April 30, 2015

Tiada lagi Ucapan Mu

Akhirnya untuk kesekian kali, kolam yang dijaga supaya tidak dipenuhi air melimpah jua saat malam menginjak pagi..

Sunyi..tiada ciuman didahi dan ubun ubun  ketika lena seperti dahulu, tiada lagi ucapan Happy Birthday Ucuk!

Papa, ia sangat menyakitkan sebenarnya.   Mama ingat mama tidak akan menangis lagi ketika birthday mama yang kedua tahun tanpa papa disisi tapi menangis jua akhirnya.

Papa, untuk kesekian kalinya hadiah istimewa papa sentiasa akan menjadi hadiah yang sangat bermakna untuk mama..

Terasa kepedihan bila papa tiada untuk menjadi insan pertama memberi ucapan hari lahir pada mama.

Papa, mama akan kuat dan tabah bersama hadiah istimewa papa  walau saban tahun ketika angka ini tiba, kerinduan, kepedihan itu tetap akan sama dan bertambah.

#Throwback

"Happy Birthday Ucuk, Moga Sihat Dan Bahagia Selalu, Jadi Ucuk Abang Yang Solehah..Aaminn.. sorry tak ada hadiah"

Papa, itulah hadiah yang mama suka..doa seorang suami buat isteri. Emmm kekadang ada juga hadiah walaupun tak semewah orang lain kan papa. Paling best dapat makan walaupun tempat yang biasa pergi..

Ucuk..mama sayang abang..papa..psstttt papa, mama cari riben tak jumpa..nak ikat reben kat hadiah yang papa beri pada mama ni..

p/s : dah pandai nak buat peace hadiah papa tu..

4 comments:

Anonymous said...

mama.. i am speechless.. bertabah demi qaseh

Anonymous said...

Happy belated birthday Mama nurin.. be strong ok.. mengalir airmata saya membacanya..

sue said...

Mama..sabar ye mama. Entah kenapa hati ini sayu bila baca post2 mama. Hanya yang pernah kehilangan akan memahami erti kehilangan yang sebenar

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Popular Posts