September 29, 2013

3 Dalam 6

Cukup 3 hari dalam 6 tahun hari ini Mia pergi. Pergi bersama iringan airmata mama dan papa. Pagi tadi tak terasa sangat mungkin sebab mama busy sikit.
Tengah melipat baju Qaseh yang sebakul ni, tetiba airmata mengalir laju bersama esakan. Ohh betapa kehilangan itu menyakitkan. Betapa kerinduan itu bagaikan racun bisa.
Nasib baik papa tak ada, kalau tidak mesti papa pun sedih. Sekarang kalau mama nak nangis, sebolehnya mama cuba elakkan papa ada sebab mama tak nak papa susah hati dan tertekan.
3 hari dalam 6 tahun ini, seolah baru sahaja mama lalui. Dengan gaun pregnant tak berikat tali di belakang, dengan stokin bola tebal yang panjang ke lutut, dengan airmata mengalir sambil mengendong dia yang tidak bernyawa menyusuri NICU, ward dan lobi hospital, dan sesungguhnya mati itu pasti dan sesungguhnya juga Allah memberikan mama sesuatu supaya mama kuat.

September 28, 2013

Qaseh sudah 4 bulan

Anugerah Allah..padanya mama menumpang kasih, membaja rindu seperti rindu pada kakak bidadarinya.

Terasa cepat masa berlalu..dia bukan lagi baby kecil, dia kini baby yang meneroka keadaan sekelilingnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Enam Tahun Tetap Sama

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang untuk mama sekali lagi.

Cukup enam tahun 26/9/2013 si merah mama lahir..wahh dah sekolah tadika ni. Mesti minta mama belikan cake sebab nak makan dengan kawan kawan sebab si merah mama tahu yang mama dia ni memang tak pandai buat kek, pandai beli aje.

Tapi sayang, enam tahun berlalu dia tiada disisi. Dia lebih bahagia di syurgawi sebab dia bidadari mama. Selamat Hari Lahir Mia!!

Walaupun anak mama tiada, mama tetap sambut hari yang sangat bermakna dalam hidup mama. Sambut dengan kawan kawan pejabat mama.

Mama orderkan cookies dengan lolichoc serta pulut kuning. Berkongsi rezeki dengan kawan kawan walaupun ada yang menyatakan yang mama menyeksa diri dengan berbuat demikian. Walaupun rasa sedih di hati tapi mama tak kisah sebab mama tak susahkan sesiapa pun. Mama rasa happy sangat sebab mama terasa rasa anak mama terloncat loncat mengedik disana sebab mama telah mengembirakan dia.

September 25, 2013

Detik Itu Hadir Lagi

Hari ini mama masuk office, tengok ada parcel atas meja. Alhamdulillah dah received..untuk arwah lil princess mama..


Pagi ni,  breakfast dekat office, mama makan bihun goreng, tetiba air mata berderai derai sambil makan..uhhh sungguh perit meniti hari di bulan September ini..


Esok genap 6 tahun mama meniti rasa rindu mama pada Mia..rindu sangat..


Published with Blogger-droid v2.0.4

September 6, 2013

Bila tarikh itu..

Pagi Jumaat yang syahdu..dingin. Kepiluan bersambung dari dua tiga hari yang lepas. Mama cuba padamkan dari ingatan kecuaian mama, kelekaan mama tapi ia tetap menghantui mama.


Sejak Mia pergi, tarikh isimewa itu tidak pernah mama lupakan, tambahan pula parut comel di perut mama masih ada hingga sekarang. Tarikh bahagia dan tarikh duka itu senantiasa dalam memori Mama. Selalunya papa yang selalu salah tentang tarikh lahir Mia dan mama pula yang akan membebel membetulkan kesalahan papa. Tapi dua tiga hari lepas, mama pula yang salah dan sebab itu mama rasa sangat bersalah.


Seperti biasa, saban tahun menjelang tarikh lahir Mia, mama siap siap nak sambut dengan saja saja bungkuskan cookies etc untuk kawan kawan office mama dan untuk tahun ini juga perkara yang sama mama akan lakukan dan insyallah kalau diizinkan Allah sekali dengan pulut kuning.


Entah tetiba mama baru sedar mama telah beri date yang salah pada orang yang mama order untuk set pulut kuning tersebut. Arggg Mia, mama minta maaf sangat-sangat entah kenapa mama tetiba jadi macam ni. Mama tak sengaja. Mama takut Mia marah mama.


Sedih sangat. Maafkan mama yang lemah ini wahai anak syurga. Mama masih merindui..rindu mama, sayang mama hingga akhir hayat mama.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Teman Sahabat Kerna RULES

RULES!!


Maafkan mama..berkisar tentang entry mama semalam. Ia bukan berkisar tentang teman teman office mama tetapi tetap ada kaitan dengan kerja mama bila terpaksa deal dengan teman luar dari office mama.


Rindunya mama dekat dia. Walaupun bukan hampir setiap hari kena discuss atau tolong dia melalui phone tapi mama happy sangat bila dia memerlukan pertolongan mama.


Dia bagaikan pemberi semangat untuk mama bekerja dengan lebih rajin. Kalau tak berbual tentang kerja, mama dengan dia tetap berkomunikasi tentang pelbagai perkara yang kadang kala membuatkan kami ketawa macam orang gila.


Bila ketawa, rasa stress hilang. Rasa tekanan itu tiada. Namun dek kerana RULES tekanan itu hadir. Entah kemana dia hilang. Bayangnya ada, nama dalam chatting list menyala tapi dia ignore mama.


Mama? salah mama kah? beritahu ku teman, sahabatmu ini puncanya. Ku manusia biasa. Adakah dalam kita bersahabat terselit kata kata ku yang mengguris hati dah perasaanmu. Adakah dalam gurau senda kita, ku tersalah gurau. Dalam ketawamu sebenarnya terselit rasa kecewamu padaku sahabat?


Oh teman, ku merinduimu..merindui gelak ketawamu..merindui marahmu padaku..merindui caramu mengingatkan ku tentang solat. Memarahi ku kalau ku terlewat menunaikan kewajipan padaNYA.


Teman, RULES itu bukan datangnya dari temanmu ini. Kau tahu rules itu sebenarnya. Janganlah dek kerana RULES itu, kau menjauhkan diri. Hadirla kembali menyinari temanmu ini. Usah di tanya mengapa ku juga tidak menghubungi mu..kerna ku tidak mahu kau mendengar tangisan ku teman!


Published with Blogger-droid v2.0.4

September 5, 2013

Rasa sesak hanya kerana RULES

Tetiba rasa sesak perasaan!! rasa syahdu! rasa sebak!! Oh salah diri ini yang suka dimanja atau sebab terlebih mengada. Papa bukan punca rasa yang melanda sekarang ini.


Nak menjerit tapi tiada suara. Eh!! kenapa ignore i? i selalu disturb you ke? bukan ke you yang selalu kacau kerja i. I tak pernah marah kalau kerja kena kacau, tak pernah ambil hati kalau you selalu bersikap kejam pada i but bila you ignore i dari pagi tadi, hati i sakit.  Sakit sangat. Eeee rasa nak jerit dekat telinga you sambil bercakap kuat kuat "ehhh i rindu lawak bodoh you..i rindu nak gaduh dengan you tentang benda benda yang tak masuk dek akal. i rindu gelak ketawa you"!


I am sorry if ada something yang you marah pada i..RULES!!! i ikut rules dear!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...