Mama sangat terluka! mama ingat mama mampu melupakannya tapi hakikatnya tidak. Telinga mama rasa sangat sakit tapi hati mama yang parah lukanya. Tak mampu nak menepis, tak mampu juga menghalang mereka berkata dan berbicara tentang..
Mama cuba bertahan tapi harini mama betul-betul rasa tersisih, betul-betul rasa malu dan segan. Andai berbicara, bila siang pandang-pandang, bila malam dengar dengar..kekadang rasa prihatin tu tiada, tak terfikir kah perasaan orang macam mama? Mama yang berusaha demi seorang zuriat, yang puas menahan kesakitan setiap kali treatment, yang sering menangis bila treatment gagal..yang sering berkira-kira duit tabungan setiap kali ingin melakukan treatment dengan harapan beroleh zuriat yang sihat dan sempurna seperti orang lain.
Andai rasa diri begitu senang memperoleh zuriat dan melahirkannya, bersyukurlah pada Allah atas kesenangan dan kenikmatan yang diberi olehNYA. Janganlah rasa diri dah sempurna. Mama tumpang gembira tapi usah diulang-ulang ayat yang sama, cerita yang sama sebab makin lama, ia melukakan mama.
4 comments:
Sabar ye mamanurin...yong murni doakan mama kuat dan tabah..insyaallah ada hikmah..
Siapa yang buat kamu terasa dan terluka kak ...
Kakak ingat yang kami disini sentiasa peduli .... kamu semua mahu memahami dan cuba mengerti ...
Kak anggaplah itu suara2 LANGAU yg sengaja datang nak buat kacau!!! nyahhhh!!! kamu LANGAUUUU .... cheeeer yar
Yong,
Isk isk isk..sgt terluka tp hoping Allah kuatkan mama
Mast,
mereka yag tidak peka pada keadaan, mereka yg terlupa bahawa ada diantara mereka (mama la) yg tidak bergitu bernasib baik mcm mereka
sedih kak.. saya pun selalu menghadapi masalah yang sama..
Post a Comment