July 9, 2016

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..Masih dan still beraya bersama Qaseh dan family yang setia menemani mama.

Raya pertama penuh dgn kesibukan dan lain dari kebiasaan sebab tokayah Qaseh tak sihat. Bersalamam juga didalam bilik, tiada kesibukan bergambar macam biasa terutama sejak ketiadaan arwah papa.

Arwah papa Qaseh suka sangat tangkap gambar jadi bila time raya atau bila ada keluarga besar kami berkumpul, dialah yang paling sibuk dengan dengan cameranya.

Jadi bila tak ada gambar raya, mama dicide pergi studio dgn Qaseh pada hari raya kedua☺��kenangan hari raya dengan cinta hati mama..

Pada pandangan mata kasar, hanya kami berdua tapi hakikatnya kami berempat..

Alfatihah buat suamiku..Mohd Sharif Bin Johari dan anakanda Nurin Amni Damia Khalilah

2 comments:

sweet tooth said...

Selamat hari raya mamanurin

Mamanurin said...

selamat hari raya sweet tooth

Popular Posts