March 17, 2017

Bila tamak menguasai

Hampir seminggu selepas perbicaraan harta pusaka arwah papa. Perbicaraan yang belum selesai.

Mood mama yang terumbang ambing. Badan letih otak penat berfikir. Perasaan jadi penat.

Petang selepas perbicaraan yang gagal, mama hantar massage pada abang dan kakak ipar, hanya mereka berdua yang masih bernafas manakala arwah kakak sulong warisnya adalah anak2 dia. Anak-anak sedara ini menolak hak mereka untuk pusaka papa bila mereka mengisi Borang DDA dan berangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaha Sumpah.

Message mama sekadar berterima kasih pada mereka sebab tak hadir perbicaraan dengan pertanyaan kenapa buat adik ipar diaorang macam ni. Nak apa sebenarnya sebab arwah tak punyer harta yang banyak..

Jawapan paling "berperikemanusian" bagi pendapat mama yang mama terima dari massage abang ipar..." Kereta rin ambik tapi rumah kami nak" ok lah kan dah tahu jawapan diaorang maka takkan nak biarkan diaorg dapat lebih tanpa usaha langsung! Time kami susah tak ada pun muncul nak tolong.

Tak apa papa, mama dah bincang dengan peguam, mama akan lawan untuk tuntutan harta sepencarian. Selagi kes tuntutan sepencarian belum selesai, faraid  tak boleh dijalankan.

Ok..mama tahu dalam hukum agama islam, diaorang berhak mendapat faraid tapi boleh fikir logik dan berperikemanusian la kan, harta yang tak pernah bersusah payah nak tolong darah daging sendiri bila adik tak ada, sedap pulak nak tuntut dari balu.

Rasa nak tuntut jugak nafkah edah mama pada abang ipar tu!! Balu adik dibiarkan tanpa nafkah yang sepatutnya dibawah tanggungan waris simati..mama tak redha!

Tunggu minggu depan yer, saman sampai.

2 comments:

puanstoberi said...

selalu kita tgk drama2 je ada camni. tertanya2, ada ke di realiti camtu. Rupanya ada, kan?
Sy kendalikan kes camni di ofis. Macam tak percaya, tp itu lah hakikatnya. Berebut harta dengan pasangan yg ditinggalkan.. :(

NrlAidaHml said...

Allahu..beratnya dugaan Mama tanggung..semoga nasib mama akan dibela sampai akhirnya..Untuk si kecik QZA semoga nasib menyebelahinya juga ..apa lah perasaan yang mereka ada?serasa macam tiada!! *Geram!

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...