September 29, 2009

Syawal Tiba



Syawal tiba lagi...disambut dgn rasa syukur pada Allah Yang Esa. Wajah anak-anak sedara tempat aku dan suami menumpang kasih...dalam kesayuan, aku tetap gembira menyambut syawal yang mulia kerana aku di kelilingi wajah wajah kesayangan ku..
Kali ini aku sambut Syawal dengan 5 orang anak sedara...seronok tak terkata, masing-masing dgn tingkah laku yang berbeza...yang masih baby, tak susah nak jaga tapi yang bebudak tengah membesar ni, ya allah, penat nya!!! melayang- layang ler jugak "duit" raya tahun ni but sometimes tengah seronok melayan karenah diaorg yang sememangnya melampau ni terutama si aqilah hannani bertudung pink tu, aku terbayang arwah mia..kalau dia ada tentu arwah macam aqilah..kebetulan beza diaorg hanya 2 bulan aje..
Alahmdulillah aku bersyukur dgn rahmatMU Ya Allah...moga hari-hari yang mendatang akan lebih bersinar dan lebih bahagia buat aku.


Kala Hati Berbicara

Salam..

Ramadhan telah berlalu..1 Syawal juga telah pergi...hari-hari mulia yang dinantikan..hari-hari yang meninggalkan segala kenangan. Masih aku ingati cerita dan peristiwa 2 tahun yang lalu..arggg mungkin berat mata memandang, mungkin juga ada mata2 yang tak suka pun nak pandang...berat lagi aku yang menanggungnya..menempuh ramadhan dan syawal pada bulan september, begitu mencabar hati dan perasaan aku..

Hari ini...saat tangan menaip bait-bait kata, genaplah 2 tahun arwah mia pergi..dan hari ini jugalah perasaan yang bersarang di dalam hati dan jiwa terhambur dikala Yassin ku sedekahkan..rasa rindu yang amat sangat..satu perasaan yang sama pada hari ku ziarah kuburnya di pagi Syawal..moga allah terus kuatkan iman dan tabahkan hati aku dan suami untuk terus menempuh dugaan..

Tetiba aku rasa nak menjerit..aku kehilangan kata-kata....

September 21, 2009

Ramadhan








Antara menu ketika berbuka puasa hehehehe...biasalah, aku dgn hubby jarang berbuka di rumah sebab kekadang sampai aje depan pintu rumah, dan azan...so selalunya kedai makan lah yang jadi sasaran kitaorg..kalau tak pun, rumah kaklong yang jadi tempat lepak.


Alhamdulillah..ramadhan aku dgn en.suami berjalan lancar walaupun kekadang suami ku seakan-akan tak mampu untuk melaluinya dek kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan..tapi aku bangga dengan dia sebab dia berjaya walaupun hampir lembek macam budak baru belajar puasa...sian dia..


Saat syawal menjelma dan ramadhan beransur pergi, aku jadi pilu seketika disebabkan peristiwa 2 tahun yang lepas..aku bersalin dikala ramadhan hampir ke penghujung, dan aku beraya tanpa baby ku yang kembali ke rahmatullah..


Popular Posts