sabar itu indah.. sepi itu sakit namun andai ada kejujuran, kesabaran dan kesepian itu berbaloi dihujung pertemuan..
December 28, 2017
Sabar vs Sepi
December 27, 2017
Wajah Baru Blog
December 23, 2017
Ujian Kekuatan
December 19, 2017
La Tahzan
Positif dengan ujian. Itu hadiah Allah.
Bersyukurlah. Beruntunglah. Dari jutaan, engkau pilihanNya. Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Jalan takdir Allah tak pernah salah. Berbaik sangkalah dengan aturanNya. Jika perlu untuk menangis, maka menangislah. Tapi jangan sedih lama-lama nanti orang kata kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
La tahzan.
Syurga itu mahal , bukan mudah untuk dapat tapi insyallah pasti bahagia sangat bila dapat.Tapi terkadang ada masa kita jatuh. Tak mampu nak bangun. Tapi walau apa pun, Allah akan tetap menemani. Allah akan ubat luka di hati. Hadiah buat hambaNya yang bertabah!
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan. Inilah kasih sayang Allah. Berdamailah dengan takdirNya.Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
La tahzan
Kesatlah air mata. Allah ada. Allah tahu.
nota utk diri sendiri - mamaQ😍😍😍
December 18, 2017
Angin Rindu
Hadirnya perasaan tanpa jemputan, hadirnya kasih tanpa rayuan hadirnya rindu tanpa jemu..
Tidak perlu diminta rindu kerana rindu itu selalu menemani. Tidak perlu memaksa mama untuk mengungkap rindu kerana rindu itu satu rasa yang tak pernah mama inginkan untuk mati.
Mama ingin selalu mengungkapkan rindu kerana rindu yang tak terungkapkan membuatkan mama pilu. Membuat kan mama harus tersenyum disaat semuanya terpaksa dan akhirnya mama cuma mampu berdoa dan pasrah kepadaNya untuk mengungkapkannya.
Kesempatan yang mama harapkan ketika saat itu datang, rindu mama ini akan dapat mama ungkapkan dgn penuh kasih sayang dan keikhlasan.
Kelegaan pabila rindu itu terubat walau penyambung nya hanyalah dihujung masa..sepi tanpa bicara namun hati berkata, mama rindu!! dan dia juga begitu...
December 16, 2017
“Jangan Tanya”
Wow..Lamanya mama tak update blog syomel ini. Harap lepas ni, mama semakin rajin nak update.
Bila hati berbicara tentang “Jangan Tanya”. Muncul keseorangan pada 23/11/2017, dgn ucapan salam peringatan “hati-hati” dengan icon yang sangat comel, maka bermula la satu “conversation”, satu perkenalan..☺️☺️. Jangan tanya! Ekekekek dah la suka tanya tapi sebab bertemu dengan Jangan Tanya maka pening kepala nak mengatur ayat supaya ayat mama tidak akan jadi “ayat tanya “
Baling belakang... tersenyum sendiri sebab Jangan Tanya ni suka bertanya, maka ketika soalan diajukan pada mama, mama kata, mama nak kenakan “charge dan gst “ pada setiap soalan yang diberi mengikut budi bicara mama😜😜
Bila hati berbicara tentang jangan tanya ni, ada aje yang nak ditanya tapi disebabkan dua patah perkataan itu, kadangkala pertanyaan akan jadi bahan ketawa masing-masing dan bila ada yang berlagak menyoal ala ala polis gitu.💁💁
Edisi siasat berjalan lancar dengan soalan bertubi ditujukan khas buat mama umur mama berapa, kisah dah berkahwin ke belum serta tentang anak sambil dengan selamba “Jangan Tanya” mentioned “papa solo lagi..jodoh belum sampai”😅😅😂😂
Happy sangat kalau berbual or massage dgn “Jangan Tanya” ni, ada aje benda yang buat mama ketawa sampai keluar airmata..
Citer sambung esok...
Laut Biru
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
-
Kaki mama masih lagi sakit, weekend dua hari hanya duduk bersenang-lenang kat rumah, bosan memang bosan tapi tak seronok nak keluar kalau be...
-
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...