April 23, 2010

Tentang..Beza Isteri dan Suami

Salam,


Pagi Jumaat ni, hujan turun..sejuk dan nyaman, diri rasa begitu selesa tapi still kena keje. Minggu ni badan rasa begitu letih..letih sesangat..mungkin sebab tak cukup rehat? or sebab terlebih rehat? hehehe aku rasa mcm tak cukup rehat..tidur malam aku sering terganggu dek kesihatan en.suami ku..


Arggg beratnya kepala ni walaupun semalam aku tidur nyenyak sekali..suami ku? kesihatan dia macam tu juga, degil sikit..kalau di paksa, katanya aku membebel..betul ke aku ni membebel? rasa akulah kan, aku ni mengingatkan sahaja..itulah beza nya isteri dan suami..

April 17, 2010

Citer Weekend

Salam..

Petang sabtu yang panas terik..tadi lunch aku masak, ketam masak lemak cili api dgn sup sayur..bebenarnya tak ada mood nak masak tapi hubby buat derk aje..tak ada pun kata nak kuar arini..emmm dia layan tidur la pulak..

Hati geram lagi ni kat hubby sebab, tak memahami hati dan perasaan aku sebagai wife dia. Konon semuanya dia betul..macam mana lah aku tak marah, kalau tak sihat, jaga kesihatan diri sendiri...ubat pun kenalah makan, ni tidak, konon-konon dia lah doktor semua hal dia tahu..eeee geramnya!!!

Makin panas aku rasa kat luar, makin panas juga aku kat dalam ni

April 11, 2010

Citer Perasaan

Salam..

Wah 2010 dah menjelma, dah hampir 4 bulan berlalu..arini baru dapat jenguk-jenguk kat blog ni..lamanya since December yerk mama mia ni tak berkarya..wahh ayat tak ingat heheheh..

Banyak sangat peristiwa yang berlaku semenjak dua menjak ni..sejak 2010 tiba, rasanya masih belum cukup lagi rehat untuk aku..banyak sungguh dugaan yang tiba, banyak sungguh yang aku perlu hadapi..entah kenapa ini yang aku perlu lalui..seorang diri.

Kalau nak kira airmata yang dah mengalir laju kuar ikut mata ni, emmm tak dapat nak kira dah berapa tong dah..belum lagi hati aku yang menangis..argggg rasa siksa sangat. Betap kuatnya dugaan MU Ya Allah pada hambaMU yang lemah ini..

Suami ku still tak sihat..still weak..but dia still tak nak buat dialysis...argg satu antara punca kenapa aku rasa susah hati sangat..suasah hati memikirkan kesihatan suami..peant aku bersuara, penat aku memjuk tapi masih tak ada respond dari dia..kekadang bila tahap kesabaran menipis, aku rasa macma nak lari aje..saat itu juga rasa betapa leganya aku andai ada anak-anak yang boleh menghiburkan hati aku kala aku macam ni..Harap nanti, hari-hari mendatang akakn ada sinar yang gemilang untuk aku.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...