April 2, 2013

Bila sabar

Sabar..sangat bersabar. Orang kata sabar itu separuh daripada iman. Namun, kalau kesabaran itu hilang, maka adakah kita kurang dari segi keimanan? Nauzubillah...Ya Allah ampunilah hambaMu yang lemah ni..


Mama tak sempurna. Walaupun mama suka dengan kerja mama, tapi janganlah ambil kesempatan atas kesabaran mama, atas kesukaan mama dengan kerja mama ni.


Ini bukan bab mengungkit dan sebagainya tapi sikap tanggungjawab itu penting. Andai sikap bertanggungjawab tu tiada, semua pihak akan susah. Berpada-padalah andai niat anda tidak sempurna. Kerja itu ibadah. Kerja itu rezeki. Rezeki yang dikongsi anak isteri dan juga suami. Biarlah rezeki itu berkat.


Nak luahkan jugak!!! Dah cuti seminggu minggu lepas, semalam kerja dan harini dan esok pulak dah tak datang kerja. Bos kata, maybe khamis pun officemata mama ni tak kerja! . Baru semalam mama bagitahu yang mama nak cuti khamis ni, uhh!!! boleh pulak dipancung mama!!


Mama ni bukan saja-saja nak cuti! Cuti mama ni nak pergi Setiawan. Nak ambik dan jumpa doctor papa. Ubat papa dah abis.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Popular Posts