April 30, 2014

Hari Lahir Tanpa Dia

Papa, hari ini birthday mama. Mama tertidur tadi tak sedar hari menginjak lagi..

Rasa sedih sangat bukan sebab mama  tak dapat hadiah dari papa tapi sebab tiada lagi ucapan dan ciuman papa di hari lahir mama.

Papa, ia benar benar menyakitkan bila menyambut hari lahir tanpa papa. Sangat-sangat sakit. Bagaimana mama harus lalui hari ini sementelah teman dipejabat juga menyambut hari lahir pada hari yang sama.

Setiap tahun menyambut hari lahir bersama, dia sering menerima jambangan bunga dari suaminya tapi itu tidak membuatkan mama cemburu atau sedih sebab mama tahu papa ada dan papa tak berapa suka berbuat demikian sebaliknya papa suka bagi mama makan.

Papa, terima kasih atas hadiah papa. Mama kena balut sendiri nampaknya hadiah papa ni. Setiap tahun dan setiap kali birthday mama, hari ibu..anniversary kita.

Tiada lagi daripada papa kad ucapan yang diselit bawah bantal mahupun tepi meja. Tiada lagi ucapan manis dan sayang tepi telinga. Tiada lagi ciuman di ubun-ubun, dahi dan pipi dan tiada lagi pelukan erat dan genggaman jari jemarimu papa..mama cuba menjadi kuat bersama kenangan yang ada walaupun akhirnya airmata juga yang membasahi pipi.

1 comment:

Rina said...

selamat hari lahir kak. mmg sesungguhnya sangat perit menyambut hari lahir tanpa sidia di sisi. Tapi akak kena kuat..insyaallah, akak pasti akan berjumpa suami sekali lagi di akhirat nanti, dan kali itu buat selama2nya. Amin.

Popular Posts