September 29, 2009

Kala Hati Berbicara

Salam..

Ramadhan telah berlalu..1 Syawal juga telah pergi...hari-hari mulia yang dinantikan..hari-hari yang meninggalkan segala kenangan. Masih aku ingati cerita dan peristiwa 2 tahun yang lalu..arggg mungkin berat mata memandang, mungkin juga ada mata2 yang tak suka pun nak pandang...berat lagi aku yang menanggungnya..menempuh ramadhan dan syawal pada bulan september, begitu mencabar hati dan perasaan aku..

Hari ini...saat tangan menaip bait-bait kata, genaplah 2 tahun arwah mia pergi..dan hari ini jugalah perasaan yang bersarang di dalam hati dan jiwa terhambur dikala Yassin ku sedekahkan..rasa rindu yang amat sangat..satu perasaan yang sama pada hari ku ziarah kuburnya di pagi Syawal..moga allah terus kuatkan iman dan tabahkan hati aku dan suami untuk terus menempuh dugaan..

Tetiba aku rasa nak menjerit..aku kehilangan kata-kata....

No comments:

Popular Posts