Showing posts with label Pot Pet Pot Pet. Show all posts
Showing posts with label Pot Pet Pot Pet. Show all posts

October 4, 2017

Kembali ~ Blog Berabuk

Assalammualaikum..
Grrrrr blog berabuk bersawang. Maaf lama tak update.. lappy rosak tak ada masa nak repair.. nak kena repair ka?  rasanya baik beli baru kut.
Huhuuu maaf reader yang tunggu mama update blog sampai ada yg post kat feed fb mama dah lama  mama tak update blog.
Busy dgn masalah dunia ekekeke masalah hati bagai..tp kat fb dgn insta ada je muncul.  Blog kalau nak menaip guna handphone jenuh.
Mama dgn Qaseh alhamdulillah sihat. Insyallah nanti mama cuba update sekerap mungkin.
Terima kasih atas doa doa kalian, kes harta sepencarian mama dengan arwah papa pun baru selesai walaupun ada pihak yang tak puas.  Tunggu nak buat faraid pula.
Jumpa lagi nanti yer..

April 2, 2017

Berlari Dengan Qaseh

Semalam 1/4/2017, dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, mama tetap gigih abaikan kesihatan untuk berlari bersama dengan Qaseh dalam larian Kidsrun di Taman Rimba TTDI.

Gigih sangat sebab dah register hampir sebulan dan kebetulan mama cuba nak hilangkan serabut yang bersarang dikepala ni.

Kali pertama join run dengan Qaseh. Alhamdulillah dia kelihatan gembira walaupun ada kalanya berlari kemudian nak berdukung heheehe.

Jom layan gambar kami.

January 19, 2017

Sakit

Badan terasa lemah..kuatkan hambaMu ini untuk terus menyusuri kehidupan sementara didunia ni dengan sabar dan tabah bersama insan tersayang.

Harap bubur nasi panas ni, mampu menyegarkan sedikit badan yang lemah..kuatlah mama!!

June 12, 2016

Hati dan Puasa

Hampir seminggu berpuasa, berkejaran ingin pulang dari office ke rumah dengan public transport dan meredah jammed begitu lelah bagi diri ini terutama bila mengenangkan si mata bulat bambam yang berada dengan pengasuh.

Tiada menu yang menarik kerana hanya mama yang berpuasa. Terasa kekosongan yang amat sangat sementelah ketika papa masih ada, walaupun menu adalah ringkas tapi cukup untuk mengisi perut yang lapar.

Saat berbuka dan bersahur, hati perlu kuat untuk bertahan namun adakalanya mutiara jernih itu tetap hadir membasahi pipi, mengatakan bahawa rindu itu kian sarat.

Moga Allah berikan kekuatan untuk diri mama dan Qaseh.

Alfatihah buatmu sayang.

December 29, 2015

Alhamdulillah..

Alhamdulillah Qaseh dah keluar ward tapi dengan bekalan ubat untuk kuatkan paru-paru selama sebulan. Mama pula yang dah selsema dan sakit kepala.

Badan masih terasa penat, rasa nak tidur. Sehari dua dihospital, Qaseh masih lemah namun masuk hari ketiga dengan nebulizer selang 4 jam dan antibiotik setiap 8 jam benar-benar buat mama semput..semput layan karenah dia.

Anak kecil yang tak kecil sangat ni, tiada perasaan takut dengan nurse dan doktor. Dia selamba aje menegur doctor "hi", bila dapat keluar dari bilik, jadi " busy body" di kaunter nurse "buat apa tu..nak tengok" uwaaaaa tepuk dahi mama!

Jom layan pic Qaseh..

Terpadam Komen dari Mussyida Sofea

Huhuhuuu mama tertekan comment yang sepatutnya mama publish tapi TERDELETE..niat nak copy no phone huhuu..

Mama minta maaf tak sengaja tapi kalau tak salah mama, yg tinggalkan comment tu nama Mussyida Sofea..lebih kurang mcm tu..hope dia baca entry ni..

December 4, 2015

Hampir Ke Penghujung

Kesibukkan dengan hal2 dunia dan segalanya dalan sedar dan tidak sedar hampir ke penghujung tahun.

Mama masih lagi under Project Team di Shah Alam. Project dah selesai kalau diikutkan tapi belum boleh dimaktubkan, fasa terakhir untuk cuci cuci, betulkan apa yang perlu dibetulkan.  Kalau ikut surat offer dari HR, attachement mama dengan projek akan berakhir pada bulan 3 tahun depan. Bila berakhir, mama kena kembali pada office mama di KL.

Setiap masa berlalu, tidak pernah sekali ingatan mama pada papa dan mia luput. Kekadang rasa mereka ada berhampiran mama.

Qaseh, si anak kecil yang makin keletah. Saat ini, Qaseh di Perak dengan maktok, gara2 mama kena kerja sabtu dan ahad. Rindu sungguh pada dia.

Allah, rahmatilah kami semua dengan kasih sayang dan rahmatMu. Amin

August 20, 2015

Handphone Masuk Air

Laptop dah ok actually bukan masalah laptop pun yang menyebabkan blog mama jadi caca merba tapi sebab ada gangguan coding yer tak mr utusan? tapi sekarang dah ok. 

Sekarang handphone mama yang masuk air. Segala aktiviti berkaitan whazzup, telegram, line semua tidak boleh digunakan buat masa sekarang. Harap maklum. Bestnya kalau ada orang sponsor handphone!!!

June 13, 2015

Cerita Q Dan Rindu

Hari ini tanggal 13/06/2015, genaplah usia Qaseh 2 tahun sebulan. "Budak merah mata bulat mulut kecik" papa kata..

Hari ini juga hari terakhir untuk semester pertama Qaseh dalam kelas renang. Hari yang sangat bagus untuk dia sebab nampak dia sangat enjoy bila teacher bagi arahan. Insyallah semester baru bersambung selepas raya -:)

Bulan puasa akan tiba..mmmm kali kedua berpuasa tanpa papa..rindu nak berpuasa macam dulu..rindu abang!! rindu sangat2!!!

February 4, 2015

Kali Pertama Sendirian

Semalam cuti Thaipusam..mama cadang tak nak keluar tapi disebabkan abah dgn mak nak datang kenduri hujung minggu ni jadi terpaksalah mama survey area kenduri. Kali pertama ke Cheras, drive bersama Qaseh hati papa, rasanya papa mesti bangga sangat dengan mama.

Mama berjaya untuk pertama kalinya memasuki area Cheras, Bandar Tun Razak. Hahahaah if papa duduk sebelah mama waktu mama drive mesti akan kedengaran bunyi "emmmm panjang la langkah bini abang ni nanti"..

Singgah kejap rumah kawan mama. Kawan dari group whazzup ttc, tengok anak triplet dia. Papa, mama rasa macam arggg nak ambik tiga-tiga sekali bawa balik rumah. Geram tengok.

Anugerah Allah, selagi ada daya untuk berusaha, kita kena usahakan papa, insyallah dipengakhirannya pasti manis, macam ayah dan ibu triplet ni..mama is jeles tau!

Qaseh macam biasa, suka sangat dengan baby. Cepat je tangan nak pegang, nak tepuk dan cium. Mood pun boleh tahan la kejap ok kejap tidak sebab mengantuk jadi bila mama pegang je baby triplet mula la dia merengek.

Hari ini mood swing..rasa tak nak cakap dengan sesiapa pun..seronok kalau dapat berbicara dengan papa dahulu walaupun kadangkala respond papa hanyalah "emmm..emmmm..." rasa macam nak sumbat kertas je bila dengar...

Insyallah papa, mama akan jaga Qaseh dan diri mama sebaik mungkin dan mungkin nanti akan ada lagi "kali pertama" yang akan mama lakukan sendirian lagi tapi masih berbekalkan semangat papa yang papa tinggalkan.

January 26, 2015

Dia Yang Comot

Dia anak kecil yang senantiasa mempunyai idea dalam membuatkan mulut mama dia membebel, nafas mama jadi pendek serta exercise terlebih..

Papa, Qaseh macam papa..makan apa sahaja tanpa cerewet tak macam mama yang memilih. Mmmm..mana ada pilih la papa..mama cuma tak suka makan makanan yang mama tak pernah rasa -:)

Moga rezeki Qaseh murah kan papa..Aminn

p/s : buat seorg sahabat..ok kan entry ni -:'

January 18, 2015

Masak

Hari ni hari memasak..tak pergi mana-mana pun sebab rasa malas nak keluar. Lagipun Qaseh baru baik dari sakit.

Papa, pagi mama masak cucur ikan bilis taruk kucai dan kentang. Mama buat macam yang selalu papa ajarkan. Qaseh suka. Tengahari pun mama masak macam papa selalu masak, telur macak kicap tapi tak sesedap papa masak. Ah!! hehehe mama boleh dah goreng telur..tak manja macam dulu walaupun masih takut terkena minyak bila telur tu meletup.

Petang, mama masak lagi cucur macam sarapan tadi, Qaseh suka sangat..macam papa je..

Esok mama dah mula kerja. Harap Allah lindungi anak kita dengan rahmatNYA.

January 12, 2015

Tahun Baru..Tempat Baru

2015, Happy New Year..tahun baru dan mama pun di office yang baru sebab nama naik untuk projek office di Shah Alam. Redha kerna walau dimana pun kerja, mama mencari rezeki, moga rezeki mama diberkati.

Awal tahun penuh bermula dengan cabaran.Qaseh dijangkitI HFMD. Kesian anak mama. Moga dia cepat sembuh. Disebabkan keadaan Qaseh, mama terpaksa susun semula cuti tahunan mama.

Ya Allah, Kau sembuhkanlah anak kecil ini. Berikan dia kekuatan. Amin.

December 29, 2014

Luahan Yang Terpaksa Dipendam

Lama sungguh mama tak update blog bisu ini. Rasa banyak sangat tersimpan yang perlu diluahkan namun laptop buat hal. Boleh aje nak update guna handphone tapi aduh!! kecil sangat screennya. Nanti mama update yer tentang Qaseh sakit, tentang perasaan mama.

November 10, 2014

Masa Bersamanya

Assalammualaikum..Good morning sunshine!!! Mama bersiaran dari handphone sambil memerhati anak kecil papa mata bulat ni tidur..

Sekian lama tidak meluahkan rasa hati disini, telah sarat yang terbuku menjadi dinding kamar hati.

Alhamdulillah papa, hadiah papa ini, semakin hari semakin kuat sistem imun badanya. Moga Allah terus lindungi dia bersama rahmatNYA. Moga Allah juga mengasihani papa dan papa juga senantiasa bersama rahmat dan kasih sayangNYA.

Kekadang rasa simpati pada anak kecil ini papa, bilamana hari hari bekerja, macam biasa, mama akan keluar bekerja hari belum cerah dan pulang bila hari kian kelam. Rindu pada dia, sangatlah kuat. Dulu bila papa ada, mama tak risau sebab papa boleh bawa dia bila menjemput mama, namun sekarang seringkali mama berlawan dengan masa untuk sampai awal ke rumah.

Jadi, sabtu mahupun ahad adalah hari "dating" kami tau papa. Harap papa gembira melihat kami dari jauh.

July 4, 2014

Ramadhan ~ Hari Ke 6

Alhamdulillah telah 6 hari mamauu berpuasa dan 6 hari juga bersahur ala kadar seorang diri berbuka juga hanya yang simple sebab hari bekerja dan hakikatnya cuti hujung minggu juga mama tak masak.

Hari bekerja adakalanya mama order lauk tapi yang belum pernah "termissed" beli adalah bubur lambok Kampung Baru. Order kat officemate, sebelum balik dapat. Qaseh sangat suka!! Tiap hari makan dengan berselera. Macam papa.

Pagi ni nak masak air, gas abis pulak!
Minum milo panas guna air panas Qaseh dan makan kurma.

July 1, 2014

Ramadhan Ke 2 ~ Steak Masak Sendiri

Hari kedua berpuasa. Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan untuk mama bertahan. Hari ini lebih baik dari semalam dari segi kekuatan diri dan ketabahan hati.

Hari kedua berpuasa, mama cuti separuh hari. Menghabiskan setengah hari cuti tahun dengan membeli barang keperluan Qaseh. Balik awal dari pejabat memungkinkan mama singgah pasar ramadhan. Disebabkan awal, masih banyak gerai yang belum dibuka.

Berbuka hanya dengan tamar dan air. Hanya makan steak masak sendiri bila Qaseh telah tidur.

Emmmm terasa ada kebanggaan papa..terbayang papa senyum gembira bilamana hari ini mama lebih kuat dari semalam..

June 10, 2014

Cuai

Hmmmm..arini lepas parking kereta dekat station Monorel Titiwangsa terus tunggu monorel tapi masa nak lock kereta tadi rasa macam ada benda yang tak lengkap..abaikan.

Dalam monorel dok gagau cari handphone dalam beg. Tak ada. Ada handphone papa je. Arggg sah tertinggal dlm kereta. Memikirkan hal yang penting takut ada orang call sampai station chow kit terus keluar and patah balik pergi titiwangsa!!

Sah..sah..sah..memang handphone dalam kereta dekat carseat. Tengok dari cermin luar memang nampak. Nasib baik patah balik kalau tak...

Papa, dah ambil handphone naik balil monorel tapi kali ni terlajak pulak pit stop. Dah kena pusing balik. Kalau mengadu kat papa, sure papa gelakkan mama sampai keluar airmata dan mula cakap mama cuai!!

Emnnn letih pagi-pagi ni.

April 20, 2014

Gathering Ttc Group

Alhamdulillah papa..arini mama drive dgn Qaseh. Sangat behave dalam kereta sampai terlena.

Hari ini mama dengan Qaseh jumpa kawan-kawan yang selalu sembang kat whazup, kawan kawan yang mempunyai masalah seperti kita yang terpaksa berusaha lebih, berkorban segalanya hanya kerana inginkan zuriat pengikat kasih.

Hari ini juga untuk pertama kalinya papa, mama dengan Qaseh tidur hotel tanpa papa disisi kami. Terasa kekurangan tapi tak mengapa sebab ada dalam hati kami.

Qaseh macam retis la papa. Papa pun tahukan anak kesayangan papa punyer tingkah laku. Ada aje memek muka yang nak kasi orang ketawa, nak kasi orang geram. Paling utama, kalau diumpan dengan makanan, mama pun tidak dipedulikan.

Selain dari makan dan sesi bertukar
hadiah, ada soalan cepumas. Emmm mama kena soalan tentang saat paling indah dalam hidup mama...oh!!! mama terus teringat papa..rasa sebak tapi mama tahan sebab tak nak spoilkan suasana ceria..byk moment indah kita..tapi mama pilih moment indah mama bila kita dapat Qaseh.

Nyenyak sungguh Qaseh tidur..papa kami rindu papa. Papa bangga dengan mama kan..

February 16, 2014

Kenduri Kahwin

Papa, pakcik dgn makcik sebelah rumah kita buat kenduri kahwin anak perempuan mereka hari ini. Kenduri yang papa tak sabar sebenarnya menunggu.

Papa, papa jangan risau sebab mama tahu apa yang papa nak buat kalau papa ada.  Rumah kita jadi tempat persediaan makanan catering. Tempat menumpang pergi toilet. Ada khemah tau papa. Papa tentu gembira sebab mama merealisasikan impian papa untuk menjadi jiran yang baik.

Macam biasa, budak mata bulat papa ni menjadi perhatian orang. Kerja senyum je sebab perasan cantik la tu. Rindu papa lah!!

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...