Alhamdulillah, hari ini keluar dari office jam 5 petang, ikut kakak office dari belakang tanpa dia sedari sebab nak elak jalan jammed..nampaknya jalan tak jammed berbanding semalam..hari ni sampai rumah lepas ambil Q dalam jam 6 petang.
Lega rasanya dapat ambil Q awal. Ada PARAM sebelum sampai rumah tapi mama sengaja tak singgah sebab tengok macam ramai sangat dan lagipun berbuka puasa seorang diri, apa lagi nak carikan.
Papa, arini mama berbuka dengan nasi dan ikan bilis yang digoreng dengan sedikit cili api dan bawang..tak tertelan sangat walaupun itu lauk yg sering kita makan dahulu..lambat juga tadi makan sebab tidurkan Q papa..merengek mengantuk..
Papa, kejap lagi mama kirimkan hadiah yer..moga papa gembira
No comments:
Post a Comment