April 12, 2013

Yeah!! Result darah mama

Alhamdulillah result darah dah review dengan doctor yang sangat handsome and baik hati!! Terima kasih doctor sebab menerangkan hasil ujian darah dengan berkesan hehehee.


LDL Cholesterol tinggi sikit dari biasa tapi doctor kata ok tak perlu makan ubat. Total cholesterol/HDL ratio 3.7 lebih rendah dari yag sepatutnya iaitu 5.0. Tapi doctor pesan jangan makan makanan berlemak dan bergoreng selalu.


Doctor kasi mama ubat untuk tambah iron dalam badan mama sebab dari result serum iron, iron mama rendah. Kalau iron dalam badan rendah, doktor takut nanti effect haemoglobin mama pula.


Hepatitis result mama kosong sebab mama masih belum ambil suntikan tersebut. Mulanya nak ambil tapi doctor kata mama tak boleh ambil sebab mama dlm proses untuk mengandung. Suntikan hepatitis kena ambil 3 kali selang 6 bulan. Jadi, mama kena hold dulu. Doakan mama yer moga kali ini, usaha mama untuk pregnant dipermudahkan oleh Allah.


Oh lupa pula, pasal dada/jantung mama yang rasa ketat dan tak selesa. Doktor kata, maybe sebab mama tak cukup rehat dan stress tapi doctor kata, if dalam masa terdekat still rasa tak selesa, mama kena datang jumpa dia lagi sebab dia nak hantar mama pergi

stress test.


Hari ni mama tak buat kerja sangat sebab sebelum pergi clinic pagi tadi, mama dah settlekan core work mama jadi tak ada orang boleh bising kat mama kalau mama relaks sikit petang ni. Jom pergi surau solat dan berehat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Result darah..jeng jeng

Sekejap aje sudah masuk hari Jumaat. Pejam celik pejam celik dah bulan April!


Mama sekarang dekat clinic. Menunggu nak masuk jumpa doctor. Hoping result darah mama bagus huhuhuhu takutnya!


Mama dah mula nak buat treatment so start bulan ni kena rajin dan disiplin sikit dalam berjumpa doctor dsbnya. Buat permulaan mama kena tengok result darah mama dulu. Kena dengar apa yang doctor nak bagitahu. Harap tahan colestrol dsbnya bagus.


Mama pun kejap lagi nak minta doctor buat surat rujukan untuk jumpa pakar..nak buat pemeriksaan jantung. Papa suruh buat sebab mama asyik mengadu dada mama rasa tak sedap. Kekadang rasa sakit tetiba. Rasa macam ketat je. Bagi mama mungkin sebab kerja yang teruk tanpa henti dari bulan December hingga sekarang sebab tu rasa dada macam sakit je. Stress melanda hehehe.


Ramai la pulak harini. Tadi masa call, kata tak ada orang. Nasib baik panel clinic sebelah bangunan office je.


Published with Blogger-droid v2.0.4

April 6, 2013

Demi Papa

Demi papa, mama sanggup korbankan waktu tidur mama! Hehehe skema sikit entry hari ini sebab jam 1 pagi dan bertolak dari rumah menuju Setiawan, Perak untuk berjumpa doktor homeopathy. Kalau hujung minggu macam ni, selalunya orang ramai sangat. Kalau datang lewat, memang masak lah menunggu. Boleh mendatangkan kemarahan.

Ingatkan mama dengan papa yang paling awal, rupanya kami orang yang kedua. Huhuhuh..jam 1 pagi dari KL, hampir jam 5 pagi baru sampai. Sedangkan klinik mula jam 7 pagi. Tapi kesihatan papa, mama tak kisah. Mama sanggup bersengkang mata menemani papa. Mama harap kali ini, doktor akan beri feedback yang positif tentang penyakit buah pinggang dan jantung papa.

Lapar memang lapar tapi tadi singgah drive-tru McD dekat Bandar University Seri Iskandar. Order breakfast punyer set tapi still tak makan lagi until jumpa doktor. Sudah jadi kebiasaan mama selagi tak jumpa doktor, rasa macam susah nak menelan makanan.

Selain daripada itu, mama nak minta ubat  kurus hehehehe sebab mama rasa mama tak kurus hahaha..pastu nak minta ubat untuk start pregnant. Banyak benda kena buat mulai bulan ini. Hoping mama dan papa selalu sihat dan berada dalam tahap kesihatan yang baik dan sempurna supaya proses untuk pregnant akan jadi lebih mudah. Mama sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan zuriat buat papa. Hoping ada respond yang bagus or ubat yang baik untuk papa. Rasa tak sanggup nak tengok papa mengadu kesakitan kalau tetiba rasa sakit dada itu menjelma. Buah pinggang papa masih  lagi memerlukan dialysis hingga akhir hayat.

Entry ni mama buat semasa menunggu klinik di buka. Kereta semakin bertambah dekat parking lot ni. Nak tengok pula macam mana denan system pernomboran pula. Kalau ikut buku appointment  yang dalam bakul tu, mama orang nombor 2. Jangan buat pasal, if staff tu nanti main ambil je dalam bakul tu, ada lah nanti kena tegur. Mestilah mama marah sebab keluar rumah awal karang alih alih dapt jumpa doktor lambat gara-gara pernomborang yang tidak sempurna. Nak suggest dekat doktor la  guna system queu macam kat private dan hospital kerajaan yang lain.

Lepas jumpa doktor nanti, mama dengan papa akan terus balik KL. Kali ini tak balik Taiping sebab esok meeting persatuan penduduk. Tok ayah dah tanya dari semalam lagi tak terus balik kampung ke. Maaf yer abah, nanti cuti panjang kami balik. Tak syok balik kejap kejap sebab tak puas lepas rindu.

April 2, 2013

Bila sabar

Sabar..sangat bersabar. Orang kata sabar itu separuh daripada iman. Namun, kalau kesabaran itu hilang, maka adakah kita kurang dari segi keimanan? Nauzubillah...Ya Allah ampunilah hambaMu yang lemah ni..


Mama tak sempurna. Walaupun mama suka dengan kerja mama, tapi janganlah ambil kesempatan atas kesabaran mama, atas kesukaan mama dengan kerja mama ni.


Ini bukan bab mengungkit dan sebagainya tapi sikap tanggungjawab itu penting. Andai sikap bertanggungjawab tu tiada, semua pihak akan susah. Berpada-padalah andai niat anda tidak sempurna. Kerja itu ibadah. Kerja itu rezeki. Rezeki yang dikongsi anak isteri dan juga suami. Biarlah rezeki itu berkat.


Nak luahkan jugak!!! Dah cuti seminggu minggu lepas, semalam kerja dan harini dan esok pulak dah tak datang kerja. Bos kata, maybe khamis pun officemata mama ni tak kerja! . Baru semalam mama bagitahu yang mama nak cuti khamis ni, uhh!!! boleh pulak dipancung mama!!


Mama ni bukan saja-saja nak cuti! Cuti mama ni nak pergi Setiawan. Nak ambik dan jumpa doctor papa. Ubat papa dah abis.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...