September 21, 2009

Ramadhan








Antara menu ketika berbuka puasa hehehehe...biasalah, aku dgn hubby jarang berbuka di rumah sebab kekadang sampai aje depan pintu rumah, dan azan...so selalunya kedai makan lah yang jadi sasaran kitaorg..kalau tak pun, rumah kaklong yang jadi tempat lepak.


Alhamdulillah..ramadhan aku dgn en.suami berjalan lancar walaupun kekadang suami ku seakan-akan tak mampu untuk melaluinya dek kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan..tapi aku bangga dengan dia sebab dia berjaya walaupun hampir lembek macam budak baru belajar puasa...sian dia..


Saat syawal menjelma dan ramadhan beransur pergi, aku jadi pilu seketika disebabkan peristiwa 2 tahun yang lepas..aku bersalin dikala ramadhan hampir ke penghujung, dan aku beraya tanpa baby ku yang kembali ke rahmatullah..


No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...