November 29, 2009

Takbir rindu

Hati berkobar-kobar kala aidiladha kembali...alangkah indah dan bahagianya seandainya diri berada di sana..wukuf disana..indahnya rasa. Walaupun disini, hati tetap sayu melihat suasana jemaah mengerjakan haji..betapa kerdilnya diri..betapa bertuahnya mereka ini!!

Aidiladha, engkau kembali lagi..takbir rindu pada si kecil bertambah kuat. Di pagi aidiladha, hari jumaat...selepas solat sunat, aku dgn hubby pergi rumah banglo mia..dalam keter lagi aku dah tekad tak nak menangis, aku kuatkan semangat, tabahkan hati..hubby tetap maintain macho..perghhh!!!

Sungguh tenang kawasan banglo mia...walaupun ramai jirang tetangga yang datang menziarahi sanak saudara mereka, ia tetap tenang..tengah bersihkan kubur..sambil hati berdoa, aku menahan diri dari menangis, tetapi..ada insan tegur hubby bertanyakan kubur siapa..urggg!!! masa tu memang dah sedih sangat rasa hati..aku dengar hubby kata, kubur baby..uwaaaaa..Nah!!! airmata aku laju macam hujan, terisak-isak..aku failed lagi..rindunya aku..takbir aidiladha adalah takbir rindu aku pada dia..

Anak sedara aku, si qilah kena warded sebab deman dan dijangkiti virus...sedih hati aku..sedih sangat bila pergi tengok dia di hospital..budak kecil yang tak tahu apa..kalau arwah baby masih ada, diaorg ni sebaya..tua 2 bulan si aqilah ni..semalam aku pergi melawat dia lagi, dia buat tak tahu kat aku, aku disayat pilu..dgn hubby nak pulak dia bergurau..adik aku kata, mungkin dia sedih, sebab tu dia tak layan aku, karang kalau dia layan, bila aku balik, sure lagi dia sedih..dalam kereta aku menangis sebab aku sedih sangat..hubby pun kata, qilah sedih sebab tu dia tak layan aku..

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...