Alhamdulillah cuti labour day last week dapat juga jejak kaki lagi sekali ziarah maklong papa dekat Shah AlamII.
Last sekali rasanya pergi terjah rumah cousin papa tu sebulan sebelum papa pergi kan. Sejak arwah mak papa tak ada, maklong ni la kami terjah kalau nak makan hahaaha..
Papa, mama dengan tuan puteri papa aje yang pergi. Papa dengan Mia kat sana, dengan mak lagi tu. Papa tahu tak, bila kereta berhenti je, nampak aje maklong ngintai balik langsir. Abang dengan kakak tak ada. Tinggal maklong dengan cucunya aje.
Terasa sangat kurangnya. Maklong cakap "allah..macam ayahnya sungguh". Sayu hati bila maklong asyik tengok Qaseh.
Part best macam biasa yer papa, part makan. Part yang selalu papa tak nak bawak mama pergi tengok maklong sebab mama asyik nak makan je kat sana. Ada fav ulam papa..pucuk ubi cicah sambal belacan dgn tenggiri goreng.
Masa papa pergi, maklong pun tak dapat ziarah sebab masa tu kita dalam perjalanan balik ke Perak kan. Allah permudahkan perjalanan papa di hari tasyrik Jumaat yang berkat. Maklong cakap ramai yang ingat papa nak di bawa balik rumah kakak yang dekat PJ.
Qaseh macam biasa, dapat rumah besar, laju aje menapaknya. Siaplah tidur. Emmm mama pun tertidur kejap kat rumah maklong..tapikan papa nak citer jugak ni.. sedap sungguh makan haritu!!! tu mama tak bagitahu nak pergi kalau bagitahu tentu lagi banyak makanan..
Tengoklah papa buah hati papa yang makin laju berjalan.
2 comments:
mama, dah lama nak bgtau qaseh persis arwah papa tp ku kunci dan simpan sahaja takut takut mama kecil hati.. walaupun kita tak pernah bersua tapi jauh di sudut hati sentiasa mengharapkan yg terbaik utk kalian.. take care mama
terima kasih dik..kan..dia persis arwah..sangat sangat. pdlm dia ada arwah papanya. terima kasih kerana mendoakan kami. mama harap adik pun sama, senantiasa dalam rahmat Allah
Post a Comment