August 2, 2014

Hanya Kami Berdua Dihari Raya

Berkira-kira untuk menaip sesuatu, sesuatu yang perlu diluahkan.

Ramadhan yang berlalu pergi bersama kerinduan hati. Keseorangan berbuka dan bersahur, berkejaran dalam kesesakkan jalan raya dek masing masing ingin pulang cepat dan mama juga yang kadangkala tiba dirumah kala azan maghrib telah berlalu. Kelam kabut ambil buah hati papa dari rumah pengasuh. Akhirnya mama hanya akan makan bila Qaseh dah tidur.

Bila ramadhan pergi menyendiri, syawal  pula hadir. Terasa kesayuan di hati. Kerinduan itu kian mencengkam. Kesunyian itu kian terasa walaupun ditelinga ini kedengaran dentuman mercun.

Sangat berbeza. Dulu berdua dengan papa sambut raya, kemudian tahun lepas bertiga dengan Qaseh dan kini berdua kembali cuma bezanya kali ini berdua dengan Qaseh. Tiada lagi bersalaman dengan papa. Tiada lagi ciuman papa pada mama...

Qaseh pagi-pagi lagi dengan baju cantikcdia, berdiri depan pintu sambil mulut memanggil papa. Perlukan mama bertepuk gembira ataupun memandang dari jauh tingkah laku dia..yer, mama lihat dari jauh..melihat anak kecil mama yang sedang kerinduan. Maafkan mama Qaseh.

No comments:

Popular Posts