October 28, 2012

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aildil Adha. Hoping mama masih belum terlambat lagi. Seperti biasa, setiap kali perayaan, sure mama dengan papa akan balik ke Perak. Kali ini mama cuti awal sehari sebab mama sangat tak suka dengan keadaan sesak diatas jalan raya.

Sangat seronok penuh rumah maktok dan tokayah dengan anak cucu menantu semua ada. Dari bilik-bilik tidur ruang tamu hingga hampir ke dapur penuh dengan kami aje, belum lagi ditambah dengan bapa saudara dan sepupu sepapat yang datang.

Aidi Adha kali ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Disebabkan rumah maktok tokayah tu kan depan surau, jadi suasana pagi Jumaat tu rasa sangat meriah! kereta motor memenuhi ruang jalan, dah macam datang rumah maktok je. Korban pun ada lapan ekor lembu. Namun, ibadat korban dilakukakan pada pagi sabtu sebab tak nak menganggu sembahyang Jumaat. Nanti dok ralit melapah lembu, solat Jumaat tak pergi kan.

Alhamdulillah, ibadat korban sempurna dijalankan pada Sabtu pagi dan selesai hampir tengaharinya. Tokayah dan anak serta menantu kena handle part tulang, hehehhe adoi!!! tak tahan wey bau diaorg ni. Banyak juga bungkusan plastik daging korban dan tulang yang ada kat rumah maktok.Bila musim daging korban ni, mama memang tak akak makan daging. Sebab tak mampu nak makan. Bila makan, terbayang-bayang je airmata lembu tu mengalir! sangat fobia!! seluruh family tahu tentang ini sebab memang dari mama kecil lagi mama tak akan makan daging korban. Sangat kasihan.

Berkorban dari makan daging. Ada istilah macam tu tak? boleh guna? hehehehe. berkorban rasa jugak  ni sebab anak sedara papa dah pregnant lagi sekali. Anak ke 6 ok! tadi baru jumpa kat rumah kakak ipar mama. Kebetulan anak sedara papa ada sebab jaga mak dia yang sakit. Tengok perut lain macam je, so bila nak balik baru tegur sambil pegang perut dia "eh ada lagi yer?" bila due? patut ke soalan mama tu? soalan yang bikin hati sendiri rasa sakit kan. Ummm next year awal tahun dapat lagi cucu sedara!


1 comment:

NrlAidaHml said...

Wahh Mama dah jadi nenek..hihihi..baca mama bercerita pon terasa meriah nya kat sini..sebab Aidil Adha kami tak meriah sangat..sambut kat KL je kan..mkn2 je la..huhuhu

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...