September 7, 2014

Surat Buat Papa

Assalammualaikum Papa,

Disubuh hening ini, kerinduan mama hanya Allah yang tahu. Tentang kerinduan    simata bulat papa, pasti kerinduan itu jauh disudut hatinya.

Bila melihat permata hati papa menatap dan cium gambar papa, rasa sembilu. Rasanya andai dia mampu meluahkan rasa hatinya, pasti papa yang dicari, pasti banyak soalan dia yang perlukan jawapan dari mama..

Hari ini, kenduri di rumah kaklong. Kenduri kahwin Kamal. Papa tentu semalam lagi dah pergi kalau papa ada. Kak long kata, dia guna catering je..selamat mamakan, kalau tak mahu kena tolong siang menyiang barang.

Kekok tanpa papa disisi. Bertambah kekok bila ada je mata yang memandang. Bertambah sukar bila ada soalan soalan yang mama tak suka menjawab.

Abah dengan family lain pun ada disini. Semalam buat steambot. Macam biasa angah dengan suami dialah chef kat dapur kita. Qaseh si mata bulat papa, seronok la kan sebab ramai orang dirumahnya. Hari ini juga diaorg nak pergi kenduri kawin saudara abah di Shah Alam.

Mama sakit kepala ni, tak lena tidur. Qasih kejap kejap nangis. Nanti mama cerita lagi. 

2 comments:

NzA said...

salam kenal dan singgah....
Sayu hati akak membaca n3 ni...sgt2 memahami kesedihan jika kehilangan. Akak pn baru beberapa minggu kehilangan 2 insan tersyg serentak..kakak sulung n abg ipar pergi buat selama2nya krn terlibat dlm kemalangan......
http://4fn1mn.blogspot.com/2014/08/kak-long-begitu-cepat-kak-long-pergi.html

Mamanurin said...

tqvm kak..takziah..berpisah hidup takkan sama berpisah mati..hanya Allah yg tahu..

Popular Posts