January 11, 2017

Secret Admirer

Phewwww!!! benarkah?? Mama ada secret admirer!! Berpinar mata..berpusing kepala otak memikirkannya..

Rahsia bukan lagi rahsia...rahsia disimpan hampir 30 tahun terlerai juga..oh no!! malu!! mama malu..tak sangka akan ada yang melihat mama tanpa berani mendekati..garang ke mama? mmm rasanya tak garang pun..

Tak sesuai tau melihat gerak geri mama..habislah tak nampak "keayuan"..kalau tahu ada yang memerhati sure ayu je control tingkah laku bagai. Adakah patut secret admirer ni kata, dia suka mama sebab mama  macam " orang pening" eeeee teruknya..tahu tak orang pening tu apa..macam gila gila

Emmm terima kasih tau jadi secret admirer i sekian lama...uhhh berpakat menyimpan rahsia yer korang ni...maaf sebab "secret" sangat hingga merisik kabar "tuan puteri" pun dari angin angin yang bertiup heheehheeh...kita mesti berani you!! Kena cuba. Kalau tak cuba tak pasti kita gagal atau tidak..thanks tau jadi secret admirer!! Sekarang i dah tahu heheheeheh

Alfatihah buat sahabat dan teman rapat yang telah pergi..moga kalian bersama mereka yang Allah kasihi..wahai sahabat, kalian bawa hingga ke akhir hayat korang rahsia ni...andai lah masa ni korang ada, memang berlubang lubang la telinga korang kena peluru..terima kasih kerana menjadi sahabat yang setia..kami merindui korang..

Yes papa!!  now  mama dah tahu mama ada secret admirer bukan papa sorang je ada peminat..do i care? alfatihah..moga papa jumpa kawan-kawan mama disana tu yer..kawan baik-baik macam kita kawan dengan yang lain.

Secret admirer!! Tqvm..sebab ada dalam diam dengan i...sudi pinjamkan telinga sampai bengkak, sudi jadi pemburu rindu ahaks!! Dah jangan jadi secret admirer dah..menyesal

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...