October 29, 2012

Bila Bapa Budak Yang Sakit

Kan..? ummm bila anak-anak sakit or tak sihat, apa yang mak dan ayah serta family suruh buat and makan, sure anak-anak akan ikut je kan, kalau suruh makan ubat, disuapkan ubat, maka makan la anak-anak itu. Kalau tak nak, bila mak ayah membebel or tunjuk muka garang, mulut tu akan terbuka juga walaupun ubat tersebut sangat lah tidak sedap. Tapi...

Bila bapak budak yang sakit..adoi!!! ummm ni pasal papa si budak kecil tu lah. Dari malam tadi demam panas sangat, ajak pergi klinik tak nak, suruh mandi kerap pun tak nak dengan alasan sejuk. Suruh makan ubat pun jenuh membebel mama ni. Tak jalan lagi. Akhirnya demam semakin teruk, dialysis yang sepatutnya papa buat hari ni terpaksa dihentikan gara-gara heart pulse yang tinggi! mama yang sedang bekerja dah jadi tak keruan. Akhirnya, ambiklah cuti separuh hari. Siap call clinic, bagitahu nak pergi bawa papa. 

Sangat degil, sangat tak mendengar kata! kalau budak kecil, piat telinge sikit dah dengar kata, tapi kalau dah bapa budak, piat telinger sampai merah pun tak jalan. Sangat susah dan sangat sakit hati bila papa tak sihat. Bukan merungut sebab mama kena jaga papa, tapi sangat stress bila time sakit, degil papa tu terlampau hehehe. Doktor kata, demam papa tinggi sangat. Mungkin sebab viral fever. Siap dapat bekalan satu plastik ubat. 

Ubat mama yang kasi sendiri, tak leh harapkan papa untuk buat rutin tersebut sebab sure tak makan punyer. Air mandi pun, harini mama kena masakkan air..mandi macam budak kecil je dengan air suam. Okay tak merungut la kan papa tu. Tadi pergi jalan kaki ke kedai, cari air badak untuk papa sebab nak turunkan panas yang melampau setelah air 100+ tu tak jalan langsung.

Sangat boring bila papa tak sihat. Tak ada orang nak "friend" dengan mama. Tak ada orang nak gaduh dengan mama. Tadi dah nampak papa berpeluh dengan banyaknya. Mama sangat berharap menjelang pagi esok, papa dah pulih so esok boleh dialysis balik. Mama, jari kaki bengkak gara-gara tersadung rak TV dek terkejarkan papa kat dalam bilik nun. So esok, mama memang MC. Doktor dah kasi tadi hehehee. Month End esok, opssss sorry kawan..terpaksa.

No comments:

Popular Posts