September 13, 2011

Tentang Syawal

Sebolehnya mama tak nak mencoret tentang Syawal. Namun seandainya mama tidak mencoret sesuatu tentang Syawal tahun ini, tentu mama tidak akan mengingati segala kenangan yang berlaku. Bila mama dah tua, mama harap kecanggihan teknologi akan terus berkembang dan mama masih dapat terus membaca rasa hati mama..mama nak anak-anak mama tahu apa yang mama lalui kala Syawal tiba saban tahun.

Bercuti panjang dekat rumah maktok di Taiping, dikelilingi sanak saudara, dibuli anak-anak sedara sedikit sebanyak mengembirakan mama tapi Syawal mama masih kurang meriahnya sebab saban tahun, banglo itu mama kunjungi..banglo comel itu seringkali mengamit rasa rindu, rasa syahdu. Sejak tiba kat rumah maktok, saban hari mama dan papa pergi banglo itu, saban hari juga airmata mengalir, mama rindu sangat kat Mia.

Bila mama tengok anak-anaka sedara mama berbaju baru, baju mama beli, mama rasa suka sangat walaupun berharap anak mama juga dapat memakainya..sedih sangat sebab tak dapat tengok anak mama yang memakai pakaian baru walaupun mama tahu anak mama kat sana lagi bahagia.

Syawal juga menyaksikan ikatan sah selama berbelas tahun terlerai juga..masa berkasih semua indah tapi bila nak berpisah, berjela-jela alasan diberi semata-mata untuk melepaskan diri. Segalanya perlu dilakukan oleh sang ayah, mencari nafkah, menghantar dan menjemput si anak-anak dari sekolah, membasuh dan memasak demi kasih sayang ayah pada anak, tapi sudah hilangkan rasa kasih seorang ibu pada si anak? namun salahkan mama andai mama masih tidak mempunyai anak? terguriskah dia melihat kebahagian mama dan papa? jangan persendakan mama andai ketiadaan anak menjadi kekurangan mama dan papa. 

Kebahagian itu penuh onak dan duri, setiap ikatan perkahwinan perlukan kejujuran, sokongan dan kepercayaan, pertelingkahan dalam perkahwinan tidak dapat dielakkan tapi mama rasa sebagai seorang yang dewasa, setiap masalah perlu ditangani dengan baik.

Andai nanti anak-anak mama membaca coretan ini, hidup adalah anugerah yang sangat berharga dari Allah, jalani kehidupan dengan sebaik-baiknya, sayangi diri, sayangi keluarga, sayangi segalanya. Hormatilah semua. Mama sayang anak-anak mama, mama sayang juga Mia mama..mama harap anak-anak mama tidak akan cemburu dengan kakak Mia..mama harap, Syawal seterusnya lebih bermakna..

1 comment:

MommyAqil said...

tersentuh baca entry ini..semoga mama terus tabah!!Hidup ni cukup indah jika dinikmati dengan cara yang redha dan ikhlas...

Popular Posts