April 8, 2012

Cyst and Rahim Retroverted

Kaki mama masih lagi sakit, weekend dua hari hanya duduk bersenang-lenang kat rumah, bosan memang bosan tapi tak seronok nak keluar kalau berjalan pun sukar. Papa yang memastikan segalanya lancar, pergi pasar dan memasak.

Selasa lepas, kan mama ada pergi jumpa Doctor H kan? memang ramai patient yang menunggu. Alhamdulillah, walaupun menunggu lama tapi sebab mama sampai awal, letak ic pun awal (patient baru kan) so okaylah. Kebetulan mama ada medical report dari LPPKN, ada report HSG, so staff kat situ terus masukkan dalam file mama.

First time jumpa Doctor H, masa kami masuk bilik dia, dia dah settle review medical mama, bertanya itu ini..tentang Mia, walau macam mana mama cuba bertahan, cuba kuatkan hati agar mama tidak menangis kala bercerita, tapi mama tetap gagal..gagal mengawal rasa sedih bila bercerita tentang bidadari itu..papa hanya mampu memujuk dengan menepuk-nepuk tangan mama.

Doctor buat ultrasound and then cakap, u ada cyst kecil and kedudukan rahim terbalik or rahim retroverted. Perasaan mama? terkejut sesangat sebab selama ni mama selalu kena buat vagina ultrasound tapi tak ada doctor yang beritahu mama macam tu. Masa pregnantkan arwah, memang doctor ada bagitahu yang mama ada cyst kecil tapi tak membahayakan. Papa mungkin lagi terkejut and papalah yang banyak bertanya itu ini. Doctor suggestkan mama untuk buang cyst tersebut walaupun kecil dan terus buat procedure betulkan rahim.
thanks to google

Sebab mama dah czer masa bersalinkan arwah Mia, doctor kata, procedure tetap sama..czer ditempat yang sama cuma kecil sedikit..argggg!!! takutnya!! papa pun macam rasa ngeri bila doctor kata macam tu. Tak sampai setengah jam dapat jumpa doctor, maybe sebab doctor nak kasi peluang untuk orang lain sama..mama dengan staff doctor checking dengan insurance mama berkenaan dengan operation yang doctor suggestkan, alhamdulillah under cover. tapi mama belum decide lagi nak buat or tidak sebab papa fobia!

Ummm period mama cantik tiap bulan dan sekarang lagi cantik sebab dah hampir 3 bulan, period mama dalam kitaran 28 hari. Normal flow. Hoping for the best. Tentang operation yang doctor suggestkan tu, mama hold dulu sebab papa belum beri keizinan dengan alasan, rahim terbalik tu seperti kata doctor maybe dari lahir so kalau mama tak boleh pregnant, dulu mama pregnant juga kan..kita cuba cara lain dulu yer, papa fobia!!! So dengan Doctor H tak ada discussion about the treatment lagi.

 Okay ni ada sedikit cerita tentang rahim retroverted yang mama dapat dari Mr Google !!

Ringkasan Rahim Retroverted

Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

 

Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.
Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

 

Apakah gejala RT?

Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid
Gejala lain yang sangat jarang ialah:
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

 

Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:
  • Pemeriksaan pelvis atauvagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound
  • Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

 

Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada saya?

Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:
  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran
Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

 

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

 

Apakah saya memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis dan anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:
  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Prosedur dimana otot uang menyokong rahim akan dipotong dan dipendekkan. Selalunya dilakukan secara laparoscopi.


13 comments:

Sizuka said...

Rahim terbalik boleh pregnant kan.. sy pulak x tau lg rahim ok atau terbalik. So ape plan mama lepas ni?

Mamanurin said...

Insyallah..mungkin masa mama pregnantkan bidadari kecil tu dulu dalam keadaan rahim yang terbalik....rehat kejap then fikir bulan May ni pula..

atud said...

slm akak..

sy ni silent reader je sblum ni.. sbnrnya masa sy 1st jumpa blog akak ni, sy tgh ttc jugak...n masa baca post2 akak esp gambar2 akak, rasa mcm kenal.. rupanya akak kawan kakak sy, satu sekolah dulu.. what a small world kan?

sy nk bgtau, sy pun retroverted jugak tp dr kat lppkn mmg ckp x perlu buat operation betulkan pun sbb 1/3 dari semua wanita didunia ni dilahirkan dgn rt.. so, akak bleh try lg.. alhamdulillah, lps buat treatment kat lppkn, sy berjaya pregnen dan telah selamat melahirkan baby boy pd 8 mac lepas...

so, kak z**, chaiyo chaiyo tau!!!!

Mamanurin said...

atud,

oh yer ker? alamak sapa kakak tu? alaa emailkan kat baby.nurinmia@yahoo.com. pleaseee...

yup..insyallah, arwah anak akak pun akak berjaya tru LPPKN..insyallah will be.

Anugerah said...

Salam mamanurin..Erm, penah dgr tak tentang CERAGEM? Rawatan menggunakan katil, batu jed panas? Erm..actually min pun baru tau, baru try 2 hari..setakt dok dgr ramai gak yg punyai cyst blh hilang cyst nya slps buat rawatan...So, min pun tgk try sbb lepas bersalin arwah Dhia Farhah, doktor dapati min punya endometriosis kembali ada...

Anonymous said...

salam akak,

istri sy pun ade RT and endometriosis,

sy nak tanye, mcm mane nak approach LPPKN tu?

Mamanurin said...

anony,

first time kena call LPPKN. Better call ari pertama wife period sebab nurse akan bagi ari untuk datang ambil darah, check berat tinggi and check darah and sperm husband sekali. kena pergi sana berdua husband and wife. simple procedure tapi nurse kat sana baik2. opsss!!! boleh email kat akak di baby.nurinmia@yahoo.com

syakirah said...

salam..nak share gak..rahim saya terbalik gak..tp alhamdulillah saya sekarang nie masuk 3 org anak..bg saya posisi semasa bersama suami tu sgt penting untuk org yg mempunyai rahim yg terbalik macam saya..

kurikkundicontengconteng said...

hye mamanurin...1st sye post kt cni...sye pn mengalami mslh yg same,rahim terbalik n masa same sye kne endometriosis...mmg doc suggest operate... =(

nurulhuda said...

Hi syakirah....boleh bgtau sikit cara & kedudukan bersama as u say kt komen tu td...
If tak keberatan...drop to my email..
nurulhuda.fatah11@gmail.com
Sy jgk mslh yg sama...rahim retroverted...mcm2 dh usaha...usia perkahwinan pun dh nk msk 3 years..last decision nk operate..tapii masih dlm pikiran...pliz tolong sy...sy dh smp tahap putus asa dh ni...

Unknown said...

Sis blh share tak posisi yg sis amal kn? Tq

Unknown said...

Hi syakirah... Boleh email sy jgk... Sy pn RU jgk... Dh ttc 4tahun...

Unknown said...

Email sy hamizahkarim12@yahoo.com

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...