yang tak tahu apa..kalau arwah baby masih ada, diaorg ni sebaya..tua 2 bulan si aqilah ni..semalam aku pergi melawat dia lagi, dia buat tak tahu kat aku, aku disayat pilu..dgn hubby nak pulak dia bergurau..adik aku kata, mungkin dia sedih, sebab tu dia tak layan aku, karang kalau dia layan, bila aku balik, sure lagi dia sedih..dalam kereta aku menangis sebab aku sedih sangat..hubby pun kata, qilah sedih sebab tu dia tak layan aku..

November 24, 2009

Hati ku sakit...rindu datang lagi

tetiba hati dan perasaan jadi tak keruan..petanda apakah ini? yeah!! sudah ku ketahui puncanya..aduh!! geram ada, sedih apatah lagi...

paper arini..suratkhabar arini and sewaktu dengan namanya..tertera!!tertera tentang baby yang ditinggalkan dlm kesejukkan..dalam keadaan menggigil di depan sebuah rumah..uwaaaaa airmata bertakung takala bait bait berita itu aku baca..ya allah, mengapa begini kejamnya manusia sekarang?

sedih hati aku yang kehilangan baby ini bila ada insan yang dikurniakan rezeki yang begitu bermakna, sanggup membuang anaknya sendiri..di mana letaknya rasa kasih dan sayang seorang ibu? anak itu tak bersalah..mereka suci bersih..arggg!!! sakitnya hati aku!!

saat ini juga, rasa rindu..rasa kasih pada si budak kecil aku mia (hehehe if dia ada, dah 2 tahun dah dia) menghimpit diri dan hati, and auomatik aku rasa seolah olah tak sihat..aidiladha juga bakal menjelma..lagi menguatkan rindu aku pada dia.

kurniakanlah Ya Allah, pada hambamu ini, hamba yang begitu inginkan penyeri hidupnya..yang rindukan gelak ketawa anak-anaknya..bantulah mereka yang telah tersesat jauh..lindungilah anak-anak yang dibuang dan diabaikan oleh kedua ibu bapa mereka..

November 13, 2009

Cerita rindu..rindu luka

Akhirnya, aku gagal lagi!! Gagal untuk menahan airmata di pejabat dari mengalir bila rindu itu datang bertamu..rindu yang aku cuba buang jauh..rindu yang cuba aku sembunyikan..akhirnya rindu itu tetap hadir..tetap menjadi sebahagian hidupku..menjadi teman setia ku..

Hati dan perasaan terasa begitu penat..penat menahan gelodak rasa rindu pada dia..uhhh!! mengapa engkau hadir wahai rindu?? saat ini, aku hanya berharap engkau ada disisi ku..bukan engkau wahai rindu, tapi dia..dia yang telah pergi pada Penciptanya..

Saat jari jemari menari, aku menahan airmata dari jatuh berderai dek kerna rindu..terasa betapa terbebannya perasaan..bertapa tersiksanya jiwa..duhai sayang, moga engkau gembira disana..aku akan tetap mengingati..menyayangimu kerna engkau adalah buah hati aku..jantung aku..bidadariku..wahai anakku..

November 10, 2009

Cerita berkata..hati terusik

Cerita berkata-kata..

On the way balik kerja, hati aku tetiba terusik..terasa luka yang amat sangat..aku mula story dgn hubby pasal frenz kitaorg, wife dia pregnant untuk baby yang ke 4..aku luahkan perasaan aku yg sedih and jeles, sebab aku still tak dapat lagi peluang tu..arggg!! hubby pulak boleh kata.."kan dah dapat peluang haritu" fuh!! tersentap tangkai hati aku..terusik jiwa raga ni..isk isk isk terus aku senyap..entah, aku malas nak cakap yang aku sedih dgn kata-kata dia tu..peluang dahulu hanya dapat aku kecapi selama 3 hariaje..uhhh!! dah lupa kah dia??

Sedihnya..masa makan kat kedai tadi pun, airmata bergenang aje..nasib baik tak menitis kat meja makan..kalau tak sure haru biru..ya alllah, hanya Engkau yang tahu perasaan aku sekarang..akhirnya, airmata mengalir juga..

November 9, 2009

Citer November

November datang lagi..

Adik aku Iqin dgn baby dia, mya sara dah sampai Dublin...rasa rindu betul..rindu kat adik tu tak adalah sangat, rindu kat baby mya sara je...arggg belum puas main lagi dengan dia, dah pergi stayed kat sana dengna daddy dia..

Aku still failed lagi...masih belum berjaya untuk pregnant untuk kali kedua ni..pasrah pada dugaan allah tapi masih akan terus mencuba hingga berjaya..

Sesekali rasa sunyi dan sepi datang lagi mengganggu aku..rindu yg tak mungkin kan dapat ku luahkan dengan kata-kata..yang tak mampu diselami oleh mata yang memandang dan telinga yang mendengar..saat aku rasa rindu, pasti ada suara kecil dihati yang memujuk aku...
"mama jangan sedih" fuh!!! suara baby? or suara hati aku sendiri...gila kah aku? huhuhu..

MUsim haji hampir tiba..aku bermimpikan arwah mentua ku..cantik sungguh bertelekung..sejuk mata aku memandang...jumpakah arwah ibu mertua ku dgn arwah baby ku? masa tak pernah berhenti..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...