August 23, 2012

Eid Mubarak!!!


Alhamdulillah berjaya menempuh ramadhan dengan jayanya. Papa pun berjaya juga dalam keadaan kesihatan yang tak begitu memberangsangkan. Ramadhan berlalu, Aidilfitri menjelma. Perasaan bercampur baur antara gembira dan duka. Seringkali peristiwa 'kehilangan' itu menggamit memori silam. Bukan satu tapi dua episod 'kehilangan' itu berlaku kala kegembiraan menyambut aidilfitri.

Kali ini, mama cuti awal sebelum raya. Terus balik Perak seperti tahun-tahun sebelumnya. pendek kata "signed" sampai mati setiap kali perayaan mesti balik Perak. Best kan sebab tak ada sistem giliran. Mama sangat bangga! Tahun ni juga menyaksikan tak semua adik-adik mama berkumpul di Perak sebab kebetulan hari Merdeka nanti, kami semua still kena berkumpul lagi sekali untuk perkahwinan adik perempuan bongsu mama! jadi kesempatan itu, ada yang ambil peluang balik rumah family sendiri untuk tempoh tertentu.Bosan mama sebab mama dah biasa dengan suasana yang kecoh dan hiruk pikuk. 

Jom layan gambar yang tak berapa menarik ni sebab tak cukup ahli keluarga heheheh.

Iman dan Qilah yang kuat bodek mama!

maktok, tokayah dan adik yang bakal berkahwin..iman yg suka menyelit!

teman-teman mama



No comments:

Popular Posts