October 29, 2012

Bila Bapa Budak Yang Sakit

Kan..? ummm bila anak-anak sakit or tak sihat, apa yang mak dan ayah serta family suruh buat and makan, sure anak-anak akan ikut je kan, kalau suruh makan ubat, disuapkan ubat, maka makan la anak-anak itu. Kalau tak nak, bila mak ayah membebel or tunjuk muka garang, mulut tu akan terbuka juga walaupun ubat tersebut sangat lah tidak sedap. Tapi...

Bila bapak budak yang sakit..adoi!!! ummm ni pasal papa si budak kecil tu lah. Dari malam tadi demam panas sangat, ajak pergi klinik tak nak, suruh mandi kerap pun tak nak dengan alasan sejuk. Suruh makan ubat pun jenuh membebel mama ni. Tak jalan lagi. Akhirnya demam semakin teruk, dialysis yang sepatutnya papa buat hari ni terpaksa dihentikan gara-gara heart pulse yang tinggi! mama yang sedang bekerja dah jadi tak keruan. Akhirnya, ambiklah cuti separuh hari. Siap call clinic, bagitahu nak pergi bawa papa. 

Sangat degil, sangat tak mendengar kata! kalau budak kecil, piat telinge sikit dah dengar kata, tapi kalau dah bapa budak, piat telinger sampai merah pun tak jalan. Sangat susah dan sangat sakit hati bila papa tak sihat. Bukan merungut sebab mama kena jaga papa, tapi sangat stress bila time sakit, degil papa tu terlampau hehehe. Doktor kata, demam papa tinggi sangat. Mungkin sebab viral fever. Siap dapat bekalan satu plastik ubat. 

Ubat mama yang kasi sendiri, tak leh harapkan papa untuk buat rutin tersebut sebab sure tak makan punyer. Air mandi pun, harini mama kena masakkan air..mandi macam budak kecil je dengan air suam. Okay tak merungut la kan papa tu. Tadi pergi jalan kaki ke kedai, cari air badak untuk papa sebab nak turunkan panas yang melampau setelah air 100+ tu tak jalan langsung.

Sangat boring bila papa tak sihat. Tak ada orang nak "friend" dengan mama. Tak ada orang nak gaduh dengan mama. Tadi dah nampak papa berpeluh dengan banyaknya. Mama sangat berharap menjelang pagi esok, papa dah pulih so esok boleh dialysis balik. Mama, jari kaki bengkak gara-gara tersadung rak TV dek terkejarkan papa kat dalam bilik nun. So esok, mama memang MC. Doktor dah kasi tadi hehehee. Month End esok, opssss sorry kawan..terpaksa.

October 28, 2012

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aildil Adha. Hoping mama masih belum terlambat lagi. Seperti biasa, setiap kali perayaan, sure mama dengan papa akan balik ke Perak. Kali ini mama cuti awal sehari sebab mama sangat tak suka dengan keadaan sesak diatas jalan raya.

Sangat seronok penuh rumah maktok dan tokayah dengan anak cucu menantu semua ada. Dari bilik-bilik tidur ruang tamu hingga hampir ke dapur penuh dengan kami aje, belum lagi ditambah dengan bapa saudara dan sepupu sepapat yang datang.

Aidi Adha kali ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Disebabkan rumah maktok tokayah tu kan depan surau, jadi suasana pagi Jumaat tu rasa sangat meriah! kereta motor memenuhi ruang jalan, dah macam datang rumah maktok je. Korban pun ada lapan ekor lembu. Namun, ibadat korban dilakukakan pada pagi sabtu sebab tak nak menganggu sembahyang Jumaat. Nanti dok ralit melapah lembu, solat Jumaat tak pergi kan.

Alhamdulillah, ibadat korban sempurna dijalankan pada Sabtu pagi dan selesai hampir tengaharinya. Tokayah dan anak serta menantu kena handle part tulang, hehehhe adoi!!! tak tahan wey bau diaorg ni. Banyak juga bungkusan plastik daging korban dan tulang yang ada kat rumah maktok.Bila musim daging korban ni, mama memang tak akak makan daging. Sebab tak mampu nak makan. Bila makan, terbayang-bayang je airmata lembu tu mengalir! sangat fobia!! seluruh family tahu tentang ini sebab memang dari mama kecil lagi mama tak akan makan daging korban. Sangat kasihan.

Berkorban dari makan daging. Ada istilah macam tu tak? boleh guna? hehehehe. berkorban rasa jugak  ni sebab anak sedara papa dah pregnant lagi sekali. Anak ke 6 ok! tadi baru jumpa kat rumah kakak ipar mama. Kebetulan anak sedara papa ada sebab jaga mak dia yang sakit. Tengok perut lain macam je, so bila nak balik baru tegur sambil pegang perut dia "eh ada lagi yer?" bila due? patut ke soalan mama tu? soalan yang bikin hati sendiri rasa sakit kan. Ummm next year awal tahun dapat lagi cucu sedara!


October 9, 2012

Homework




Taraaaa!! Speechless!!! Tak sangka dapat good result dari Boss mama. Balik dari clinic kawan-kawan dah mula mengusik. Ada yang kata 'pergi tengok atas meja'. Oh!! dengan muka blur tak ada perasaan, mama pandang kertas and hadiah..gembira sangat sebab mama berjaya.

Gambar di atas tu adalah hasil yang mama buat. Homework yang Boss beri pada kitaorang staff2 dia except team leader..kena buat scoreboard berdasarkan target KPI dan achievement yang kami dapat. Tak sangka jadi pilihan Boss dan dapat good remarks dari dia.

Moga Allah berkati kerja yang mama lakukan setiap hari. Kerja itu ibadah. Moga dalam setiap ibadah mama dan papa akan ada rahmat dan rezeki yang diredhai Allah buat kami.

Published with Blogger-droid v2.0.4

October 4, 2012

Doa Anak Kecil

"Ya Allah, tolong berikan Aunty Zie baby. Kasihanilah Aunty Zie". First time dengar kawan office mama bercerita tentang doa anak-anak dia untuk mama, sebak rasanya. Sangat sweet bunyinya. Tentu anak-anak itu gembira dengan goodies yang mama berikan masa birthday arwah Mia minggu lepas. Kawan mama kata, sebelum itu anak-anak dia bertanya "ibu, kenapa aunty zie beri kami kotak ni?" si ibu menjawab, "arini birthday anak aunty zie, tapi sekarang anak aunty zie dah tak ada". Ibu dia berkata lagi, "Dini dgn Aina kena doakan untuk baby auty zie, kena doakan juga buat aunty". Maka dgn itu, tercetuslah doa sangat ikhlas seperti diatas.

Hari Selasa pula, mama berikan keropok buat teman2 opis. Actually keropok tu mmg supposed kena masukkan dlm goodies birthday Mia tapi mama terlupa. Jadi, dapatlah officemate jadi macam budak2 kejap bila makan keropok kan. Extra bungkusan untuk anak-anak officemate mama. Hoping semua happy. 

Semalam ketika mama tumpang kawan mama balik separuh jalan, kawan mama bagitahu lagi tentang doa terbaru anak-anak dia untuk mama. " Ya Allah, tolong kasi Aunty Zie baby sebab dah lama aunty tak ada baby. Ya Allah tolonglah kasihan pada Aunty Zie". Ohh bikin airmata mama bertakung bila dengar kawan mama bercerita tentang doa anak dia buat mama.

Terima kasih wahai anak-anak kecil. Moga Allah permudahkan buat Aunty kan.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...