May 18, 2017

Hari ini hari lahir dia

Alfatihah..hari ini istimewa sebab ni Hari Lahir arwah Mohd Sharif Johari.

Kami jarang celebrate, cukup sekadar ucapan dan kalau sempat adalah sekeping card mahupun hadiah yang kecil sebab arwah ni tak suka nak "celebrate" tapi sbg isteri tentu nak "surprised" en somi sekali sekala kan tapi x danya jadi surprised hahaha sebab selalu cik isteri yg tak menyabar...hahah pastu kena marah..padan muka isteri ni..

Hari special macam ni memang buat hati meruntun rindu. Allah je tahu. Pujuk hati supaya tak nangis, kena kuat. Kena berdikari. Semua kena buat sendiri. Pujuk diri sendiri bila sedih. Segala benda byk kena pendam sendiri. Mengadu hanya pada DIA.

Kalau birthday ni masa arwah mak mertua ada, pagi pagi lagi mesti dah ada depan pintu bilik sebab mak nak jadi org pertama ucapkan selamat hari lahir utk anak bongsu kesayangan dia (walhal menantu dah ucap dulu) ekekeke kemudian mula la hujan dalam rumah ..menantu tgk je sebab bonding time birthday boy dgn insan istimewa yang melahirkan dia dan membesarkan dia dalam keadaan yg diri yg tidak sempurna..masuk kereta je "manja la sgt ��������" sedas kena cubit...

Di hari lahir dia juga, dia mesti tunggu sahabat baik dia yang sorang ni call mahupun message..kalau tak terima call or message mesti dia macam cacing kepanasan..kejap2 tgk handphone, kejap2 tgk msg..tak pun kejap lg cik isteri dpt msg dari dia.."jo tak msg pun..jo tak call pun" semua Johan Bin Ismail huhuuu.. Nak kata kembar tak kembar tapi itulah diaorg...thanks Jo..rin tahu perasaan tu..keep strong!! Dia tak nak kau sedih..

Terima kasih sahabat handai dan sedara mara yang mendoakan arwah. Moga Allah juga memberikan rahmatNya pada kalian. Aminn.

#qzaishah #cintahaticintamati #story2017 #love

1 comment:

ieda said...

happy birthday Qaseh....moga bahagia sentiasa bersamamu....

Popular Posts