December 15, 2009

Citer buang dan jual baby

Hari ni balik kerja, monorel ramai ler pulak orang...aduh!!!! penat betul tiap-tiap hari nak berebut. Kalau tak berebut, jadi pasir aku kat situ..pastu tunggu hubby kat KL Sentral dengan badan yang sakit-sakit akibat asakan yang teruk masa nak masuk monorel hari tadi.

Dalam keter, dengan hujan yang mulai turun, hubby ajak pergi Damansara...arggggg karang aku bangkang, dia bising..hujan kat luar tu dah semakin lebat..lastly aku kata, suka hati...huh!! dah ler hujan lebat, jalan jammed giler...rasa kalau aku turun jalan kaki dah sampai awal dah...malas aku nak cakap banyak, karang jadi lain...layan jelah.

Citer tentang paper harini..dahsyat..kisah baby..aku pantang betul kalau citer pasal baby ni..sensitif lebih sikit..jual beli baby..aduh!!tak sayangkah diaorang ni pada anak sendiri? belum merasa kehilangan lagi, memang la senang nak jual anak, nak buang anak..geram betul aku. Aku yang beria-ia nak baby, masih belum dikurnikan rezeki, diaorang ni sesuka hati pulak nak jual beli..buang merata-rata..tak ada akal betul.

No comments:

Popular Posts