Sedih, sangat...ingatkan sebab mama kerja hari Jumaat, nak balik kampung sempena Raya Korban hari Sabtu la..tapi malam tadi bila mama tanya papa, papa geleng kepala..tandanya tak balik! terus mama jadi sedih sangat, hilang kata-kata, hilang dah muka mama yang cantik manis bila senyum, timbul muka masam! rasa down sangat!!
Mia, maafkan mama yer sebab tak balik ziarah "rumah" Mia, nanti mama mintak tolong tok ayah pergi ziarah yer. Perasaan mama sekarang? rasa tersangatlah kecik hati, tersangatlah sedih dan tersangatlah sakit hati sebab tak dapat balik rumah tok ayah. Bertambah tertekan bilamana semua adik beradik mama balik! Mak Tok janji nak buatkan mama mee rebus kesukaan mama tapi bila mama tak balik, tentu orang lain dapat merasa, mama kat sini yang menelan air liur. Sedih kan?
Mood dah hilang..sejak dari tadi mama tak buat apa pun..makan minum pun tak lagi sebab memang tak ada hati kat rumah, rasa nak terbang balik sekarang..nasib baik semalam mama dah selesai membasuh pakaian baru mama tanya papa, kalau belum lagi membasuh, tentu sebakul pakaian terbiar macam tu..tersangatlah sensitif bila tak dapat balik rumah tok ayah especially bila ada perayaan, especially bila semua adik beradik balik! argggg mama dah nangis again!!
Ummmm berkorban segala walau hati terluka!! Esok duduk kat rumah je, tutup tingkap dengan pintu sebab hati dah terkorban. Selamat Hari Raya Korban.
Ummmm berkorban segala walau hati terluka!! Esok duduk kat rumah je, tutup tingkap dengan pintu sebab hati dah terkorban. Selamat Hari Raya Korban.
No comments:
Post a Comment