September 6, 2013

Teman Sahabat Kerna RULES

RULES!!


Maafkan mama..berkisar tentang entry mama semalam. Ia bukan berkisar tentang teman teman office mama tetapi tetap ada kaitan dengan kerja mama bila terpaksa deal dengan teman luar dari office mama.


Rindunya mama dekat dia. Walaupun bukan hampir setiap hari kena discuss atau tolong dia melalui phone tapi mama happy sangat bila dia memerlukan pertolongan mama.


Dia bagaikan pemberi semangat untuk mama bekerja dengan lebih rajin. Kalau tak berbual tentang kerja, mama dengan dia tetap berkomunikasi tentang pelbagai perkara yang kadang kala membuatkan kami ketawa macam orang gila.


Bila ketawa, rasa stress hilang. Rasa tekanan itu tiada. Namun dek kerana RULES tekanan itu hadir. Entah kemana dia hilang. Bayangnya ada, nama dalam chatting list menyala tapi dia ignore mama.


Mama? salah mama kah? beritahu ku teman, sahabatmu ini puncanya. Ku manusia biasa. Adakah dalam kita bersahabat terselit kata kata ku yang mengguris hati dah perasaanmu. Adakah dalam gurau senda kita, ku tersalah gurau. Dalam ketawamu sebenarnya terselit rasa kecewamu padaku sahabat?


Oh teman, ku merinduimu..merindui gelak ketawamu..merindui marahmu padaku..merindui caramu mengingatkan ku tentang solat. Memarahi ku kalau ku terlewat menunaikan kewajipan padaNYA.


Teman, RULES itu bukan datangnya dari temanmu ini. Kau tahu rules itu sebenarnya. Janganlah dek kerana RULES itu, kau menjauhkan diri. Hadirla kembali menyinari temanmu ini. Usah di tanya mengapa ku juga tidak menghubungi mu..kerna ku tidak mahu kau mendengar tangisan ku teman!


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...