Andai Nurin Amni Damia Khalilah Mohd Sharif ada, isnin lepas cukuplah dia 4 tahun..tapi hakikatnya, dia memang telah tiada. Hari ini pula,cukuplah 4 tahun juga dia telah kembali pada yang berhak..kembali pada yang menciptakannya,..dalam masa 3 hari mama melalui dua peristiwa..
Andai setiap tahun mama boleh hilangkan September dari kalendar 12 bulan ini, sudah pasti mama akan lakukan sebab September terlalu banyak kenangan dan peristiwa yang terpaksa dihadapi..terlalu banyak nostalgia yang menghimpit rasa. Andai ada yang berkata, redhakanlah...ya mama memang redha sebab Mia mama tentu lebih bahagia disana..tapi salahkan mama, salahkan perasaan seorang ibu ini, merindui anaknya yang telah pergi terutama pada hari kelahirannya? salahkah? airmata yang berjuraian tanpa henti hingga menutup mata juga, adalah airmata rindu..bukan dipaksa..lahir dari sudut hati yang sangat dalam.
Tak ada apa yang mama lakukan sempena birthday Mia, cuma sedikit ole-ole buat kawan-kawan office mama dan anak2 mereka..sedikit makan-makan tengahari..moga Mia kata sana beroleh sedikit "hadiah". Rasa teruja sangat sebab dapat bungkuskan oleh-ole tu..rasa macam nakbuat birthday party je..
Selamat Hari Lahir Anakanda Mama..mama tahu anak mama senang disana..tunggu mama dan papa yer..
3 comments:
Al-Fatihah buat Mia..Sori mama jarang jenguk..agak bz kebelakangan ni..huhu.balik pun asik lewat je..
mama sgt kuat sebab dapat melalui hari2 tanpa mia... iza kagum dengan mama... ma sgt optimis dlam mengubat rindu... harap2 iza diberi kekuatan jika diberi ujian sebigini olehNYA
ina,
terima kasih..hhehehe tak apa..
eza,
alhamdulillah, mama masih dalam perhatian DIA..yg membantu mama, kalau tak, tentu mama jatuh langsung tak boleh bangkit
Post a Comment