Showing posts with label Frenz. Show all posts
Showing posts with label Frenz. Show all posts

October 4, 2012

Doa Anak Kecil

"Ya Allah, tolong berikan Aunty Zie baby. Kasihanilah Aunty Zie". First time dengar kawan office mama bercerita tentang doa anak-anak dia untuk mama, sebak rasanya. Sangat sweet bunyinya. Tentu anak-anak itu gembira dengan goodies yang mama berikan masa birthday arwah Mia minggu lepas. Kawan mama kata, sebelum itu anak-anak dia bertanya "ibu, kenapa aunty zie beri kami kotak ni?" si ibu menjawab, "arini birthday anak aunty zie, tapi sekarang anak aunty zie dah tak ada". Ibu dia berkata lagi, "Dini dgn Aina kena doakan untuk baby auty zie, kena doakan juga buat aunty". Maka dgn itu, tercetuslah doa sangat ikhlas seperti diatas.

Hari Selasa pula, mama berikan keropok buat teman2 opis. Actually keropok tu mmg supposed kena masukkan dlm goodies birthday Mia tapi mama terlupa. Jadi, dapatlah officemate jadi macam budak2 kejap bila makan keropok kan. Extra bungkusan untuk anak-anak officemate mama. Hoping semua happy. 

Semalam ketika mama tumpang kawan mama balik separuh jalan, kawan mama bagitahu lagi tentang doa terbaru anak-anak dia untuk mama. " Ya Allah, tolong kasi Aunty Zie baby sebab dah lama aunty tak ada baby. Ya Allah tolonglah kasihan pada Aunty Zie". Ohh bikin airmata mama bertakung bila dengar kawan mama bercerita tentang doa anak dia buat mama.

Terima kasih wahai anak-anak kecil. Moga Allah permudahkan buat Aunty kan.

June 13, 2012

Ohh!! Dah 5 Tahun

lepas buang sampah, sembang dgn indian neighbour tetiba dtg anak2 dia, "hi aunty..tomorrow viknesh birthday", kata si abang sambil tunjuk adik dia. Si adik pula, aunty my birthday sambil melompat gumbira..hahahaah suka betui diaorg ni kalau nampak aku dgn pahlawan..ohhh!! viknesh tu sebaya dgn budak kecik merah tu!!! beza 3 bulan aje..so esok kena cari hadiah yerk?
· ·  


Status FB mama sebentar tadi. Oh sembang punyer sembang dengan jiran mama tu, rupanya dah 5 tahun berlalu..if jiran mama tak sebut yang anak dia sebaya budak kecik merah tu, sure mama tak rasa dah berapa lama budak kecil merah tu pergi..rasa macam baru semalam je peristiwa itu berlaku..

Hari ni pun mama terima email dari seorang kawan. Kawan yang turut kehilangan permata hari bila anak didalam kadungan isterinya meninggal. Email yang membuatkan airmata mama bergenang. Terasa sangat yang kawan mama seolah-olah mengetahui mama dalam kerinduan. Nanti mama titipkan isi email tersebut.  Mood tak ada untuk mencoret lebih lanjut..

Al-Fatihah untuk si kecil mama..

April 13, 2012

Love In The Air

Kaki mama masih sakit. Berjalan sakit, duduk pun sakit. Tapi mama tetap mama, kuat atau lemah, mama tetap mama. Semalam mama MC sebab kaki mama masih sakit. Datang office dulu, buat kerja, buat balancing, recon..dah settle baru pergi clinic, itupun di temani teman office sebab sukar untuk mama berjalan.

Thanks Mr Google..kat sini la yang mama kena!!
Muscle Cramps mama dah hampir seminggu berlaku, nampak sedikit perubahan setelah berjumpa  doctor. Mama visit dua orang doctor  selang sehari di clinic yang berlainan. Both doctor tak advice mama untuk mengurut kaki mama yang sakit ni.

Mama ni memang tak suka nak makan ubat. Mama hanya makan ubat yang berkaitan dengan treatment untuk mengandung, or ubat orang mengandung tapi dah dua hari terpaksa juga mama  menelan tiga jenis ubat dan salah satunya membuatkan mama mengantuk. Mama terpaksa ni, sebab minggu depan mama kena pergi course. Kalau kaki sakit, sure mama tak boleh involved aktiviti-aktiviti yang dirancangkan..argg rugi tau.

Okay, mama dah tahu siapa itu Atud! thanks Atud!! alhamdulillah, hoping your sis pun kuat. yes, lama tak dengar berita dari dia. Actually, abah mama pun kenal arwah ayah Atud. Thanks Atud sebab sudi membaca blog mama.

Alhamdulillah, dapat juga melihat anak-anak Mira!! sangat cute, sangat mancung hidungnya. Eeeee geram sampai nak gigit-gigit. Moga babies terus membesar dengan sihat. Hoping Mira pun sihat. Teringin sangat nak jadi sibuk macam Mira menguruskan anak-anak kembar. Insyallah. Amin.

April 1, 2012

Moga Dia Sihat


Semalam mama pergi ziarah officemate mama yang warded kat KPJ Tawakal. Kawan yang dulu sama-sama melalui fasa treatment, kawan yang pregnant selang sebulan dengan mama, kawan yang dapat baby girl sama macam mama namun baby dia membesar, menjadi kanak-kanak yang comel, memanggil mama dengan panggilan mama rin!! baby mama pula bidadari syurga..

Entry ini khas buat dia, dia yang sangat tabah dan dia yang kekadang sangat lurus!!! dia yang mama and kawan-kawan office selalu ketawakan dia sebab ringging tone handphone yang sangat dahsyat..hehehe. Kawan mama kena warded sebab demam denggi. Hampir seminggu warded, hari ini pun still tak boleh keluar sebab bacaan darah makin turun hingga ke 89!! Arggg mama susah hati sangat..kawan mama tengah pregnant second baby. Hoping baby pun sihat. Tadi mama whatzzup dia..

Mama : Brapa bacaan darah? Shasha(gegirl kawan mama yg sebaya arwah Mia) ok tak?
Fren    : 89 (bacaan darah). Shasha ok. Akak esok tolong tanyakan kak kholiah, saya admitted ni ada limit
             limit ke? Nak be ready..takut kena buat blood transfussion.
Fren    : Doakan saya sihat yer kak..saya dah sedih ni..
Fren    : Tadi penutup drip saya tercabut masa saya gi toilet, darah saya memancut macam air..nurse kata
            darah saya dah cair sangat

Mama tahu apa perasaan dia, tambah-tambah sekarang tengah pregnant. Mesti dia risaukan kandungan dia yang hampir nak masuk bulan ke 4 ni. Su, akak always doakan kesihatan sihat, always berdoa untuk kawan-kawan akak..always ada ingatan itu untuk teman-teman akak. Insyallah, itu dugaan dari Allah untuk menguji kekuatan kita. You always my sweet friends dear. 

So teman-teman yang lain, if demam sampai menggigil, sakit-sakit badan, pergilah jumpa doctor. If dah jumpa pun tak ok, kena paksa dokctor ambik sample darah untuk check!!


March 28, 2012

Mira Discharge..Nasi Goreng

Alhamdulillah..pagi tadi kawan blog mama, Mira sms mama bagitahu arini dia dengan babies dah boleh discharge dari hospital. Wahhh bestnya kan perasaan bila dapat balik rumah. Mama Mira kata, insyallah bila dah ok and ada masa, dia akan update blog. Tunggu yer kawan-kawan yang kenal dgn Mira.


Esok mama nak buat nasi goreng ikan sardine!!! Favourite mama masa bujang sebab senang nak masak. Sardine dalam tin tu. Dulu bila dah masak, satu tuppware untuk mama bawak pi opis, sebahagian lagi utk housemates mama, satu untuk bekal papa pergi opis. Heheeee dulu pegi balik kerja, papa yang ambil and hantar balik..dari rumah papa kat puchong, ambik mama kat Shah Alam..hantar pegi opis juga kat Shah Alam, pastu baru papa pegi opis dia kat Pantai, Kl..hahahaaa..padahal boleh aje pergi sendiri naik bas mini..uhhh lamanya tak naik bas mini!


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 25, 2012

Khas buat Mira..

Entry buat sahabat blog mama Mira ! Alhamdulillah dan syukur sangat pada Allah sebab kawan blog mama yang tersayang dah selamat melahirkan twins!! Tahniah Mummy Mira


Akhirnya, segala impian Mira, telah Allah kurniakan. Bukan seorang tapi dua orang baby, sepasang pula tu. Syukur sangat. Pagi tadi bila received sms dari Mira, bila membaca sms tu, menitis air mata kegembiraan buat seorang sahabat yang hanya mama kenali didunia blog, yang tak pernah mama jumpa namun selalu berkongsi semangat dengan mama.

Mama harap, both babies dalam keadaan sihat dan cepat recover. Doa mama juga buat sahabat mama Mira, moga recover dengan cepat dari operation czer tu, tahniah sekali lagi..arggg happy sangat-sangat mama untuk Mira!!! kiss and hug tight untuk Mira

March 15, 2012

Dia Jadi Ayah

Congratulations friend!! bahagiakah kalian anda diri menjadi insan pertama mengetahui berita yang mengembirakan pada dia? apa perasaan kalian andai diri kalian di update setiap waktu saat-saat dia menunggu khabar gembira? bagi mama, semua perasan itu bercampur baur. Ini entry yang mama pernah buat Give my hand. 
 
Yes!! kawan mama dah jadi father. Mesti dia sekarang tengah bahagia dan gembira sangat semalam kan, hilang segala rungsing dan susah hati sejak wife dia masuk hospital, sejak air ketuban wife dia pecah dari malam isnin lepas, sejak wife dia tak bersalin salin lagi even doctor dah inducekan..then semalam he call mama ..

Friend : Kakak dah bersalin..terpaksa operate. Baby lahir 7.45pm dengan berat 2.8kg.
Mama : Oh yer ker? baby ok tak? kakak macam mana? (teruja lah sangatkan soalan..tapi ikhlas tau)
Friend : baby ok, kakak belum keluar lagi
Mama : Congratulation..congratulation!dah jadi bapa dah!!! (time ni pun papa jerit sekali ucap tahniah)
Friend : Tqvm. Nanti abang m...update lagi yer
Mama : Ok..tq
Friend : Take Care

Ummm dia, kawan satu office mama dah jadi ayah semalam tanggal 14 March, 2012. Awal dari  due date yang sepatutnya iaitu 29hb. April. 2012. If wife kawan mama tu bersalin dalam lingkungan due date sure mama masih jadi bahan usikan kawan-kawan yang lain gara-gara cerita silam rekaan teman-teman dahulu..jenuh juga kalau baby tu nak keluar 30hb April lak..tu birthday mama tau!

Perasaan mama? alhamdulillah as long as baby dia ok dan sihat, wife dia pun dah keluar dari bilik monitoring, mama gembira untuk dia, belum ada kesempatan untuk melawat sebab mama pun tak sihat, bertapa kat rumah dah 2 hari. Esok tunggu telinga menjadi bahan usikan. Hoping tak adalah sampai mengguris perasaan mama.




February 13, 2012

Dear Friends and Readers

 
Thanks semua sebab always bersama mama, bersama cerita sedih dan gembira mama. Bersama jatuh bangun mama. Bersama mendoakan kejayaan mama walaupun seringkali gagal dalam berusaha. Mama pasti akan kembali bersama kekuatan kalian untuk berusaha dan berjaya walau seribu kali mama jatuh, tapi mama pasti, insyallah satu hari dan satu detik yang istimewa, doa kalian dan rahmat Allah akan mengiringi kejayaan mama. Mama berharap detik itu, mama masih dapat lagi berkongsi rasa nikmat itu, mengangkat tangan penuh kesyukuran bersama kalian.

July 24, 2011

Please Come To My House

Harini mama dgn papa breakfast lewat sikit..mula nak nak makan kat rumah tapi papa tengok mama macam tak larat, and harini perasaan belas kasihan papa pada mama macam banyak sangat, papa ajak makan kat luar, so kitaorg makan kat area rumah aje. Lepas makan pergi mall kat situ konon nak beli  barang dapur sikit..suddenly
jumpa neigbour mama..

Neigbour mama ni indian, ada 2 sons, and the second son sebaya dengan arwah Mia..that's why maybe diaorg closed dengan mama and papa..berlari-larian bebudak tu nak salam, jangan tak tahu, the eldest kalau salam, cium tangan tau, mama selalu kena usik dengan papa konon itu "anak mama" hahahahaa..rupanya nak jemput mama dengan papa datang rumah, celebrate birthday the eldest..aunty datang tau! datang tau! hehehee. So tadi mama dah pergi join birthday party tu dgn papa..ahaks!!! salam cium tangan lagi sekali!!


July 16, 2011

Teambuilding on 9-10 July @ PD





penat yang teramat sangat mama rasa!! tak cukup masa tapi mama rasa seronok sangat sebab penuh dgn gelak ketawa!! thanks to fasilitator yang sangat humor!! walaupun ada rasa susahhati sebab tinggalkan papa sekejap yang dirasakan lama tapi alhamdulillah, papa cakap papa ok..

May 5, 2011

Hadiah dari seorang teman

Tengahari tadi sebelum lunch hour, ada officemate mama datang kat tempat mama..mula-mula tu dia keluarkan gelang yang dia pakai, pastu letak kat tangan mama..sambil dok belek tangan mama, kawan mama kata cantik..pastu dia keluarkan another gelang sambil berkata "yang ini saya kasi kat akak, saya tak tahu nak bagi hadiah apa untuk birthday akak" uwaaaaa..terkejut!!! dapat gelang ada batu batu lagi..dah la kawan mama baru masuk office harini setelah bercuti 2 hari, alih alih dapat hadiah daripada dia..thanks Su for the gelang yang cantik ni..


Celebrate birthday last week? seronok sangat sebab dapat balik kampung, pergi banglo Mia yang cantik dan bersih sangat..terima kasih pakcik penjaga banglo sebab sudi jagakan banglo Mia untuk mama..hadiah? belum dapat lagi hadiah dari papa..mama tak kisah dapat or tak hadiah sempena birthday mama janji papa sentiasa sihat dan kuat, itu dah kira hadiah buat mama..tapikan Mia, tahun ni papa terlewat wish mama..terlebih dari jam 12.00 malam..mama dah tidur nyenyak giler bila mama dengar satu suara berbicara  tepi telinga mama "happy birthday sayang..sorry papa terlewat wish, papa terlelap"..ahaksss sambil mata tutup tu mama boleh pulak jawab "ummmm dah merajuk, tak pernah tau papa lewat wish birthday, kali ni lewat" ..sampaila bangun tidur, mama dok ungkit kelewatan papa wish mama hehehehe..

Birthday sendiri kena belanja orang..siap gi saloon lagi buat rambut hinggakan papa yang buat dialisis pun dah settle dialisis hinggakan pakteh izan pulak yang kena pergi ambik walhal, mama dgn acik hidayah dah janji nak pergi ambik papa..tapi sebab tak settle lagi rambut terpaksalah orang lain ambik..sorry papa..birthday mama! Next enrty sambung citer birthday mama lagi yer..

April 4, 2011

Scan on days 10

Hari ni mama letih sangat, sebab arini hari monday-isnin **pinjam ayat abang nadime, anak handsome mummy ayu** cute sangat tau abang nadime ni, dah pergi sekolah dah mummy ayu tulis dlm blog..mesti mummy ayu bangga sangat dengan abg nadime kan Mia -:)

Tadi pun mama gi tengok adik aqil dgn mommy dia..mommy aida kasi hadiah kat Mia..suka tak? mama dah ucapkan terima kasih -:) adik nabila pula tak sihat, sian ibu ina..sedih sangat ibu ina bila adik nabila asyik nangis je..nanti kalau Mia rasa nak jadi budak baik, Mia tolonglah cakap kat adik nabila yer, janganlah nangis, sian ibu..cakap kat adik nabila, adik kena kuat macam siapa? macam kakak Mia lah hehehehe..

Hari ni mama banyak sangat kerja kat office, siap mintak kawan mama tolong tapaukan lunch lagi...buat report, buat recon dan buat filing pun sama..berat tu, file yang nak disimpan..banyak pula tu, tapi mama dah settlekan sebab rimas lah mama tengok, berselerak je..so tempat bos-bos, mama dah clearkan, dah nampak dah rupa wajah diaorg hehhehe..mmg tunggu mama jugak yang buat..tak apa, esok mama MC hehehhe..

Esok ada appointment lagi dgn doctor mama..ummmm doctor kata nak scan tengok "telur" mama ok ker tak.. nak kena tambah ubat or tidak..best wooo esok MC pastu nak tengok wayang rasanya..ok tak? Esok, insyallah, lepas jumpa doctor, mama buat entry lain yer kalau mama larat..

March 12, 2009

Office

Pagi tadi bila bangun tidur, badan rasa sakit sangat..maybe sebab darah keluar banyak sangat or sebab side effect aspirin dgn parlodel yang aku makan malam tadi. Rasa macam malas sangat nak pergi office..ishhh tak leh tak masuk office, stayed kat rumah pun bukannya ada sesiapa pun...lagi sunyi rasanya.

Thanks to kengkawan yang sentiasa memberi semangat untuk aku dikala aku down giler babun arini..insyallah, aku pasti akan perolehi apa yang aku hajati..kerna kalian semua, aku kembali bersemangat untuk terus hadapi esok..lusa dan seterusnya..

Kerja kat office yang banyak dan semuanya nak cepat, membuatkan aku menjadi terlalu sibuk..tanpa sempat melayan rasa hati...suasana pejabat hari ini membantu seketika untuk aku melarikan diri dari memikirkan kegagalan semalam.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...