August 27, 2009

Citer En. Suami

Bulan Ramadhan...aku rasa begitu mencabar dan penuh dengan dugaan. En. suami aku tetiba jadi tak sihat sangat. 17/08 seminggu sebelum puasa...tetiba dia sakit dada..susah untuk bernafas..aku yang sedang nyenyak tidur, dikejutkan...umppphhh aku mula dah jadi tak tentu arah..so aku decide kitaorang pergi buat lawatan ke hospital..

Dihospital, aku terpacak macam patung kat wad kecemasan..lama betul dia kat dalam tu...fuh!! akhirnya dapat jugak call dari dia...dah terbaring dalam wad tu...lengan dah bertempek dek plaster..kena ambik darah..pastu kat tangan pulak ada jarum...ummm siannya tengok dia..suami kata doktor suspected dia ada kidney problem!!!

Aduh!!!! dugaan apakah ini...sedih sangat..tak tentu arah aku dibuatnya...aku tak dapat menangis depan dia..ku tahan airmatadari mengalir...aku call officemate untuk maklumkan yang aku cuti...terdengar suara kawan aku...aku jadi semakin sebak..tak dapat berkata...aku menangis dulu baru boleh bercakap..arggggg!!!!terasa berat betul untuk menghadapi dugaan dan cabaran ini..

Aku berkampung di hospital menemani dia selama 4 hari..letih usahlah kata, tapi asalkan dia nampak aku temankan dia, mungkin dia rasa lega sikit..macam-macam test yang diaorang buat pada dia..ctg test lah..echo test lah..ambik darah usahlah kata..aku rasa boleh penuh satu tempayan darah dia..plus lagi air kencing..

Hari ni suami kena warded lagi kat hospital sebab esok doktor nak buat biopsi buah pinggang pulak...siannya suami ku ni...aku? aku pun turutlah berkampung kat hospital menemani dia sambil berpuasa di hospital. Moga-moga apa yang diperkatakan oleh doktor adalah angan-angan doktor itu sendiri...moga suami ku sihat walafiat hendaknya.

No comments:

Popular Posts