December 18, 2008

Isk isk iskk sakitnya badan..panas pulak tu..nasib baik arini aku ada appointment dengan doctor, kalau tak, sure hari ni aku antara budak kat office yang comot..yer ler badan tak sihat, sure muka pun tak sihat..tu kira ok lagi, kena pulak mood tak bagus, memang cari pasal la..
Pepagi buta, perut pun meragam..sedap betul tengok hubby ku tidur..rasa macan nak tarik je dia dari katil..sebabnya?? aku tak leh tidur..aku kejut dia, dia buat aku macam Tasha (LILY BUAT NAJAH) lak hubby aku ni, siap dia tepuk aku suruh tidur, nasib baik dia tak menyanyi..hampeh..
Tadi gi jumpa doktor, dapat MC 2 hari sampai esok but still kena jumpa doktor lagi..doktor kata, suntikan ubat2 yang aku ambil berjalan dgn lancar, that's why badan aku ni rasa semacam je..tak kisahlah janji aku dapat apa yang aku idamkan hehehehhe
Ya Allah, andai ini dugaan dariMU atas kasih sayangMU pada hambaMU ini
Aku terima dengan redha Ya Allah
Kurniakanlah Ya Allah, zuriat-zuriat yang sihat walafiat
sempurna sifatnya dan yang soleh serta solehah kepada kami
Ya Allah
Sebagai pengganti anakanda kami yang telah pergi.
Nurin Amni Damia Khalilah
permata yang tetap menjadi simpanan paling indah dalam memori.

No comments:

Popular Posts