May 18, 2017

Birthday Qaseh

Happy Birthday Qaseh Zara Aishah simple preparation for her birthday!! Yes!! Nampak dia happy!!

Princess Qaseh Zara Aishah on her birthday . Nak cantik mcm princess..baju tu dia yg pilih..frozen dan hello kitty pun dia yg minta..simple tapi mama tahu dia happy sgt sebab ramai yg datang celebrate birthday dia..

#qzaishah #QasehZaraAishah #love #cintahaticintamati #happyQhappyM  #birthday13052017 #story2017

Hari ini hari lahir dia

Alfatihah..hari ini istimewa sebab ni Hari Lahir arwah Mohd Sharif Johari.

Kami jarang celebrate, cukup sekadar ucapan dan kalau sempat adalah sekeping card mahupun hadiah yang kecil sebab arwah ni tak suka nak "celebrate" tapi sbg isteri tentu nak "surprised" en somi sekali sekala kan tapi x danya jadi surprised hahaha sebab selalu cik isteri yg tak menyabar...hahah pastu kena marah..padan muka isteri ni..

Hari special macam ni memang buat hati meruntun rindu. Allah je tahu. Pujuk hati supaya tak nangis, kena kuat. Kena berdikari. Semua kena buat sendiri. Pujuk diri sendiri bila sedih. Segala benda byk kena pendam sendiri. Mengadu hanya pada DIA.

Kalau birthday ni masa arwah mak mertua ada, pagi pagi lagi mesti dah ada depan pintu bilik sebab mak nak jadi org pertama ucapkan selamat hari lahir utk anak bongsu kesayangan dia (walhal menantu dah ucap dulu) ekekeke kemudian mula la hujan dalam rumah ..menantu tgk je sebab bonding time birthday boy dgn insan istimewa yang melahirkan dia dan membesarkan dia dalam keadaan yg diri yg tidak sempurna..masuk kereta je "manja la sgt ��������" sedas kena cubit...

Di hari lahir dia juga, dia mesti tunggu sahabat baik dia yang sorang ni call mahupun message..kalau tak terima call or message mesti dia macam cacing kepanasan..kejap2 tgk handphone, kejap2 tgk msg..tak pun kejap lg cik isteri dpt msg dari dia.."jo tak msg pun..jo tak call pun" semua Johan Bin Ismail huhuuu.. Nak kata kembar tak kembar tapi itulah diaorg...thanks Jo..rin tahu perasaan tu..keep strong!! Dia tak nak kau sedih..

Terima kasih sahabat handai dan sedara mara yang mendoakan arwah. Moga Allah juga memberikan rahmatNya pada kalian. Aminn.

#qzaishah #cintahaticintamati #story2017 #love

May 1, 2017

Selamat Hari Lahir Buat Diri Sendiri

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi olehNya..moga diri ini terus menjadi hambaNya yg beriman sabar dan kuat dlm setiap ujianNya.

Terima kasih tidak terhingga kpd keluarga dan teman-teman semua baik secara online  maupun offline fb or whazzup yg telah memberikan ucapan berserta doa. Semoga Allah SWT selalu melindungi kita, memberikan kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan serta rezeki yg baik dan diberkati di dunia dan akhirat untuk kita semua. Amiin

Masih lg sayu sampai bengkak mata..tak ada ucapan pertama..menunggu juga manalah tahu ada secret admirer..rindu ciuman di ubun² tapi itu kenangan...simpan ketat² sbg hadiah.

Teman seperti bintang tidak selalu nampak namun selalu ada dihati..akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh kerana persahabatan itu seperti tangan dengan mata, saat tangan terluka, mata menangis, saat mata menangis, tangan menghapusnya.

Terima kasih semua dari hati yg ikhlas, kerana menjadi menjadi warna warna pelangi dihati kecil ini..

Sayang itu ikhlas

#love #lovemyfriends #ukhwahtilljannah #story2017 #birthday2017

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...