January 28, 2014

Fitrah Kerinduan Seorang Anak

Sekian lama sejak papa pergi, laptop mama tak pernah mama gunakan. Update blog pun hanya dengan menggunakan handphone. Hari ini rasa rindu sangat nak guna laptop ini, laptop pemberian papa supaya mama tak bosan masa hanya kami berdua aje yang ada dalam rumah ni, supaya mama tak kacau papa tengok rancangan kegemaran dia di TV tu..

Hari ini mama cuti..cuti kecemasan kerana Qaseh demam panas. Semalam balik dari office, pengasuh kata Qaseh muntah-muntah dan cirit birit. Susu pun tak nak, makan apa lagi. Risau hati mama. Bawa balik rumah, Qaseh muntah lagi. Terus bawa pergi kecemasan DEMC. Nasib baik tak berapa nak merengek Qaseh sebab orang ramai sangat. Lembik dibuatnya. Alhamdulillah doctor bagi tempoh dua hari untuk dia pulih lepas makan ubat if tak ok juga, kena datang balik.

Mama rasa dia sangat rindukan papa. Seminggu ni hanya perkataan paaa pa..paaa paa..aaaabah yang keluardari bibir mungilnya, riuh dengan perkataan itu sahaja even di hospital pun itu juga yang kedengaran. Mama yang mengulit dia dari pagi sampai kepagi..24 jam pun masih belum lagi dengardia memanggil mama. Maafkan mama Qaseh, mama pun rindu papa tapi mama tahu rindu anak mama lagi dalam dari mama. Ingatla, papa senantiasa menyayangi Qaseh, tak pernah sesaat pun dia tidak menyayangi mata bulat dia.

Papa, fitrah seorang anak yang merindui, sehelai pelikat usang sudah bisa mengubat rindu dia papa.



3 comments:

Mama Safiy Arfan said...

Allahurabbi..sebaknya sy bace dan tgk pic tu :-(

Anonymous said...

Serius menitis air mata saya kak! Be strong sis

Qistina Amir said...

mnitis air mata membca coretan hati mama...ksian qasih.

Popular Posts