March 23, 2017

Hati Auto

Hidup seakan drama dalam TV.  Sejak arwah papa tak ada, bukan seorang dua yang minta mama "moved on" ramai sangat..malas nak kira sebab tak akan habis.

Mama ni nampak tak "moved on" ke? Tak moved on dari segi apa? Rasanya moved je oh!!! sebab mama "single" ehhh. Hati tertutup rapat sejak papa tak ada. Automatik!! Bukan nak riak lagi takbur, ada je yang nak berkawan lebih dari kawan tapi entah, tak boleh nak buka pintu hati tu..kejap sungguh..nak kata guna simen tak..pintu je pun nak simen bagai buat apa kan.

Jeng jeng..entah kenapa tetiba rasa macam ada orang dah jumpa kunci pintu hati ni..mulanya nak mengelak macam selalu buat. Elak semahunya tapi lagi mengelak, lagi bahana jadinya .

Bagaimana pintu yang tertutup rapat itu berjaya dibuka? Entah..tapi mama tahu dia berjaya..

Fresh!! bila boleh ketawa tanpa perlu cover keayuan walaupun hanya melalui handphone, bila berbual tanpa perlu bercakap macam robot, bila buat salah kena tegur, kena tazkirah tazkirah memang selalu kena sebab  "suka melawan". Paling terasa pintu hati terbuka luas untuk dia bila terasa dia mengambil berat  tentang mama dan juga Q..

Boleh bayangkan tak, bila tetiba diri dipenuhi gelak ketawa, suara  yang kekadang menasihati, kekadang bergurau dan kekadang bertindak kejam dengan membuli hanya dengan ayat2 yang sengaja nak timbulkan pergaduhan..macam bintang bertaburan di angkasa kan, bulan tersenyum ria je..

Biarlah mama dengan kenangan manis pintu hati dibuka kembali..dia tahu dia berjaya dan dia juga tahu "perasaan" mama dan mama juga tahu perasaan  dia...

Doa yang baik baik..minta yang baik baik pada Allah, moga keikhlasan mama,  Allah permudahkan segalanya..Allah tunjukkan jalan.

psttt kali pertama kan mama bercerita dalam ni..hanya disini..blog peribadi mama..mohon doa kalian.

Andai dia pun membaca entry ini,  thanks "ayah" sebab tumpangkan sayang ayah pada Q, really appreciate..moga janji ayah pada dia termakhbul..Aminn

2 comments:

Ida Puanstoberi said...

saya doakan semua dipermudahkan :)

Mamanurin said...

Aminn..insyallah terima kasih ida

Popular Posts